Masjid Mukim Sungai Peria

Masjid Mukim Sungai Peria Official Page Masjid Mukim Sungai Peria

Alhamdulillah, berlangsungnya Kelas Tafsir Al-Quran bersama Ustaz Awang di Masjid Mukim Sungai Peria.Menyelami makna dan...
29/08/2026

Alhamdulillah,
berlangsungnya Kelas Tafsir Al-Quran bersama Ustaz Awang di Masjid Mukim Sungai Peria.

Menyelami makna dan pengajaran daripada ayat-ayat suci Al-Quran agar setiap ilmu yang dipelajari dapat difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

29/08/2026

MUNAJAT | MOHON PETUNJUK ALLAH

Nak memilih isteri atau suami pun kita digalakkan untuk beristikharah. Apatah lagi apabila diberi amanah sebagai pemimpin untuk mentadbir negara, sudah tentu lebih banyak munajat dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.

📢 MAKLUMAN KELAS MGSAssalamualaikum wbt. 🌿Dimaklumkan bahawa Kelas MGS pada 28 & 29 Ogos 2026 (Jumaat & Sabtu) ditangguh...
26/08/2026

📢 MAKLUMAN KELAS MGS

Assalamualaikum wbt. 🌿

Dimaklumkan bahawa Kelas MGS pada 28 & 29 Ogos 2026 (Jumaat & Sabtu) ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

📚 Masa Kelas MGS:
🗓️ Setiap Jumaat & Sabtu
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Mohon maaf atas segala kesulitan dan harap maklum.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. 🥰

Semoga terus istiqamah mengimarahkan masjid dan menuntut ilmu. 🤲🏻💚

📖 KEM LITERASI AL-QURAN PPD KUALA KRAIAlhamdulillah, hari ini 26 Ogos 2026 (Rabu) telah berlangsung Kem Literasi Al-Qura...
26/08/2026

📖 KEM LITERASI AL-QURAN PPD KUALA KRAI

Alhamdulillah, hari ini 26 Ogos 2026 (Rabu) telah berlangsung Kem Literasi Al-Quran Peringkat PPD Kuala Krai bertempat di Masjid Mukim Sungai Peria.

Program ini khusus untuk murid Tahun 6 yang masih berada pada tahap bacaan Iqra’ 3 dan ke bawah, sebagai usaha membantu meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran secara berperingkat, betul dan lancar.

Semoga kem ini memberi manfaat kepada para peserta serta menjadi titik permulaan untuk mereka lebih mencintai dan mendekati Al-Quran. 🌹📖

“Al-Quran Membina Generasi Berilmu, Beriman dan Berakhlak.”

26/08/2026

Kelebihan Zikir & Ma’thurat Pagi dan Petang

Zikir bukan sekadar amalan di lisan, tetapi menjadi penenang hati dan penguat hubungan kita dengan Allah SWT.

Membaca Ma’thurat pada waktu pagi dan petang juga merupakan amalan yang penuh dengan doa, zikir dan perlindungan.

✨ Hidupkan pagi dan petang kita dengan mengingati Allah. Jangan biarkan hari berlalu tanpa zikir.

Kuliah Maghrib | Cara Mencapai Budi Pekerti yang BaikDalam kuliah Maghrib kali ini, Ustaz Mat berkongsi bahawa terdapat ...
25/08/2026

Kuliah Maghrib | Cara Mencapai Budi Pekerti yang Baik

Dalam kuliah Maghrib kali ini, Ustaz Mat berkongsi bahawa terdapat dua cara untuk mencapai budi pekerti yang baik:

Dengan nikmat dan kurniaan Allah SWT.

Dengan usaha, latihan dan mujahadah untuk membentuk akhlak yang baik.

Semoga kita terus berusaha memperbaiki akhlak dan budi pekerti dalam kehidupan seharian. 🤲

25/08/2026

Ilmu, Amal & Ikhlas 🤍

Imam al-Ghazali mengingatkan: manusia boleh binasa tanpa ilmu. Orang alim p**a boleh binasa jika ilmunya tidak diamalkan. Orang yang beramal juga boleh binasa jika amalnya tidak disertai keikhlasan.

📌Kemuncaknya adalah ikhlas kerana Allah Taala.

Bukan sekadar banyak ilmu, bukan sekadar banyak amal, tetapi semuanya dilakukan kerana Allah.

Semoga Allah kurniakan kita ilmu yang bermanfaat, amal yang diterima dan hati yang ikhlas. 🤲

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M.📅 25 Ogos 2026 (Selasa)Marilah kita mempe...
24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M.

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta menghayati akhlak, sunnah dan perjuangan Baginda dalam kehidupan kita.

🤍 Cintai Rasulullah ﷺ
📿 Perbanyakkan Selawat
🤝 Perkukuh Ukhuwah & Silaturrahim
🕌 Makmurkan Masjid

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ menjadi jalan menuju keberkatan dan kebahagiaan dunia serta akhirat.

Salam Maulidur Rasul daripada:
🕌 Masjid Mukim Sungai Peria

📖 Menyemai Cinta Bersama Al-QuranAntara suasana Kelas Tahsin Al-Quran di Masjid Mukim Sungai Peria. Sebuah usaha untuk m...
24/08/2026

📖 Menyemai Cinta Bersama Al-Quran

Antara suasana Kelas Tahsin Al-Quran di Masjid Mukim Sungai Peria. Sebuah usaha untuk memperbaiki bacaan, memperkemaskan tajwid dan mendekatkan hati kepada kalam Allah.

Semoga setiap huruf yang dipelajari menjadi pahala dan keberkatan buat kita semua. 🤲🏻

Jom hidupkan masjid dengan Al-Quran.
📍 Masjid Mukim Sungai Peria

Address

Kampung Sungai Peria
Kuala Krai
18000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Sungai Peria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Mukim Sungai Peria:

Shortcuts

Share