Surau Al-Ihsan Wangsa Maju

Surau Al-Ihsan Wangsa Maju Sahabat Pondok AB Corner

20/09/2025
07/09/2025

PLG Malaysia Mendokong Sumud Nusantara.Pelayaran Membawa Sejuta Harapan Buat Umat Islam di Gaza.

PLG Malaysia dengan penuh iltizam dan kesungguhan mendokong misi Sumud Nusantara sebagai lambang solidariti umat. Pelayaran ini bukan sekadar perjalanan merentas lautan, tetapi satu amanah besar yang membawa sejuta harapan, doa, dan sokongan daripada rakyat Malaysia serta seluruh umat Nusantara buat saudara-saudara kita di Gaza.

Dengan tekad dan kesatuan, PLG Malaysia mengambil Ibrah pada semangat sumud yakni keteguhan, ketabahan, dan keberanian agar cahaya harapan terus menyinari bumi Gaza. Semoga pelayaran ini menjadi saksi kesatuan hati umat Islam dalam mempertahankan maruah, kemuliaan, dan kebebasan rakyat Palestin.

Semoga semangat sukarelawan-sukarelawan yang berani ini menjadi satu titik penting permulaan perjuangan demi pembebesan tanah suci kita ini.

-PLG MALAYSIA-

05/09/2025
Selesai adakan solat hajat dan doa selamat utk anak Wan S Nizam , Wangsa Maju yg akan menjalani pembedahan tumor di otak...
12/10/2023

Selesai adakan solat hajat dan doa selamat utk anak Wan S Nizam , Wangsa Maju yg akan menjalani pembedahan tumor di otak esok hari.

JANGAN SOMBONGSikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam.Daripada Abdullah bin Mas'ud RA be...
27/09/2023

JANGAN SOMBONG

Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam.

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA berkata: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang wujud sifat sombong di dalam hatinya meskipun sebesar zarah.

Sombong merupakan satu penyakit hati, yang mana penghidapnya merasa bangga dan memandang tinggi akan diri sendiri.


SESUNGGUHNYA AKU BERPUASARasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila (pada) hari seseorang di antara kamu berpuasa...
25/03/2023

SESUNGGUHNYA AKU BERPUASA

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila (pada) hari seseorang di antara kamu berpuasa, maka janganlah kamu berbicara kotor dan bertengkar (sambil berteriak). Jika seseorang menghinanya atau mengajaknya bertengkar, maka hendaklah dia mengatakan : “AKU SEDANG BERPUASA”

Puasa diibaratkan seperti perisai yang menyelamatkan orang yang berpuasa, dari melakukan sebarang maksiat dan dosa- dosa besar.

23/03/2023

RAMADHAN TO DO LIST ...

22/03/2023

Ramadan to do list... insyaAllah.


Semoga istiqomah. aamiin.

HATI SEBAGAI PENGUKUR PERILAKU SESEORANGHati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan ata...
04/03/2023

HATI SEBAGAI PENGUKUR PERILAKU SESEORANG

Hati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan atau jasad manusia kerana ia akan menentukan sama ada baik atau buruknya jasad (akhlak) seseorang itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).

Sebagai seorang mukmin sewajarnya kita berusaha membersihkan hati dengan bertaubat dan beristighfar serta berdoa kepada Allah SWT.

Address

62 Jalan 2/27A Seksyen 1 Wangsa Maju
Kuala Lumpur
53300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Ihsan Wangsa Maju posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share