25/08/2026
Alhamdulillah, Syukur Atas Penyertaan Maulidur Rasul ﷺ
Pada hari ini, 25 Ogos 2026 (Ahad), pihak Surau At-Taqwa (Surau Jumaat) Taman Sentul Utama telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul 1448H anjuran Madrasah Raudhatul Muttaqin, Taman Dato Senu, Kuala Lumpur.
Seramai 17 kontijen termasuk Surau At-Taqwa (Surau Jumaat) Taman Sentul Utama telah menyertai perarakan ini yang turut mempertandingkan perarakan terbaik dan kategori sepanduk tercantik.
Walaupun belum berjaya meraih kemenangan bagi kategori sepanduk tercantik, pihak surau masih menerima saguhati untuk perarakan terbaik.
Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua AJK dan Biro Lelaki serta Imam dan Bilal surau yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan penyertaan ini.
Menang atau kalah bukanlah ukuran utama. Yang paling penting adalah ukhuwah, kebersamaan dan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. ❤️
Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dan terus menyemarakkan semangat mencintai Rasulullah ﷺ.
Syabas dan tahniah buat semua! 🌹