Surau Al Firdaus

Surau Al Firdaus Surau Al Firdaus Residensi PandanMas2

24/08/2025
Jadual kuliah bulan Julai 2025 ๐Ÿ“–Marilah sama-sama hadir mengimarahkan SAF, semoga diberkati & diradhai Allah SWT ๐Ÿคฒ
02/07/2025

Jadual kuliah bulan Julai 2025 ๐Ÿ“–

Marilah sama-sama hadir mengimarahkan SAF, semoga diberkati & diradhai Allah SWT ๐Ÿคฒ

21/04/2025
Alhamdulillah..jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri SAF 2025M/1446H penduduk Residensi Pandanmas 2 dengan jayanya. Semog...
21/04/2025

Alhamdulillah..jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri SAF 2025M/1446H penduduk Residensi Pandanmas 2 dengan jayanya. Semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhwah dan dapat bermaaf maafkan antara jiran tetangga. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini khususnya kpd AJK SAF & KRT. Dan juga memohon maaf dari pihak kami andai ada kekurangan. Boleh share jika boleh menambah baik lagi program yang akan datang..Sekian terima kasih ๐Ÿ’•๐Ÿ•Œ



Alhamdulillah..majlis tazkirah & khatam Quran telah selesai dgn jayanya. Semoga Allah memberkati ๐Ÿคฒ๐Ÿ“–Pihak surau juga tela...
27/03/2025

Alhamdulillah..majlis tazkirah & khatam Quran telah selesai dgn jayanya. Semoga Allah memberkati ๐Ÿคฒ๐Ÿ“–

Pihak surau juga telah memberikan saguhati kpd kanak2 yang mengikuti program bertadarus sepanjang bulan Ramadan dan juga kepada pertugas2 ajk SAF.


๐Ÿ’•

Alhamdulilah..Agihan roti john kepada penduduk Residensi Pandanmas 2. 24/3/2025 bersamaan 24 Ramadan 1446H
26/03/2025

Alhamdulilah..Agihan roti john kepada penduduk Residensi Pandanmas 2.

24/3/2025 bersamaan 24 Ramadan 1446H


Tahniah diatas perlantikan jawatan Surau Al-Firdaus bagi sesi 2025-2027. Semoga dapat menjalankan amanah dan mengadakan ...
24/03/2025

Tahniah diatas perlantikan jawatan Surau Al-Firdaus bagi sesi 2025-2027. Semoga dapat menjalankan amanah dan mengadakan program2 untuk mengimarahkan surau. ๐Ÿ•Œ๐Ÿ’•

Alhamdulillah..pertandingan Azan & Tilawah kanak-kanak penduduk Residensi Pandanmas 2. Tahniah kepada semua pemenang dan...
24/03/2025

Alhamdulillah..pertandingan Azan & Tilawah kanak-kanak penduduk Residensi Pandanmas 2. Tahniah kepada semua pemenang dan menjayakan majlis ini.

22/3/2025 bersamaan 21 Ramadan 1446H

๐Ÿ’•

*Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan*ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠ...
21/03/2025

*Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan*

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูุฌูŽุงูˆูุฑู ูููŠ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ุงู„ู’ุฃูŽูˆูŽุงุฎูุฑู ู…ูู†ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ูˆูŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ุชูŽุญูŽุฑู‘ูŽูˆู’ุง ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽุฏู’ุฑู ูููŠ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ุงู„ู’ุฃูŽูˆูŽุงุฎูุฑู ู…ูู†ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ

_*Daripada Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan".*_ (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih.

*Pengajaran:*

1. Hadis ini mengajar kita tentang pentingnya sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Malam-malam 10 terakhir, khususnya malam Lailatul Qadar, adalah malam yang sangat berharga. Kita digalakkan untuk meningkatkan ibadah pada waktu ini untuk meraih keberkatan yang luar biasa. Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.

2. Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูŽุฏู’ุฑู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู„ู’ูู ุดูŽู‡ู’ุฑู (ูฃ)

*"malam kemuliaan (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan"* (al-Qadr: 3).

3. Lailatul Qadar adalah malam yang penuh rahmat dan pengampunan. Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk menghidupkan malam-malam tersebut dengan doa, zikir, solat, dan ibadah yang lain, agar kita dapat memperoleh ganjaran yang berlipat ganda.

4. Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

5. Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.

6. Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.

7. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn โ€˜Abbas RA bahawa: *โ€œMenghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat โ€˜Isyaโ€™ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua.* Imam Malik merekodkan dalam al-Muwattaโ€™ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: *Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isyaโ€™ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.โ€* Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).

8. Marilah kita berazam bersungguh-sungguh untuk bertemu Lailatul Qadar. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini.

20hb Ramadan 1446H.
21hb Mac 2025

Address

Lorong Delapan, Residensi PandanMas2, Kampung Pandan
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Firdaus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al Firdaus:

Share