Biro Muslimah MSAA

Biro Muslimah MSAA Masjid Salahuddin Al-Ayyubi
Taman Melati 53100
Kuala Lumpur

DARI LENSA BMMSAA(Biro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi)18 Ogos 2026 (Selasa)Telah berlangsung Majlis Tadarus dan Ta...
18/08/2026

DARI LENSA BMMSAA
(Biro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi)

18 Ogos 2026 (Selasa)

Telah berlangsung Majlis Tadarus dan Talaqqi Al-Quran Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi pada hari Selasa, 18 Ogos 2026, bermula jam 9.00 pagi hingga 1030pagi.

Semoga majlis ilmu ini terus menjadi asbab kecintaan kita kepada Al-Quran dan istiqamah dalam menuntut ilmu serta mengamalkannya. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

โ€œAl-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk dihayati, difahami dan diamalkan.โ€



Dari Lensa BMMSAA15 Ogos 2026 (Sabtu)Kump**an Qasidah Soutul Qolbu Biro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi telah dijem...
15/08/2026

Dari Lensa BMMSAA
15 Ogos 2026 (Sabtu)

Kump**an Qasidah Soutul Qolbu Biro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi telah dijemput memeriahkan Majlis Aqiqah & Sambutan Hari Lahir Che Mohamad Adyan bin Mohamad Asmawi, putera kepada Che Norshahira Nabilla binti Che Hussain dan Mohamad Asmawi bin Juhan.

Kehadiran Kump**an Qasidah Soutul Qolbu dengan persembahan qasidah dan selawat.

Semoga majlis yang berlangsung ini menjadi kenangan bermakna dan dipenuhi rahmat serta keberkatan Allah SWT.


Dari Lensa BMMSAA14 Ogos 2026 (Jumaat)\Biro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi (BMMSAA) telah mengadakan Majlis Bacaan...
14/08/2026

Dari Lensa BMMSAA
14 Ogos 2026 (Jumaat)\

Biro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi (BMMSAA) telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Al-Kahfi dan Doa Selamat pada 14/8/2026.

Majlis dimulakan dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena bulan Rabiulawal, bulan kelahiran Baginda, sebagai tanda kecintaan dan kerinduan kepada Rasulullah SAW.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Kahfi secara bersama pada hari Jumaat, yang menghidupkan suasana damai serta mengajak para jemaah memperbanyakkan amalan dan penghayatan terhadap kalam Allah SWT.

Program kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa selamat, memohon agar Allah SWT mengurniakan keberkatan, perlindungan, kesihatan, ketenangan serta kebaikan buat seluruh jemaah, keluarga dan umat Islam.

Majlis diakhiri dengan jamuan bersama yang menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, menyuburkan silaturahim dan mengukuhkan hubungan sesama jemaah.

Semoga setiap ayat yang dibaca, setiap selawat yang dialunkan dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi amal yang diterima Allah SWT serta membawa keberkatan dalam kehidupan kita. Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus mekar dalam hati dan menjadi jalan untuk kita semakin dekat dengan Allah SWT.


โ€Žุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Muslimat sekalian dijemput hadir ke program:๐ŸŒฟ Al-Kahfi Time & Alma...
12/08/2026

โ€Žุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Muslimat sekalian dijemput hadir ke program:

๐ŸŒฟ Al-Kahfi Time & Almatsurat๐ŸŒฟ

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 14 Ogos 2026
โฐ Masa: 9:00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Ruang Solat Muslimah, Masjid Salahuddin Al-Ayyubi (MSAA), Taman Melati Setapak, KL

Marilah kita meluangkan masa bersama dengan pengisian rohani melalui bacaan Surah Al-Kahfi.

โ€œWahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami.โ€
(QS. Al-Kahfi: 10)

๐Ÿฝ Jamuan ringan disediakan
๐Ÿค Potluck dialu-alukan

Semua muslimat dijemput hadir.

Semoga kehadiran kita diberkati dan dihimpunkan dalam rahmat-Nya.


08/08/2026
Dari Lensa BMMSAA7 Ogos 2026 (Jumaat)๐Ÿ“ZIARAH PRIHATINBiro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi (BMMSAA) telah mengadakan...
07/08/2026

Dari Lensa BMMSAA
7 Ogos 2026 (Jumaat)

๐Ÿ“ZIARAH PRIHATIN

Biro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi (BMMSAA) telah mengadakan Ziarah Prihatin ke dua buah rumah, iaitu ke rumah Puan Sarina yang sedang menjaga suami yang sakit serta ke rumah Puan Che Yah Harun yang sedang diuji dengan penyakit usus.

Dalam ziarah ini, Biro Muslimah MSAA turut menyampaikan sumbangan daripada pihak masjid berupa wang tunai dan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan kepada mereka sekeluarga.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna kepada Puan Che Yah Harun dan suami Puan Sarina, mengangkat segala kesakitan mereka, mengurniakan kesabaran kepada ahli keluarga yang menjaga serta melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada mereka. Aamiin Ya Rabbal โ€™Alamin.



Dari Lensa BMMSAA(Biro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi)7 Ogos 2026 (Jumaat)Majlis Bacaan Surah Al-Kahfi dan Doa Sel...
07/08/2026

Dari Lensa BMMSAA
(Biro Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi)

7 Ogos 2026 (Jumaat)

Majlis Bacaan Surah Al-Kahfi dan Doa Selamat

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Surah Al-Kahfi dan Doa Selamat telah berlangsung di Ruang Solat Muslimah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi. Program mingguan ini disertai oleh para muslimah yang hadir dengan penuh kesungguhan untuk menghidupkan pagi Jumaat dengan bacaan al-Quran, zikir serta doa bersama.

Semoga amalan yang dilaksanakan pada hari yang penuh keberkatan ini diterima oleh Allah SWT, dikurniakan istiqamah dalam beramal soleh serta sentiasa berada di bawah rahmat dan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal โ€™Alamin.


โ€Žุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Muslimat sekalian dijemput hadir ke program:๐ŸŒฟ Al-Kahfi Time & Alma...
06/08/2026

โ€Žุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Muslimat sekalian dijemput hadir ke program:

๐ŸŒฟ Al-Kahfi Time & Almatsurat๐ŸŒฟ

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 7 Ogos 2026
โฐ Masa: 9:00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Ruang Solat Muslimah, Masjid Salahuddin Al-Ayyubi (MSAA), Taman Melati Setapak, KL

Marilah kita meluangkan masa bersama dengan pengisian rohani melalui bacaan Surah Al-Kahfi.

โ€œWahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami.โ€
(QS. Al-Kahfi: 10)

๐Ÿฝ Jamuan ringan disediakan
๐Ÿค Potluck dialu-alukan

Semua muslimat dijemput hadir.

Semoga kehadiran kita diberkati dan dihimpunkan dalam rahmat-Nya.


Save the Date๐ŸฅฐSempena Bulan Kemerdekaan Malaysia๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMerdeka: Hijrah Menuju Syurga
05/08/2026

Save the Date๐Ÿฅฐ
Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Merdeka: Hijrah Menuju Syurga

Dari Lensa BMMSAA5 Ogos 2026 (Rabu)Program Tadabbur Surah Al-IkhlasAlhamdulillah, Program Tadabbur Surah Al-Ikhlas telah...
05/08/2026

Dari Lensa BMMSAA
5 Ogos 2026 (Rabu)

Program Tadabbur Surah Al-Ikhlas

Alhamdulillah, Program Tadabbur Surah Al-Ikhlas telah berlangsung di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Aizat Syimir bin Rozani, Pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor.

Surah Al-Ikhlas merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Walaupun hanya mengandungi empat ayat, surah ini mempunyai kedudukan yang sangat istimewa kerana *intipatinya* ~ganjaran membacanya~ menyamai sepertiga daripada al-Quran. Kandungannya menghimpunkan asas tauhid dan akidah Islam, sekali gus menjelaskan konsep keesaan Allah SWT.

Surah ini juga dikenali sebagai Surah At-Tauhid kerana menghuraikan keesaan Allah SWT, manakala nama Al-Ikhlas menggambarkan tuntutan agar setiap Muslim memurnikan segala bentuk ibadah hanya kepada Allah SWT. Inti pati surah ini ialah mengajar umat Islam supaya mengesakan Allah, mengikhlaskan pengabdian kepada-Nya serta membina akidah yang benar sebagai asas kehidupan seorang Mukmin.

Al-Quran dimulakan dengan Surah Al-Fatihah yang mengandungi pujian kepada Allah SWT, manakala Surah Al-Ikhlas memperkenalkan dengan lebih jelas siapakah Tuhan yang disembah, iaitu Allah Yang Maha Esa.

Ayat pertama, ู‚ูู„ู’ ู‡ููˆูŽ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุฃูŽุญูŽุฏูŒ, dimulakan dengan perkataan โ€œQulโ€ (Katakanlah), iaitu perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW agar menyampaikan risalah tauhid kepada seluruh manusia. Perkataan โ€œAhadโ€ p**a membawa maksud Allah SWT Maha Esa, tiada sekutu, tiada tandingan dan tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. Keesaan Allah bukan sekadar pada bilangan, bahkan meliputi zat, sifat, nama dan perbuatan-Nya. Inilah asas utama akidah Islam yang wajib diyakini oleh setiap Muslim.

As-Samad, iaitu tempat pergantungan seluruh makhluk. Allah Maha Sempurna, Maha Mencukupi, tidak berhajat kepada sesiapa, tidak mempunyai sebarang kekurangan, tidak berlaku zalim, bahkan segala makhluk berhajat dan bergantung sepenuhnya kepada-Nya.

Ayat ketiga menegaskan bahawa Allah SWT tidak beranak dan tidak diperanakkan, sekali gus menolak segala bentuk penyamaan Allah dengan makhluk. Manakala ayat keempat mengakhiri surah ini dengan penegasan bahawa tiada sesuatu pun yang setara atau menyerupai Allah SWT, sama ada pada zat, sifat mahupun kekuasaan-Nya.

Sebagai rumusan, Surah Al-Ikhlas menggariskan empat asas utama akidah, iaitu Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, hanya Allah tempat bergantung, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, serta tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. Semoga tadabbur ini menambahkan kefahaman tentang tauhid dan mengukuhkan keyakinan agar sentiasa bergantung harap hanya kepada Allah SWT dalam setiap urusan kehidupan. Aamiin.


Address

Masjid Salahuddin AlAyyubi
Kuala Lumpur
53109

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Muslimah MSAA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Biro Muslimah MSAA:

Shortcuts

Share