Masjid Nurul Ehsan. Kg Paya Besar, Kuala Ketil. Kedah

Masjid Nurul Ehsan. Kg Paya Besar, Kuala Ketil. Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Nurul Ehsan. Kg Paya Besar, Kuala Ketil. Kedah, Religious organisation, Kampung Paya Besar, Kuala Ketil.

*Hadis Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat*Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:*“Sesiapa yang mandi pada hari Jum...
05/06/2026

*Hadis Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat*

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
*“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub, kemudian pergi* pada waktu pertama, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta.
Sesiapa pergi pada waktu kedua, maka seolah-olah dia berkorban seekor lembu.
Sesiapa pergi pada waktu ketiga, maka seolah-olah dia berkorban seekor kibas bertanduk.
Sesiapa pergi pada waktu keempat, maka seolah-olah dia berkorban seekor ayam.
Sesiapa pergi pada waktu kelima, maka seolah-olah dia berkorban sebiji telur.
Apabila imam telah keluar (naik mimbar), para malaikat hadir mendengar khutbah.”
*Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim*

*Hadis Ancaman Meninggalkan Jumaat*

Rasulullah SAW bersabda:
*“Hendaklah sesuatu kaum berhenti daripada meninggalkan solat Jumaat, atau Allah akan menutup hati-hati mereka, kemudian mereka menjadi orang yang lalai.”*
— Riwayat Imam Muslim

🌿“Mai awai ke masjid, tenang hati sebelum khutbah bermula.”

🍀“Langkah awal ke masjid, besar ganjarannya di sisi Allah.

🌱“Jumaat bukan sekadar hadir, tapi rebut pahala paling awal.”

🌵“Orang yang datang awal Jumaat, malaikat catat namanya terlebih dahulu.”

🍏“Tinggalkan urusan dunia seketika, sambut seruan Jumaat penuh mulia.”

*Biro Dakwah Pendidikan dan Pengimarahan Masjid MNE*

04/06/2026



Jemput mai tambah ilmu
02/06/2026

Jemput mai tambah ilmu

انا لله وانا اليه راجعوناللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنهKetika berusi 19 tahun Tuan Guru Hj Abu Bakar Umar mula menga...
31/05/2026

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Ketika berusi 19 tahun Tuan Guru Hj Abu Bakar Umar mula mengajar di Masjid Kg Paya Besar, Hampir 47 tahun lamanya berkhidmat menyampaikan ilmu Agama kepada Masyarakat di sini.

Pada hari Jumaat 15 MEI 2026 merupakan kuliah Jumaat terakhir Tuan Guru di Masjid Nurul Ehsan Kg Paya Besar. Kami turut berdukacita. Damailah engkau disana wahai Tuan Guru. Moga Allah kurniakan ganjaran syurga untuk tuan guru. Selamat berehat dari kesibukan dunia wahai tuan guru.

Tuan Guru Haji Abu Bakar Omar, Pondok Batu Besar, S*k ( 1960 - Kini )

Oleh : Tengku Yusuff

Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Omar dilahirkan pada tanggal 12 Oktober 1960 di Kampung Belantik, S*k, Kedah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Charuk Senduk, S*k berguru dengan Tuan Guru Haji Ramli Bin Haji Ismail selama beberapa tahun. Gurunya ini adalah lapisan pertama pelajar Pondok Lanai, Baling.

Selepas itu, Tuan Guru Haji Abu Bakar melanjutkan pelajarannya ke Pondok Lanai, Baling Kedah bermula daripada tahun 1980 hingga 1994. Di Pondok Lanai, beliau telah diasuh dan dididik dengan baik oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Di antara sahabat selapis dengan beliau di sini ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahim Pondok Ulu Bakai dan Tuan Guru Haji Abdul Halim Pondok al-Munawarah.

Di samping berguru dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, beliau juga bertalaqqi kitab dengan Tuan Guru Haji Abu Bakar Wara'.

Pada tahun 2010, Tuan Guru Haji Abu Bakar telah mendirikan sebuah pondok di Kampung Batu Besar, S*k yang diberi nama Madrasah Darul Ulum al-Mubarakah.

Setelah 12 tahun pondoknya beroperasi, jumlah pelajar telah mencapai puluhan orang. Satu lagi usaha Tuan Guru ialah beliau juga mengadakan kelas mengenal dan membaca jawi supaya anak-anak pondok dapat mengetahui 'pokok' dalam pengajian kitab thurath. Beliau juga menjadi tenaga pengajar di Pondok Lanai

Kini, Tuan Guru Haji Abu Bakar berusia 62 tahun (2022) dan masih giat mengajar anak muridnya di Pondok.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin

*Sumber - Temubual penulis dengan Tuan Guru Haji Abu Bakar Omar pada 28 Februari 2022

Assalamualaikum wbk *PENYERTAAN IBADAH KORBAN PERDANA MNE 2027*👉Bagi Nama, No Tel, dok kat mana👉Imam akan susun Lembu no...
29/05/2026

Assalamualaikum wbk

*PENYERTAAN IBADAH KORBAN PERDANA MNE 2027*

👉Bagi Nama, No Tel, dok kat mana
👉Imam akan susun Lembu no berapa
👉 Kalau banyak bahagian copy paste dan sambung

NAMA:
NO TEL:
KG/ TAMAN:

Hantaq ke wasap Tok Imam
019-5665140

Terima kasih.

Hadis Kelebihan Datang Awal Solat JumaatDaripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat...
29/05/2026

Hadis Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub, kemudian pergi* pada waktu pertama, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta.
Sesiapa pergi pada waktu kedua, maka seolah-olah dia berkorban seekor lembu.
Sesiapa pergi pada waktu ketiga, maka seolah-olah dia berkorban seekor kibas bertanduk.
Sesiapa pergi pada waktu keempat, maka seolah-olah dia berkorban seekor ayam.
Sesiapa pergi pada waktu kelima, maka seolah-olah dia berkorban sebiji telur.
Apabila imam telah keluar (naik mimbar), para malaikat hadir mendengar khutbah.”
*Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim*

*Hadis Ancaman Meninggalkan Jumaat*

Rasulullah SAW bersabda:
*“Hendaklah sesuatu kaum berhenti daripada meninggalkan solat Jumaat, atau Allah akan menutup hati-hati mereka, kemudian mereka menjadi orang yang lalai.”*
— Riwayat Imam Muslim

🌿“Mai awai ke masjid, tenang hati sebelum khutbah bermula.”

🍀“Langkah awal ke masjid, besar ganjarannya di sisi Allah.

🌱“Jumaat bukan sekadar hadir, tapi rebut pahala paling awal.”

🌵“Orang yang datang awal Jumaat, malaikat catat namanya terlebih dahulu.”

🍏“Tinggalkan urusan dunia seketika, sambut seruan Jumaat penuh mulia.”

*Biro Dakwah Pendidikan dan Pengimarahan Masjid MNE*

Address

Kampung Paya Besar
Kuala Ketil
09300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurul Ehsan. Kg Paya Besar, Kuala Ketil. Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share