08/03/2017
BERNIAGA PART TIME?
Jual barang pos ni tak semudah yang dibayangkan,
Bermula dari proses pengiklanan,
dapat order, alhamdulillah.
bungkus, nak bungkus dengan apa? kena ada pembungkus yang sesuai
nak pi hantar ofis pos p**a, beratur panjang.
dah pos, tak lepas gitu aje, kena bg tracking code kat customer ,
klu customer yang bagus, dia report kalau barang dah sampai, alhamdulillah,
kalau yang tak report, nak kena cek p**ak, barang dah sampai ke belum, kita la kena cek tracking pos dia tiap2 hari,
kalau yang delayed tu, berhari2 tak sampai lagi, nak kena call pejabat pos p**ak tanya kenapa tak sampai2 lagi,
kalau barang yang dipos banyaaaaaaak.
kadang mmg tak dan nak ikut SOP ni tiap2 hari,
kalau barang tu rosak p**ak, huhu, nak kena ganti p**ak kat customer,
kena claim insurans, takkan nak suruh customer ke hulu ke hilir claim insurans, tentu la dia upset nanti, kita la yang kena ke hulu ke hilir, contact sana , contact sini,
camne nak claim ni.
kalau dapat claim, alhamdulilah, kalau tak dapat, alamat, kena keluar duit poket sendiri gantikan barang customer yang rosak. huhu.
tak mudah juga nak jadi peniaga yang jujur dan amanah ni ye.
Nama aje part time. kalau dah nak serius, memang kena mengadap jadi fulltime juga.
Mana ada benda yang mudah pun dalam dunia ni,
Allah jadikan kita kat dunia ini untuk bekerja dan berusaha, kerana di setiap usaha itu mencari rezeki itu ada pahala. .......
Pagi tadi terbaca komentar pasal org kaya beli rumah banyak2 pada harga asal, kemudian peram setahun dua, jual dengan harga yang tinggi.
Atau sewakan dengan harga yang lebih dari duit dia bayar kat bank.
Org miskin yang tak mampu nak beli rumah segedebuk la yang duk bayar duit rumah dia tu. Dia makan untung goyang kaki.
Mcmn usaha dia tu? memang usaha juga, kalau tak usaha , mana ada org yang nak beli rumah tu, mana ada org nak sewa rumah tu.
Tapi dapat pahala tak usaha dia yang menindas golongan yang lemah dengan menyebabkan harga rumah berlipat kali ganda? huhu.
Allahu akbar.
Bak kata Hanan masa kecik dulu. "Bila kita nak mati ni. Lambat nya, nak masuk syurga"