Masjid Al-Jauhar Guchil Kuala Krai

Masjid Al-Jauhar Guchil Kuala Krai Masjid Iktikaf berhampiran persimpangan lampu isyarat Guchil Kuala Krai bersebelahan Pasaraya PKT.

Terdapat kemudahan seperti tandas, bilik mandi, pondok rehat dan deretan kedai makan untuk menjamu selera.

Assalamualaikum...Muslimin & Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.
30/09/2023

Assalamualaikum...

Muslimin & Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

18/11/2022

Selamat pulang para perantau luar negeri untuk menunaikan PRU 15, berhati-hati memandu dan sentiasa berhemah di jalan raya serta bersama-sama kita untuk menjaga kebersihan di setiap perhentian destinasi.

In sha Allah

14/11/2022

AMALAN PAKSU MID (Asmaul Husna) YANG SAYA DAPAT

Dari tahun 1996 hingga 2000 saya belajar di sek men Islam darul ulum pokok sena. 15 minit utk ke rumah paksumid. Ketika itu al-Fadil syeikh zainal asri أدامه التوفيق والعناية adalah guru fekah di sekolah dan juga guru asrama. Kami panggil ustaz zainol.

Beliau mengajak saya utk ziarah paksu mid sebelum jumaat. Antara yang ada Ketika itu syeikh Tormizi yg dulu guru sekolah saya juga. Tak salah saya syeikh rodi Abdurrahman( ketua dewan ulama sekarang) ada follow juga. Beliau guru Quran (sebelum muka ma'had asSyatibi) dan mengajar saya al-Quran.

Ketika itu kami jumpa paksu di rumah wakaf diatas bukit bukan dirumahnya. Kena melalui belukar utk sampai. Banyak fawaid yg kami dapat. Antara yg saya ingat ialah paksu menyarankan kami utk memilih 2 Asmaul husna utk dijadikan amalan. Paksu sendiri memilih يا رحمن يا رحيم.

Ulama berkata terhadap tuntutan Asmaul Husna ialah:

من أطا قها بحسن الرعاية لها وتخلق بما يمكنه من العمل بمعانيها

Sesiapa yg menguasai asmaul husna dgn menjagannya betul2 dan berakhlak dg apa yang sesuai dari Asmaul Husna melalui beramal dgn isi kandung makna2nya. (al-Azkar)

Paksu mid membawa 2 ayat al-Quran:

1. 2 Nama Allah yang disifatkan pada Nabi Muhammad saw. Ayat 128 at-Taubah

لَقَدْ جَاۤءَكُمْ رَسُوْلٌ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِيْنَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ

Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, yang sangat baik orangnya dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman.

Ada 2 sifat Nabi Muhammad saw dari ayat ini yang diambil dari Asmaul husna iaitu رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ

2. 2 nama Allah yang disifatkan pada Nabi Yusuf. Surah Yusuf

قَالَ اجْعَلْنِيْ عَلٰى خَزَاۤىِٕنِ الْاَرْضِۚ اِنِّيْ حَفِيْظٌ عَلِيْمٌ

Dia (Yusuf) berkata, “Jadikanlah aku bendaharawan negeri (Mesir); karena sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, dan berpengetahuan.”

Ada 2 Nabi Yusuf dari ayat ini yang diambil dari Asmaul Husna iaitu حَفِيْظٌ عَلِيْمٌ

Jadi paksu menyarankan kami pilih 2 dari Asmaul Husna dan dan amalkan betul2 supaya ‘melekat’ sifat tersebut sesuai dgn sifat makhluk (bukan sama dengan Allah). Paksu sendiri amalkan يا رحمان يا رحيم maka melekat lah sifat kasih sayang pada paksu sentiasa. Sejak itu saya memilih يا لطيف يا عليم . alhamdulillah dapatla sikit2 ilmu dariNya.

Jadi boleh pilih 2 dari Asmaul Husna yg sesuai dah amalkan sentiasa cthnya يا رزاق يا باسط bagi yg nak rezki sentiasa dilapangkan. SAYA IJAZAHKAN PEMBACA UTK BERAMAL☺️

MOGA PAKSU DITEMPATKAN BERSAMA PARA NABI DAN AWALIYANYA DI SANA. Sedekahkan 3 Qul padanya.

Penulisan Asal- PU Salman

14/11/2022

SABAR ITU ADA 3 JENIS :
1. SABAR ATAS MUSIBAH/UJIAN
Tidak meratap, mengeluh dan marah bila ditimpa musibah.
2. SABAR ATAS KETAATAN
Terus mengerjakan perintah Allah dan menjaganya walau dalam keadaan susah.
4. SABAR ATAS MAKSIAT
Menahan diri dan sedaya upaya menghindarinya.
Sabda Rasulullah ﷺ :
(Terjemahan hadis)
Sabar itu ada tiga yaitu sabar dalam musibah, sabar dalam taat, dan sabar dalam menjauhi maksiat.
Barangsiapa bersabar dalam musibah sehingga dikembalikannya dalam keadaan baik atas apa yang menimpa dirinya (ia ridho atas bala’ yang diberikan-Nya), maka Allah akan menulis baginya 300 derajat yang tiap-tiap derajat jaraknya antara langit dengan bumi.
Dan barangsiapa bersabar dalam melaksanakan taat, maka Allah akan menuliskannya 600 derajat, tiap dua derajat jaraknya antara langit dunia dengan Sidratul Muntaha.
Dan barangsiapa yang bersabar dalam menjauhi maksiat, maka Allah tulis baginya 900 derajat yang jarak dua derajatnya seperti ‘Arasy dua kali“.
(HR. Abu Dunya dan Abu Syaikh)
Ingatlah pesanan Allah ini..
‎وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
"Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar”.
[Ali Imran : 146]

11/11/2022
11/11/2022

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Berderai ayaq mata 😭. Orang mulia Allah ambik pada hari yg mulia. Moga Allah tempatkan wali Allah Paksu Mid bersama para soleh, syuhada dan orang2 beriman 🤲🏻

Paksu Mid pernah pesan kalau dengar beliau sudah takda, beliau minta kita hadiahkan 3x surah al ikhlas kepadanya.

07/11/2022

Harta terbaik yang tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Alhamdulillah 🤲

Address

Guchil
Kuala Krai
18000

Telephone

+60163687100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Jauhar Guchil Kuala Krai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category