13/08/2026
Sumbangan Buat Ustazah Aisyah & Keluarga Allahyarham Ustaz Haziq
Assalammualaikum wbt.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada hari ini, Rabu, 12 Ogos 2026, saya dan Puan Nini mewakili AJK Surau Legasi, bersama Puan Nadzrimah dan Datin Nik, telah berkesempatan menziarahi Ustazah Aisyah serta menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM776.43 kepada beliau, isteri kepada Allahyarham Ustaz Haziq.
Untuk makluman semua, sebelum ini, pada Jumaat, 7 Ogos 2026, pihak Surau Legasi telah turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM13,000 melalui pemindahan terus ke akaun Ustazah Aisyah.
Alhamdulillah, jumlah keseluruhan sumbangan yang telah disalurkan kepada Ustazah Aisyah adalah sebanyak RM13,776.43. 🤲🏻
Bagi sahabat-sahabat yang masih berhasrat untuk menyumbang dan ingin bersama-sama membantu meringankan urusan Ustazah Aisyah sekeluarga, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut:
Nama: Nur Aisyah binti Mohd Rodzi
Maybank: 152189021079
Setinggi-tinggi penghargaan dan Jazakumullahu khairan kathiran kepada semua penduduk dan penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan, meluangkan masa, mengambil berat serta memberikan sokongan kepada Ustazah Aisyah dan keluarga dalam waktu yang penuh ujian ini.
Semoga segala sumbangan yang dihulurkan, walau kecil atau besar nilainya, diterima Allah SWT sebagai amal jariah, menjadi asbab dipermudahkan segala urusan keluarga serta dikurniakan pahala yang berlipat ganda kepada setiap penyumbang. 🤲🏻
Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Haziq.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal solehnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan soleh.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻