Masjid Al-Amin Felda Jenderak Selatan

Masjid Al-Amin Felda Jenderak Selatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Al-Amin Felda Jenderak Selatan, Religious Center, Masjid Al-Amin Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau.

JOM WAKAF BUMBUNG MASJID AL-AMIN โ€” 1 LOT HANYA RM100Bayangkan setiap kali jemaah berteduh, solat, mengaji dan beribadah ...
29/04/2026

JOM WAKAF BUMBUNG MASJID AL-AMIN โ€” 1 LOT HANYA RM100

Bayangkan setiap kali jemaah berteduh, solat, mengaji dan beribadah dengan selesaโ€ฆ ada bahagian pahala yang terus mengalir buat anda.

Masjid Al-Amin Felda Jenderak Selatan kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai:

Wakaf Bumbung dan Tabung Pembangunan Masjid Al-Amin
Felda Jenderak Selatan, 28050 Temerloh, Pahang

Sasaran wakaf ini adalah sebanyak RM650,000 dengan 6,500 lot ditawarkan.

๐Ÿ•Œ Nilai 1 Lot: RM100
๐Ÿ•Œ Jumlah Lot Ditawarkan: 6,500 lot
๐Ÿ•Œ Sasaran Wakaf: RM650,000
๐Ÿ•Œ Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Disember 2029

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun berikut:

MASJID AL-AMIN FELDA JENDERAK SELATAN
CIMB BANK
7036 3478 61

Atau boleh juga melalui QR pada poster / pautan ToyyibPay di bawah:
https://toyyibpay.com/WAKAF-BUMBUNG-DAN-TABUNG

Untuk mendapatkan Sijil Sumbangan, sila WhatsApp bukti pembayaran kepada nombor yang tertera:

๐Ÿ“ฒ Mohd Redzwan bin Abdul Mutalib
010-317 7699
Pengerusi

๐Ÿ“ฒ Maslina binti Baharin
019-955 2935
Setiausaha

๐Ÿ“ฒ Mohd Faizal bin Abd Rashid
011-2548 8016
Bendahari

Semoga setiap ringgit yang diwakafkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Klik link dan wakafkan 1 lot hari ini:
https://toyyibpay.com/WAKAF-BUMBUNG-DAN-TABUNG

๐Ÿ“ Berlangsung Hari Ini | 31 Disember 2025Alhamdulillah, hari ini sedang berlangsung Kursus Memanah anjuran Masjid FJS be...
31/12/2025

๐Ÿ“ Berlangsung Hari Ini | 31 Disember 2025

Alhamdulillah, hari ini sedang berlangsung Kursus Memanah anjuran Masjid FJS bertempat di Dewan Semai Bakti, Felda Jenderak Selatan. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat dan para peserta kelihatan bersemangat mencuba kemahiran memanah.

Tenaga pengajar jemputan, Cikgu Hafiz, merupakan salah seorang pakar memanah di Negeri Pahang, malah beliau juga anak jati Felda Jenderak Selatan. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman beliau memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Moga usaha ini menjadi salah satu jalan untuk menghidupkan sunnah serta membina sahsiah, fokus dan keyakinan diri dalam kalangan peserta.

๐Ÿ“Œ Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga program ini terus diberkati dan dirancang lagi pada masa akan datang. ๐Ÿ’ช๐Ÿน

Alhamdulillah.Selesai gotong-royong memotong kain kafan jenazah di Masjid Al-Amin, Felda Jenderak Selatan hari ini.Terim...
18/08/2025

Alhamdulillah.
Selesai gotong-royong memotong kain kafan jenazah di Masjid Al-Amin, Felda Jenderak Selatan hari ini.

Terima kasih kepada semua yang hadir membantu serta para penyumbang yang telah menginfakkan kain kafan.
Moga segala usaha dan sumbangan diberkati Allah dan menjadi saham akhirat untuk kita semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alhamdulillah. Kuliah maghrib pada malam ini disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Nur Azzam bin Saripuddin yang merupakan SD...
09/07/2025

Alhamdulillah. Kuliah maghrib pada malam ini disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Nur Azzam bin Saripuddin yang merupakan SDA (U) Felda Bukit Damar.

Kitab Sirah Nabawiyah: ุฎู„ุงุตู‡ ุณูŠุฑุฉ ู†ูˆุฑ ุงู„ูŠู‚ูŠู†

Warga Jenderak Selatan turut berduka. Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sahibus Samahah M***i ...
12/06/2025

Warga Jenderak Selatan turut berduka.

Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sahibus Samahah M***i kami turut mengadakan solat jenazah ghaib bagi mangsa kemalangan bas (Pelajar UPSI), Bacaan Yasin dan Tahlil pada malam tadi.

Kami turut mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat dan mendoakan agar Negeri Pahang dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan

Jemput semua ke Masjid mlm ni ye
19/03/2025

Jemput semua ke Masjid mlm ni ye

Jom samaยฒ kita berkawan....
03/09/2024

Jom samaยฒ kita berkawan....

.alamin.f.j 152 Pengikut, 36 Mengikuti, 116 S**a - Tonton video pendek hebat yang dicipta oleh Masjid al-Amin F Jend Selatan

Alhamdulillah. Program Jenderak Selatan Berselawat yang dipimpin Syeikh Mukhtar Jamil al-Yamani
17/08/2024

Alhamdulillah. Program Jenderak Selatan Berselawat yang dipimpin Syeikh Mukhtar Jamil al-Yamani

Semoga tahun baru ini dilimpahkan limpahan kebaikan berbanding tahun lepas buat anda semua...
06/07/2024

Semoga tahun baru ini dilimpahkan limpahan kebaikan berbanding tahun lepas buat anda semua...

Kuliah Maghrib malam ini disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Jamil bin Hussin yang merupakan Mudir Madrasah Kota Tarhib Qur...
27/04/2024

Kuliah Maghrib malam ini disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Jamil bin Hussin yang merupakan Mudir Madrasah Kota Tarhib Quran lil Banat, Kalumpang Hulu Selangor yang merupakan Pendakwah Bebas. Tajuk kuliah yang disampaikan ialah
Pemakanan & Rawatan Menurut Quran & Sunnah. Alhamdulilah.

13/04/2024

Kisah di sebalik tabir Tabung PAHANG4P4LEST1NE

Ketika ramai pihak menyuarakan kemarahan di akaun media sosial masing-masing dan ketika ramai pihak berhimpun untuk bersolidariti demi G4Z4, Tok Wan memilih untuk bekerja di sebalik tabir demi P4LEST1NE.

Tok Wan tidak terkedepan dengan ucapannya seperti pemimpin-pemimpin lain yang bersemangat dan lantang menyerang 1SR4EL tetapi Tok Wan dikenali rakyat Pahang sebagai pemimpin yang bekerja dan bekerja dan bekerja untuk rakyat.

Walaupun penat lelah menjalankan tugas hakiki sebagai Menteri Besar Pahang, Pengerusi Barisan Nasional Pahang dan Naib Presiden UMNO, Tok Wan bersama pasukannya berterusan berikhtiar dan berusaha untuk membantu rakyat P4LEST1NE.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, usaha Tok Wan dan pasukan telah berjaya menubuhkan Tabung PAHANG4P4LEST1NE 2.0 yang dinaungi oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dipantau selia oleh Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Pahang (dengan kerjasama Pahang Go).

Orang ramai bukan sahaja boleh menderma secara atas talian malah boleh melihat jumlah derma yang terkumpul di website PAHANG4P4LEST1NE.
(Link website dalam ruangan komen)

Address

Masjid Al-Amin Felda Jenderak Selatan
Kuala Krau
28050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Amin Felda Jenderak Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share