Masjid Ar-Rahmah, Kariah Padang Kulim, 09300 Kuala Ketil, Kedah

Masjid Ar-Rahmah, Kariah Padang Kulim, 09300 Kuala Ketil, Kedah Laman rasmi Masjid Ar-Rahmah

15/11/2025
15/11/2025
12/11/2025

Jadilah Wanita Solehah

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Daripada Abdurrahman bin Auf RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (kehormatannya) dan taat kepada suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya; 'Masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu kehendaki'." (HR Ahmad No: 1573) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Wanita yang solehah di hari akhirat diberi kelebihan untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki dengan syarat ia memenuhi empat kriteria berikut:

a) Melaksanakan solat lima waktu dengan sempurna

b) Berpuasa wajib di bulan Ramadhan

c) Menjaga kemaluan (maruah diri)

d) Taat dan berbakti kepada suami.

2. Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa “حَفِظَتْ فَرْجَهَا” bermaksud wanita menjaga kesucian diri daripada perbuatan keji dan juga memelihara kehormatan perkahwinannya dengan tidak berlaku curang, serta menutup aurat dan menjauhi fitnah.

3. Ketaatan kepada suami merupakan ibadah yang besar ganjarannya.
Selagi tidak bercanggah dengan hukum Allah.

4. Hadis ini menonjolkan kemuliaan wanita dalam Islam. Kebahagiaan dan keselamatan akhirat dapat dicapai melalui ketaatan kepada Allah dan tanggungjawab terhadap suami. Wanita yang menjaga ibadahnya, kehormatannya, dan keluarganya akan mendapat penghormatan tertinggi daripada Allah, iaitu memasuki syurga dari mana-mana pintu yang diingini.
Berusahalah menjadi wanita yang solehah.

12/11/2025

Pemberian Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً

Daripada Abu Mas'ud Al-Anshari maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Apabila seorang muslim memberi nafkah pada ahli keluarganya dengan niat mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah, maka perbelanjaan itu dikira sebagai sedekah untuknya." (HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bagi seorang suami dan bapa kepada anak-anak, memberi nafkah keperluan kepada ahli keluarga adalah tanggungjawab wajib. Nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi ibadah yang berpahala besar jika dilakukan dengan niat mencari keredaan Allah.

2. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga isteri dan anak-anak-anak mengikut kemampuannya. Menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:

كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت

“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR Abu Daud 1692) Status: Hadis Sahih

3. Memberi nafkah ke atas orang yang berada di bawah tanggungannya adalah sedekah. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga dengan sebab perkahwinan, merangkumi makan minum, rumah kediaman, penjagaan kesihatan, perlindungan, kasih sayang, pendidikan dan lain-lain.

4. Dalam masyarakat hari ini, walaupun isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Isteri masih boleh membantu di mana yang sesuai sebagai pelengkap. Sumbangan isteri kepada keluarga juga dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

5. Keluarga ialah institusi pertama tempat beramal kebajikan. Seorang Muslim tidak boleh mengabaikan keperluan dan kebajikan ahli keluarganya. Seorang suami atau bapa tidak sepatutnya merasa terbeban dalam menanggung keluarga, bahkan berasa gembira kerana setiap sen yang dibelanjakan menjadi ganjaran di sisi Allah SWT.

Address

Kuala Ketil
09300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ar-Rahmah, Kariah Padang Kulim, 09300 Kuala Ketil, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category