20/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๏ธ ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ (๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ: ๐๐๐๐จ๐ง๐๐ฅ๐โ๐ฌ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ค ๐๐ข๐ญ๐ฒ
1. Penyerahan Plak Cenderahati Penghargaan
Satu sesi penyerahan plak cenderahati penghargaan telah diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pihak McDonaldโs Cawangan Desa Park City atas kerjasama dan sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Program The Final Night โ Qiamullail & FIFA World Cup 2026 yang telah berlangsung pada 18โ19 Julai 2026.
Kerjasama pihak McDonaldโs dalam menyokong pelaksanaan program tersebut amat dihargai dan telah membantu melancarkan perjalanan program serta memberi manfaat kepada para peserta dan jemaah yang hadir.
2. Perbincangan Program Akan Datang
Dalam sesi yang sama, turut diadakan perbincangan ringkas bersama Puan Norsila Binti Mat Ariff Retaurant General Manager McDonaldโs Cawangan Desa Park City, berkaitan cadangan kerjasama bagi pelaksanaan program:
Program Kem Smart Solat & Daurah Kitab Mengenali Rasulullah SAW
๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ๐ฎ)
๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ: ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ-๐๐ฆ๐๐ฆ ๐๐ฅ-๐๐ก๐๐ณ๐๐ฅ๐ข, ๐๐๐ง๐๐๐ซ ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ฅ๐๐ซ๐, ๐๐๐ฉ๐จ๐ง๐
Perbincangan memberi tumpuan kepada bentuk kerjasama, sokongan serta penglibatan pihak McDonaldโs dalam menjayakan program yang menyasarkan pengisian pendidikan, penghayatan ibadah solat dan pengenalan kepada sirah serta keperibadian Rasulullah SAW, khususnya kepada golongan kanak-kanak dan komuniti setempat.
Pihak Masjid Al-Imam Al-Ghazali merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak McDonaldโs Desa Park City atas komitmen serta kesudian menjalinkan kerjasama dalam pelbagai program kemasyarakatan dan keagamaan.
Diharapkan hubungan kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkasakan bagi memberi manfaat yang lebih besar kepada jemaah, belia, kanak-kanak serta komuniti setempat.
Disediakan oleh:
Masjid Al-Imam Al-Ghazali
Bandar Menjalara, Kepong
Kuala Lumpur
20/8/2026