Masjid Kariah Kampung Kuala Perdek

Masjid Kariah Kampung Kuala Perdek Page rasmi Masjid Kariah Kampung Kuala Perdek

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA MASJID KARIAH KG KUALA PERDIK📅 Tarikh : 27 Mei 2026 (Rabu)🕗 Pukul : 8.00 Pagi (Bermula S...
26/05/2026

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA MASJID KARIAH KG KUALA PERDIK

📅 Tarikh : 27 Mei 2026 (Rabu)
🕗 Pukul : 8.00 Pagi (Bermula Solat)

📢Jemaah digalakkan hadir seawal jam 7.40 pagi.

🕌 Khutbah Aidiladha dan Tahlil Arwah akan diadakan selepas Solat Hari Raya.

🐄 Sembelihan ibadah Korban bermula pada pukul 9.00 pagi.

Semua anak kariah/JPKK dan Pemuda dijemput hadir Berkerjasama bergotong-royong ibadah korban Aidiladha tahun ini

Digalakan yang kurang sihat memakai MASK

SARAPAN PAGI DISEDIAKAN

SU
Masjid Kariah Kg Kuala Perdik

🌙 Assalamualaikum warga Kg Kuala Perdik 🌙  ✨ JUALAN BAJU QURBAN 2026 ✨  📍 Masjid Kampung Kuala Perdik  👕 Material: Cotto...
30/04/2026

🌙 Assalamualaikum warga Kg Kuala Perdik 🌙

✨ JUALAN BAJU QURBAN 2026 ✨
📍 Masjid Kampung Kuala Perdik

👕 Material: Cotton 180gsm
💰 Harga: RM20

📏 Tambahan:
• Plus size (3XL/4XL) ➜ +RM4
• Plus size (5XL/6XL) ➜ +RM6
• Lengan panjang ➜ +RM5
• Baju kanak-kanak ➜ RM20

⏳ Tarikh akhir tempahan: 13 May 2026

📌 Makluman penting:
• Sila hantar resit pembayaran & saiz selepas membuat bayaran
• Pembayaran penuh perlu dibuat sebelum 15 May 2026
• Baju akan diserahkan pada 22 May 2026

📣 Jangan lepaskan peluang! Jom sama-sama meriahkan ibadah Qurban tahun ini dengan baju khas komuniti kita 🤍

Persiapan Majlis Sambutan Hari Raya sekampung & meraikan bakal Haji 1447H anjuran Masjid Kariah Kampung Kuala Perdik sed...
19/04/2026

Persiapan Majlis Sambutan Hari Raya sekampung & meraikan bakal Haji 1447H anjuran Masjid Kariah Kampung Kuala Perdik sedang giat dijalankan.

Tradisi menyambut raya di masjid ini sudah lama menjadi nadi kebersamaan kami—tempat hati-hati kembali bertaut, kenangan lama disulam semula. Setiap juadah yang dihidangkan bukan sekadar makanan, tetapi hasil kasih dan kerjasama melalui konsep potluck, di mana setiap zon menyumbang dengan penuh keikhlasan.

Inilah saatnya kita berkumpul, tak kira yang masih menetap di kampung atau yang pulang dari perantauan—semuanya disatukan oleh rasa rindu dan ukhuwah yang tidak pernah pudar.

Semoga ikatan silaturahim ini terus mekar, dari satu Syawal ke Syawal yang seterusnya 🤲🏻✨

Gotong-royong Membersihkan Tanah Perkuburan Kariah Kampung Kuala PerdikSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diuc...
08/02/2026

Gotong-royong Membersihkan Tanah Perkuburan Kariah Kampung Kuala Perdik

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua anak kariah yang berkelapangan serta sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan kerja-kerja pembersihan ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diberkati dan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT. 🤲

🕊️16 Tahun Sebuah Amanah🕊️Enam belas tahun bukan waktu yang singkat,bukan sekadar angka,tetapi deretan doa, sabar dan pe...
03/01/2026

🕊️16 Tahun Sebuah Amanah🕊️

Enam belas tahun bukan waktu yang singkat,
bukan sekadar angka,
tetapi deretan doa, sabar dan pengorbanan.

Sejak 2009 hingga 2025,
Tuan berdiri sebagai Nazir,
memikul amanah tanpa sorak,
bekerja dalam diam,
namun jasanya terpahat dalam setiap sudut Masjid ini.

Ada penat yang tidak terucap,
ada lelah yang disimpan sendiri,
namun Tuan tetap setia,
demi rumah Allah yang kita cintai.

Hari ini, amanah itu Tuan lepaskan,
namun jejak bakti tidak akan terpadam.
Ia hidup dalam saf-saf solat,
dalam program yang pernah disusun,
dalam doa kariah yang terus mengalir.

Terima kasih, Tuan.
Semoga setiap langkah menjadi amal jariah,
dan setiap usaha dibalas Allah
dengan rahmat yang tidak bertepi.

Jasamu dikenang, baktimu didoakan.
Terima Kasih Haji Nahar Bin Haji Yaccob. 🤲🏻

🕌 MAJLIS DOA KESYUKURAN & MERAIKAN AJK 2023–2025 🕌Masjid Kampung Kuala PerdikAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jay...
02/01/2026

🕌 MAJLIS DOA KESYUKURAN & MERAIKAN AJK 2023–2025 🕌
Masjid Kampung Kuala Perdik

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Doa Kesyukuran dan Meraikan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Kuala Perdik sesi 2023–2025 pada:

📅 Jumaat | 2 Januari 2026
⏰ 9.00 malam
📍 Restaurant Terapoong

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran serta penghargaan atas jasa dan khidmat bakti AJK masjid sepanjang tempoh 2023–2025, di samping menyempurnakan serah menyerah tugas Nazir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
🤍 Tan Sri Dato’ Ahmad Fuad selaku tuan rumah dan penaja majlis
🤍 Encik Mohd Halim Wahab (JPKK) atas penyampaian sijil penghargaan
🤍 Semua AJK Masjid 2023–2025 bersama pasangan
🤍 Serta semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini

Semoga segala usaha dan pengorbanan menjadi amal jariah serta diberkati Allah SWT.

📸 Sekitar suasana majlis




Salam TakziahDengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan kepada seluruh ahli kariah Kampung Kuala Perdik bahawa Allahyarham:...
08/12/2025

Salam Takziah

Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan kepada seluruh ahli kariah Kampung Kuala Perdik bahawa Allahyarham:

CHE ABDUL HAFIDZ BIN CHE ABDUL HAMID
(11 November 1997 – 8 Disember 2025)

telah kembali ke rahmatullah.

🕊 Makluman Pengurusan Jenazah
Jenazah akan dikebumikan selepas Solat Asar di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Perdik.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan waris, semoga diberi ketabahan menghadapi ujian ini 🤍

Al-Fatihah.

🕌 ASSALAMUALAIKUM.Alhamdulilah Masjid kg kuala perdik telah menyumpurnakan Mesyurat Agung pemilihan 21 sep 25.TAHNIAH YG...
23/09/2025

🕌 ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulilah Masjid kg kuala perdik telah menyumpurnakan Mesyurat Agung pemilihan 21 sep 25.
TAHNIAH YG TELAH TERPILIH.

✅Utk pendaftaran JAIS, semua AJK yg telah terpilih, *mohon mengisi borang pengistiharaan diri. Hadir di pejabat masjid berjumpa kpd Tim nazir mlm ni dgn segera*.

Tk.

Nazir.

📢 NOTIS MESYUARAT AGUNG KHASPENCALONAN & PEMILIHAN MASJID KARIAH KG. KUALA PERDIKSESI 2026 ~ 2030Assalamualaikum wbt,Den...
15/09/2025

📢 NOTIS MESYUARAT AGUNG KHAS
PENCALONAN & PEMILIHAN MASJID KARIAH KG. KUALA PERDIK
SESI 2026 ~ 2030

Assalamualaikum wbt,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Masjid Kariah Kg. Kuala Perdik telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas bagi tujuan pencalonan dan pemilihan ahli jawatankuasa bagi sesi 2026 – 2030.

🗓 Tarikh: 21 September 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Masjid Kariah Kg. Kuala Perdik

Sehubungan itu, pihak jawatankuasa masjid amat berbesar hati menjemput seluruh kariah untuk hadir bersama. Kehadiran tuan/puan amat penting bagi memastikan perjalanan mesyuarat ini lebih bermakna serta lancar.

✨ Sama-sama kita jayakan mesyuarat ini demi kemaslahatan dan pembangunan Masjid Kariah Kg. Kuala Perdik.

Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Masjid Kariah Kg. Kuala Perdik

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW 1447HMasjid Kg. Kuala PerdikJumaat, 5 September 2025Syukur ke hadrat Al...
07/09/2025

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW 1447H

Masjid Kg. Kuala Perdik
Jumaat, 5 September 2025

Syukur ke hadrat Allah SWT, Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW berjaya dilaksanakan dengan penuh barakah walaupun perarakan dari SRA terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.

Program malam ini diisi dengan bacaan al-Quran, selawat, berzanji, santunan anak yatim, asnaf & saudara baru, serta kemuncak forum mini perdana bertajuk “Cintai Rasulullah” bersama barisan penceramah:
✅ Ustaz Basha
✅ PU Muhsin
👤 Moderator: Ustaz Tarmizi

Terima kasih kepada semua muslimin & muslimat yang hadir memeriahkan majlis. Semoga setiap langkah ke masjid diberkati dan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT.

🍽️ Jamuan makan malam turut disediakan untuk semua hadirin.
📌 Bagi asnaf, kupon makan boleh diambil di Pejabat Pengurusan Masjid.

جزاكم الله خيرا

📢 MESYUARAT AGUNG KHAS MASJID KARIAH KG. KUALA PERDIK 📢Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Kami menjemput semua a...
12/08/2025

📢 MESYUARAT AGUNG KHAS MASJID KARIAH KG. KUALA PERDIK 📢

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami menjemput semua ahli kariah berumur 21 tahun ke atas untuk hadir ke:

📅 Tarikh: Ahad, 21 September 2025
🕘 Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Masjid Kariah Kg. Kuala Perdik, Hulu Langat, Selangor

✨ Agenda Penting:
🔹 Pencalonan (Temuduga – JAIS):
• Nazir
• Imam
• Bilal
• Siak

🔹 Pemilihan AJK Kariah (Undi):
• Timb. Nazir
• Setiausaha
• Bendahari
• Wakil Pemuda
• Wakil Muslimat
• Pengurusan Jenazah Muslimat
• Pemeriksa Kira-Kira

💬 “Pengimarahan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”

🍽 Jamuan Disediakan!
Mari hadir, tunaikan hak sebagai ahli kariah, dan sama-sama memilih kepimpinan masjid untuk sesi 2026–2030.

📲 Sebarang pertanyaan:
📞 011-2695 6672 | 017-367 4373

Address

Lot 679, Batu 18 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
Kuala Lumpur
43100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kariah Kampung Kuala Perdek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share