18/06/2026
๐ **LAPORAN PROGRAM CERAMAH KHAS MUHARRAM DAN MUHASABAH** ๐
Alhamdulillah, pada 18 Jun 2026 (Khamis), Masjid Kampung Gesir telah berjaya menganjurkan Ceramah Khas Muharram dan Muhasabah: "Adakah Kita Semakin Dekat Dengan Allah?"yang telah disampaikan oleh Lt Kol Dr. Mohd Mazli bin Mohd Aini, Pegawai Agama Kanan, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Program yang berlangsung sejurus selepas solat Maghrib berjemaah telah dihadiri oleh kira-kira 80 orang jemaah yang terdiri daripada penduduk Kampung Gesir dan kawasan sekitarnya.184+ yang menonton secara live di tiktok.
Dalam ceramah yang penuh penghayatan ini, penceramah mengajak seluruh jemaah untuk bermuhasabah diri, khususnya apabila memasuki tahun baharu Hijrah. Antara perkara yang ditekankan ialah:
๐ Adakah pertambahan usia kita seiring dengan peningkatan amal ibadah?
๐คฒ Muhasabah terhadap pelaksanaan ibadah wajib dan amalan-amalan sunat.
๐ Kepentingan memakmurkan masjid melalui solat berjemaah.
๐ Menilai dan memperbaiki akhlak serta hubungan sesama manusia.
โณ Menginsafi bahawa setiap hari usia kita semakin bertambah dan masa menuju akhirat semakin hampir. Justeru, setiap detik hendaklah dimanfaatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Selesai majlis, para jemaah turut menikmati **jamuan istimewa Mee Ladna** yang disediakan oleh pihak masjid sebagai tanda penghargaan kepada semua yang hadir.
Semoga segala ilmu yang disampaikan menjadi pedoman dan memberi manfaat kepada seluruh jemaah dalam meningkatkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT.
๐คฒ **Terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada seluruh AJK serta sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan amal kebajikan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.**