Pondok Al-Hidayah Seri Kenanga

Pondok Al-Hidayah Seri Kenanga Haji Zakaria
Sulaiman adalah seorang tokoh agamawan yang disegani. Pengasas ialah Tuan Guru Hj
Zakaria bin Sulaiman, kini berumur 66 tahun.

Pondok Al-Hidayah Seri Kenanga bertempat di Jalan Bukit Batuk Kg
Sungai Tias, Sungai Sam, Kuala Krai, Kelantan telah diasaskan oleh
Tuan Guru Haji Zakaria Bin Sulaiman pada tahun 2012. > Senarai Nama Guru-Guru -

1.Tuan Guru Haji Zakaria bin Sulaiman - Pengasas / Penasihat
2.Ustaz Hilmi bin Zakaria - Mudir / Pengurus Utama
3.Ustaz Ismail bin ZAkaria - Guru
4.Ustazah Normah binti Abdul Rahman - G

uru / Penolong Pengurus
5.Saudara Adnan bin Zakaria - Penyelia / Pengurusan Pondok

> Sejarah Ringkas Pondok -

Operasi Pondok ini bermula pada awal tahun 2012. Beliau juga Mantan Iman Besar
Masjid Mukim Kasar, Pasir Mas, Kelantan. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Pondok Lubok Tapah Pasir Mas,
Kelantan, salah satu sekolah pondok terkenal di Kelantan, beroperasi sejak 1931,
kini mempunyai murid seramai 200 orang.
2) Perkembangan Pembangunan dan Kemudahan Asas Pondok AI-Hidayah Seri
Kenanga sejak tahun 2012:
Sila rujuk kepada lampiran profile bersama ini. Sekolah pondok ini terletak di atas
tanah Kerajaan Negeri Kelantan seluas tiga (3) ekar.

إنالله وإناإليه راجعوناللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله وأدخله الجنة مع الأبرار Ya Allah Ya Tuhan...
30/10/2021

إنالله وإناإليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله وأدخله الجنة مع الأبرار

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين......

Satu lagi khabar sedih hari ini iaitu wafatnya Tuan Guru Haji Zakaria Bin Sulaiman, Pondok al-Hidayah, Kuala Krai, Kelantan petang tadi. Takziah buat Ustaz Hilmi Mukmin dan ahli keluarga atas pemergian Allahyarham. Moga Allah Taala merahmati roh Tuan Guru. Amin

Sedikit manaqib ringkas beliau :

Tuan Guru Haji Zakaria Pondok al-Hidayah ( 1954 - Kini )

Oleh : Tengku Yusuff

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Zakaria Bin Sulaiman dan beliau dilahirkan pada 20 Mac 1954 di Kampung Kasar, Pasir Mas, Kelantan. Dikenali dengan panggilan Tok Imam Ya.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menegah Arab Pasir Mas selama empat tahun. Dalam masa yang sama beliau turut menuntut ilmu di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas secara sambilan pada waktu Asar. Selepas tamat sekolah Arab, beliau menjadi pelajar tetap di Pondok Lubuk Tapah.

Di antara gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah
2. Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah

Ketika di Pondok Lubuk Tapah, beliau amat tekun mengaji terutamanya dengan Tuan Guru Haji Abdullah sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik dan menjadi pelajar contoh kepada murid-murid tua di pondok tersebut.

Daripada seorang pelajar, beliau meneruskan perjuangannya sebagai guru di samping menjadi tenaga pengajar di Pondok Lubuk Tapah. Beliau akhirnya dilantik sebagai Penolong Pengetua Pondok Lubuk Tapah.

Pada tahun 1993, Tuan Guru Haji Zakaria telah dilantik menjadi Imam Tua di Masjid Mukim Kasar, Pasir Mas sehingga tahun 2015 apabila beliau meletak jawatan kerana ingin menumpukan perhatian kepada pondoknya sendiri. Atas keilmuan yang dimilikinya, Tuan Guru sering dijemput mengajar di serata negeri Kelantan.

Pada tahun 2012, Tuan Guru Haji Zakaria telah mengasaskan sebuah pondok yang diberi nama Pondok al-Hidayah Seri Kenanga yang terletak di Jalan Bukit Batuk, Kampung Sungai Tias, Sungai Sam, Kuala Krai.

Di antara pengiktirafan dan anugerah yang beliau perolehi ialah :

1. Tauliah mengajar agama MAIK
2. Tauliah Perlantikan Pegawai Masjid sebagai Imam Tua oleh MAIK
3. Anugerah Imam Masjid Mukim Terbaik
4. Perakuan murid oleh Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah
5. Sijil penyertaan Wacana Kitab Hadis "Syamail Muhammadiyah"
6. Dikurniakan pingat setia daripada Sultan Kelantan pada tahun 2016
7. Ijazah Am Hadis Terpuji
8. Menerima Anugerah Tokoh Masyarakat Cakna 2014 P.U Kasa

Beliau telah meninggal dunia pada 30 Oktober 2021 di dalam usia 67 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Ustaz Hilmi Mukmin ( Anakanda Tuan Guru )

Assalamualaikum wbt..Mohon doa sahabat² semua dan sesiapa yang mengenali Tuan Guru Haji Zakaria atau Tok Imam Ya kasa su...
26/10/2021

Assalamualaikum wbt..

Mohon doa sahabat² semua dan sesiapa yang mengenali Tuan Guru Haji Zakaria atau Tok Imam Ya kasa supaya diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.,Beliau sekarang kekurangan oksigen dan berada di hospital kubang kuala krai.

Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar dan pelajar yang lama di Pondok Lubok Tapah..

Syafakallah Tok Imam Ya..

Hidupkan jumaat dengan sunnah,istimewanya jumaat seumpamanya sebuah masyar perhimpunan segala keindahan dan kelebihan.Sa...
08/01/2021

Hidupkan jumaat dengan sunnah,istimewanya jumaat seumpamanya sebuah masyar perhimpunan segala keindahan dan kelebihan.Sampaikan cinta dan kedamaian di sekeliling anda dalam menyusuri seharian,dan dengan kedamaian datangnya berkat insyaallah. Jazakallah 😉
- Jummah Mubarak -

11/10/2020

Address

Jalan Bukit Batuk Kg Sungai Tias, Sungai Sam
Kuala Krai
18300

Opening Hours

Monday 05:00 - 23:45
Tuesday 05:00 - 23:45
Wednesday 05:00 - 23:45
Thursday 05:00 - 23:45
Friday 05:00 - 23:45
Saturday 05:00 - 22:30
Sunday 05:00 - 23:45

Telephone

+60179799177

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Al-Hidayah Seri Kenanga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pondok Al-Hidayah Seri Kenanga:

Share