Masjid Manek Urai Lama

Masjid Manek Urai Lama Page ini khusus untuk menyebarkan tentang aktiviti2 masjid dan majlis2 seumpamanya yang berkaitan dengan masjid dan penyatuan ummah. Sadli

Sebarang pertanyaan, 0199111577 Us.

Esok doh ni adik kakok.. pakat maghi blako..
30/08/2026

Esok doh ni adik kakok.. pakat maghi blako..

BERITA KEMATIAN QARIAH MANEK URAI LAMAInnalillahi wa inna ilaihi raji‘un.Dimaklumkan bahawa Allahyarham Abdul Aziz bin H...
11/08/2026

BERITA KEMATIAN QARIAH MANEK URAI LAMA

Innalillahi wa inna ilaihi raji‘un.

Dimaklumkan bahawa Allahyarham Abdul Aziz bin Husian, yang lebih dikenali sebagai Abe Aziz Pok Nik Nepor dan merupakan suami kepada Kak Mah, telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.22 petang tadi di Klinik Kesihatan Manek Urai.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Insya-Allah, solat jenazah akan dilaksanakan selepas solat Isyak di Masjid Al Majid Manek Urai Lama.

Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan memberikan ketabahan serta kekuatan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah.

09/08/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
BERITA KEMATIAN MUKIM MANEK URAI LAMA

Kembalinya ke Rahmatullah

1) Arwah sedi (adik tokngulu che din)
2) arwah mokcik leha (isteri arwah pokcik dalil - rmhnya bersebelahan dgn rmh tokngulu udi).
3) arwah pok awi (mok ku jah) rmh dekat skoloh rendah Manek Urai

Ketiga2 nya meninggal di Hospital kuala krai.

Sama² kita doakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan segala pengurusan berjalan dengan lancar.

Kuliah Maghrib Mingguan..
29/07/2026

Kuliah Maghrib Mingguan..

Pengajian berkitab.. Tanwir Al Masalik bersama Af Imam Tua Masjid Al Majid Manek Urai Lama
15/07/2026

Pengajian berkitab.. Tanwir Al Masalik bersama Af Imam Tua Masjid Al Majid Manek Urai Lama

Malam ni doh tee.. ble2 mari dengar tok ime ngaja blh mkn cendol pulut duye mlm ni.. pakat maghi tee
15/07/2026

Malam ni doh tee.. ble2 mari dengar tok ime ngaja blh mkn cendol pulut duye mlm ni.. pakat maghi tee

Alhamdulillah, perkembangan terkini pembinaan pagar Tanah Perkuburan Islam Kampung Manek Urai Lama berjalan dengan lanca...
13/07/2026

Alhamdulillah, perkembangan terkini pembinaan pagar Tanah Perkuburan Islam Kampung Manek Urai Lama berjalan dengan lancar.

Insya-Allah, di kawasan tanah perkuburan baharu ini juga akan dibina beberapa kemudahan untuk kegunaan qariah setempat, antaranya: • Bangunan mandi jenazah • Ruang parkir van jenazah • Wakaf • Tandas

Anggaran kos keseluruhan pembinaan kemudahan ini adalah hampir RM80,000.00.

Sehubungan itu, pihak Masjid Al-Majid Manek Urai Lama amat mengalu-alukan sumbangan, infak dan sedekah daripada orang ramai bagi menjayakan usaha murni ini. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan serta mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan para penyumbang, melimpahkan rezeki yang berkat serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda. Aamiin.

Insya Allah... Mlm ni doh tu adik kakok ambo blako.. ble2 mari dengar tok ime sadli ngaja blh pakat make pulut duye.. pa...
08/07/2026

Insya Allah... Mlm ni doh tu adik kakok ambo blako.. ble2 mari dengar tok ime sadli ngaja blh pakat make pulut duye.. pakat maghi blako tee

Alhamdulillah, petang ini kami berkesempatan meluangkan masa menziarahi Pakcu Li Kedah yang baru sahaja keluar dari hosp...
03/07/2026

Alhamdulillah, petang ini kami berkesempatan meluangkan masa menziarahi Pakcu Li Kedah yang baru sahaja keluar dari hospital selepas menerima rawatan selama lebih 20 hari akibat komplikasi buah pinggang.

Dalam kesempatan yang sama, kami turut menziarahi Saudara Mazlan KTM yang sedang berehat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Kami juga sempat singgah bertanya khabar Abe Loh dan Kak Ni. Alhamdulillah, kunjungan kami disambut mesra serta dijamu dengan buah seto dan mokte.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna kepada Pakcu Li Kedah dan Saudara Mazlan, mengangkat segala kesakitan mereka, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Abe Loh dan Kak Ni, serta memberkati dan mempermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin.

Alhamdulillah, pihak masjid kini sedang menyiapkan pembinaan pagar di kawasan tanah perkuburan baharu yang telah dibeli....
29/06/2026

Alhamdulillah, pihak masjid kini sedang menyiapkan pembinaan pagar di kawasan tanah perkuburan baharu yang telah dibeli. Bagi menampung kos pembinaan tersebut, pihak masjid amat mengalu-alukan sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan yang budiman.
Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Mudah-mudahan Allah melimpahkan keberkatan rezeki serta membalas segala kebaikan para penyumbang. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Address

Kg Manek Urai Lama
Kuala Krai
18000

Telephone

+60103049611

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Manek Urai Lama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Manek Urai Lama:

Shortcuts

Share

Category