24/03/2024
Curhat kepada Abang
Jaafar Daud dan Hamli Hamdan
Pekerja Dakwah VS Pendakwah.
Mereka ni anggap kita apa yea?
Kita di jemput memberi pandangan dalam beberapa hal komuniti. Mereka lupa kita menghadir kan diri tanpa membawa Kotation Sebut Harga Konsultasi.
Mereka mahu input sahaja dari kita.
Bila kita beri cadangan dan pandangan kebenaran realiti mereka tak indahkan. Ada juga kadangkala mereka boikot kita. Ada desas dedus mengatakan kita ni sperti Kaduk Naik Junjung
Mereka dapat naik Pangkat menjadi Ketua Penolong Pengarah dan ditukar ke Bahagian Komuniti TERPINGGIR.
Tetapi mereka tidak mempunyai pengalaman, kemahiran dan kepakaran untuk menangani
Mereka menawarkan kita yang mempunyai
pengalaman, kemahiran dan kepakaran untuk menangani perihal komuniti dengan elaun rendah.
Bila kita bersangka baik dengan tawaran dan elaun itu adalah rezeki dari Allah SWT dan buat kerja sepenuh hati.
KPI mereka cantik.
Bila kita tidak terima mereka seolah2 memboikot kita.
Bila mereka dah Terantuk Tengadah dengan hal2 luar jangka baru cari kita semula.
Dan mengakui....
"Kami tak cukup staff.. Staff lain yang ditawarkan kebanyakan tidak mahu "
"Kami kurang pengalaman, kemahiran dan kepakaran untuk menangani mereka yang bermasalah "
Puan.. sebab itu lah saya demand elaun sepadan dengan
pengalaman, kemahiran dan kepakaran untuk menangani mereka.
Rasanya Puan tidak pernah cuci bontot dengan bau najis menusuk hidung atau cuci kudis pekung mereka.
Kebanyakan kami sebagai komuniti pernah.
Buat Majlis Sambutan Iftar atau Sambutan Hari Raya bersama Komuniti. Tetapi yang duduk dibaris depan semua VIP beserta Dome diatas meja.
Komuniti di bahagian belakang dan makan secara Buffet Termasuklah yang OKU terpaksa mengambil makanan sendiri tanpa layanan dr pekerja pramusaji. Kami Nak tengok persembahan pun tidak berapa jelas.
Siapa yang Pihak Puan Raikan sebenarnya?
VIP atau Komuniti? Betul tak Bang Jaafar?
Elaun yang kami pohon rasamya boleh ditambah dengan Bantuan Baitulmal di bawah Peruntukan Fisabilillah.
Setakat menjadi Pekerja dalam bidang Dakwah. Ramai je kan.
Tetapi menjadi Pendakwah yang Mukmin untuk memberi Dakwah dan Tarbiah kepada Muslim yang lain.. Sukar dicari.
Rasanya Pihak Puan pasti tahu Penceramah Dakwah yang Demand Bayaran Sekali Ceramah.
Abang Jaafar dan Hamli
Diharap curhat saya ini dibaca oleh Orang Yang Berkepentingan.
Sekian.
Salam 13 Ramadhan
1445
P/S : Cukup lah dapat menjahit 2 helai seluar Pelikat buat Abah untuk menghiburkan diri.