01/09/2026
Assalamualaikum WarahmatulLahi Wabarakatuh,
Menurut sumber Kementerian Penerangan Malaysia, berteraskan semangat perpaduan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat, tema dan logo Hari Kebangsaan 2026 menggambarkan komitmen berterusan negara dalam membina Malaysia yang inklusif, berdaya tahan dan mampan, selari dengan usaha memperkukuh jati diri nasional.
Antara ayat Al-Quran yang sering dikaitkan dengan semangat cintakan tanah air atau negara ialah Surah Al-Baqarah, ayat 126, di mana Nabi Ibrahim A.S. berdoa agar negerinya dijadikan tempat yang aman dan makmur.
Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, marilah kita hayati makna di sebalik tema dan logo ini sebagai inspirasi untuk terus memperkukuh semangat cintakan negara serta bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang.