Surau Nurul Hidayah Bayu Tasik 2 Condominium

Surau Nurul Hidayah Bayu Tasik 2 Condominium Official Page Surau Nurul Hidayah Bayu Tasik 2 Condominium

بسم اللّٰه الرحمٰن الرحيمالسلام عليكم ورحمۃ اللّٰه"SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1448H / 17 Jun 2026" Semoga lembaran tahun i...
16/06/2026

بسم اللّٰه الرحمٰن الرحيم
السلام عليكم ورحمۃ اللّٰه

"SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1448H / 17 Jun 2026"

Semoga lembaran tahun ini membuka pintu-pintu kejayaan, dilimpahi keberkatan, ketenangan, serta rahmat yang berpanjangan buat kita semua di dunia dan di akhirat. Insya-Allah

آمـــــــــــــــــــــــــــين يارب العَـــالَمِيْن

Ikhlas dari kami ,

SURAU NURUL HIDAYAH, Bayu Tasik 2 Condo
**"Surau Di Makmurkan, Tetangga Di Satukan, Silaturrahim Di Eratkan"**

20/03/2026

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Semoga kita dapat menghidupkan Aidilfitri dengan amalan sunnah dan meraih keberkatan di hari yang mulia.



20/03/2026
20/03/2026

Andai ini Ramadan terakhir buat kita, mudah-mudahan segala amalan kita diterima di sisi Allah SWT dan menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa serta mendapat pengakhiran hidup yang baik. Amin Ya Rabbal 'Alamin.





بسم اللّٰه الرحمٰن الرحيمالسلام عليكم ورحمۃ اللّٰهPecutan 10 Malam Terakhir RamadanApabila masuk sahaja fasa sepuluh mal...
13/03/2026

بسم اللّٰه الرحمٰن الرحيم
السلام عليكم ورحمۃ اللّٰه

Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadan

Apabila masuk sahaja fasa sepuluh malam terakhir Ramadan ini, baginda melipatgandakan amal ibadah melebihi waktu-waktu yang lain. Amalan ini bukan sekadar rutin, tetapi merupakan satu “pecutan terakhir” untuk meraih keredaan Allah SWT dan memburu lailatulqadar.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.”

“Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah al-Qadr: 1-5)

Ia adalah waktu yang paling dicintai oleh baginda Nabi SAW kerana padanya terdapat lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Doa Lailatul Qadar

Strategi utama Nabi SAW dalam memburu lailatulqadar adalah dengan memohon keampunan. Baginda mengajarkan doa yang pendek namun sangat padat:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai pengampunan, maka ampunilah aku.” (HR Ibnu Majah, 3850)

Doa ini boleh dibaca sepanjang bulan Ramadan, khususnya pada sepuluh malam terakhir untuk memburu lailatulqadar. Doa ini menekankan sifat Allah yang Maha Pemaaf (al-’Afuww), iaitu memaafkan sehingga seolah-olah dosa tersebut tidak pernah wujud dalam catatan amal.

Ayuh manfaatkan 10 malam terakhir Ramadan kali ini dengan sebaik-baiknya untuk bertemu dengan malam lailatulqadar! Anggaplah ia sebagai peluang terakhir kerana kita tidak dapat menjamin akan bertemu lagi Ramadan yang akan datang.

Surau Nurul Hidayah Bayu Tasik 2 Condominium
**"Surau Di Makmurkan, Tetangga Di Satukan, Silaturrahim Di Eratkan"**

SALAM NUZUL AL-QURAN 17 Ramadan 1447H / 7 Mac 2026Amalan utama sempena Nuzul Quran (17 Ramadan) adalah memperbanyakkan b...
07/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN
17 Ramadan 1447H / 7 Mac 2026

Amalan utama sempena Nuzul Quran (17 Ramadan) adalah memperbanyakkan bacaan, tadabbur, dan memahami isi al-Quran, di samping melakukan ibadah seperti iktikaf di masjid, sedekah, serta zikir. Malam ini digalakkan untuk muhasabah diri, memperbanyak istighfar, dan memohon perlindungan daripada neraka untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Amalan yang Sangat Dianjurkan pada Malam Nuzul Quran:

1.Membaca dan Menghayati Al-Quran: Fokus utama adalah mendekatkan diri dengan kitab suci, bukan sekadar membaca tetapi memahami maknanya.

2.Iktikaf di Masjid: Menahan diri daripada kesibukan duniawi dan menumpukan jiwa raga kepada Allah SWT, terutamanya di masjid.

3.Bersedekah: Mengikut sunnah Nabi SAW yang sangat dermawan, khususnya di bulan Ramadan, dengan membantu golongan memerlukan.

4.Muhasabah Diri & Zikir: Memperbanyakkan istighfar, zikir, serta berdoa bagi menyucikan hati dan memperkukuh iman.

5.Solat Sunat: Menghidupkan malam dengan solat sunat seperti Tarawih, Tahajjud, dan Hajat.

Nuzul Quran adalah waktu yang sangat berharga untuk meningkatkan kualiti ibadah dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

“Ya Allah, bukakanlah hati kami terhadap keindahan dan kemuliaan al-Quran. Jadikanlah al-Quran sebagai cahaya hati kami, penawar kepada kesedihan dan kegelisahan kami, serta panduan hidup kami hingga ke akhir hayat. Amin ya Rabbal ‘Alamin.”

Surau Nurul Hidayah Bayu Tasik 2 Condominium
Surau Di Makmurkan, Tetangga Di Satukan, Silaturrahim Di Eratkan

Dilema Kanak-Kanak Ganggu Jemaah Masjid Menurut SyarakSejarah membuktikan Rasulullah SAW sangat menyayangi kanak-kanak.B...
25/02/2026

Dilema Kanak-Kanak Ganggu Jemaah Masjid Menurut Syarak
Sejarah membuktikan Rasulullah SAW sangat menyayangi kanak-kanak.

Baginda pernah mendukung cucunya, Umamah, ketika sedang solat.

Namun, para ulama menekankan bahawa keharusan membawa anak-anak hadir mestilah diiringi dengan penjagaan adab.

Jika situasi kanak-kanak ganggu jemaah masjid berlaku sehingga menghilangkan khusyuk atau mengotorkan ruang solat dengan najis, hukumnya boleh berubah menjadi makruh atau dilarang bagi kanak-kanak yang belum mumayyiz.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 36:

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ

Maksudnya: Di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya…

Huraian selanjutnya klik link di bawah👇

https://www.waktusolat.digital/hukum/kanak-kanak-ganggu-jemaah-masjid/?fbclid=IwdGRjcAQLzJ1jbGNrBAvMhGV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHmv0WI9dmYt1CgIPV9Z5NT9vxSE-7y600_EswfhiXGbaB-wEMDwWX2cDv98X_aem_AfuaYusDv8qRA-pKwzR-xw

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026.Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan M...
17/02/2026

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selepas Maghrib sebentar tadi.
Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Maka itu umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan solat sunat Tarawih malam Rabu 18 Februari 2026 selepas solat Isyak Insha-Allah.

Surau Nurul Hidayah Bayu Tasik 2 Condominium mengucapkan Salam Ramadan & Selamat Berpuasa buat semua Umat Islam seluruh dunia.

Semoga ibadah kita tahun ini bertambah baik dari sebelumnya.

**"Surau Di Makmurkan, Tetangga Di Satukan, Silaturrahim Di Eratkan"**

INFO HILAL RAMADAN 1447H/2026MAktiviti cerapan hilal Ramadan 1447H akan berjalan serentak di lokasi cerapan rasmi di sel...
17/02/2026

INFO HILAL RAMADAN 1447H/2026M

Aktiviti cerapan hilal Ramadan 1447H akan berjalan serentak di lokasi cerapan rasmi di seluruh negara.

Tarikh melihat anak bulan Ramadan (Cerapan Hilal) pada tahun 2026 dijangka pada lewat petang hari Selasa, 17 Februari 2026 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah. Anda boleh rujuk JAKIM, JUPEM, dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tarikh Mula Puasa 2026
JAKIM telah mengeluarkan senarai tarikh jangkaan 1 Ramadan bagi umat Islam di Malaysia bagi tahun 2026/1447H:

Jika anak bulan kelihatan pada 18 Februari 2025, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis).

Jika tidak, bulan Syaaban akan digenapkan menjadi 30 hari, dan puasa akan bermula pada 20 Februari 2026 (Jumaat).

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

Surau Nurul Hidayah Bayu Tasik 2 Condominium

Address

Surau Nurul Hidayah Bayu Tasik 2 Condominium, Bandar Sri Permaisuri
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Nurul Hidayah Bayu Tasik 2 Condominium posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share