06/07/2026
Program Madani Kelas Devaram telah dianjurkan oleh Kuil Sree Muneeswarar pada 3 Julai yang lalu bagi memupuk minat serta meningkatkan pengetahuan generasi muda terhadap nyanyian dan penghayatan Devaram. Program ini juga bertujuan memperkukuhkan nilai-nilai murni, budaya, bahasa Tamil, serta amalan kerohanian dalam kalangan peserta.