Yayasan Al Huffaz

Yayasan Al Huffaz [ TAHFIZ & PONDOK MODEN ]
Sebuah Pertubuhan Yang Berteraskan Kebajikan Dalam Bentuk Pendidikan

✨ QIAMULLAIL & JADUAL TARAWIH RAMADHAN 1447H / 2026M ✨Alhamdulillah… Ramadan kembali membawa sinar keberkatan, peluang m...
18/02/2026

✨ QIAMULLAIL & JADUAL TARAWIH RAMADHAN 1447H / 2026M ✨

Alhamdulillah… Ramadan kembali membawa sinar keberkatan, peluang memperbanyakkan ibadah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dengan penuh sukacita, pihak penganjur menjemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama mengimarahkan malam-malam Ramadan melalui Qiamullail dan Solat Tarawih yang akan dipimpin oleh:

🌙 Muhammad ‘Abir Alwi Al Haddad Al‑Hafiz
🌙 Sheikh Dr. Muhammad Musa Al‑Hafiz

📅 Rujuk jadual yang disediakan bagi mengetahui tarikh dan lokasi masjid/surau yang terlibat.

Semoga kehadiran kita semua menjadi asbab turunnya rahmat, keampunan serta pembebasan daripada api neraka. Ambillah peluang Ramadan ini untuk memperbanyakkan amal, mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran, serta menghidupkan malam dengan penuh keikhlasan.

🤲 “Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah membina jiwa dan taqwa.”

Jom hadir beramai-ramai dan sebarkan kepada keluarga serta sahabat handai.




🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan ke...
07/02/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para pelajar serta alumni yang telah mengharumkan nama institusi dalam Pertandingan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah 1447H / 2026M.

🏆 Senarai Kejayaan:

🥇 Ulya Maisarah binti Ismail
Tempat Pertama
Kategori 1–10 Juzuk (Perempuan)
Markah: 84.75%

🥇 Nur Hani binti Abdul Razak (Alumni)
Tempat Pertama
Kategori 1–30 Juzuk (Perempuan)
Markah: 88.9%

🥉 Nur Syaimaa’ binti Muhammad Saif (Alumni)
Tempat Ketiga
Kategori 1–30 Juzuk (Perempuan)
Markah: 70.25%

🥉 Muhammad Ábir Alwi Al Haddad bin Muhammad (Alumni)
Tempat Ketiga
Kategori 1–30 Juzuk (Lelaki)
Markah: 94.75%

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Yayasan Al-Huffaz untuk terus istiqamah dalam memartabatkan Al-Quran serta melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Terima kasih juga kepada para guru, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan doa tanpa jemu.

“Al-Quran Di Hati, Generasi Rabbani Dibina”



🌹 MAJLIS VIVA PEMBENTANGAN SYAHADAH & KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN 🌹Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Viva Pembentanga...
06/02/2026

🌹 MAJLIS VIVA PEMBENTANGAN SYAHADAH & KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN 🌹

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Viva Pembentangan Syahadah & Khatam 30 Juzuk Al-Quran melibatkan para pelajar yang telah menamatkan hafazan Al-Quran secara keseluruhan.

Majlis ini menjadi medan penilaian akhir bagi memastikan ketepatan hafazan serta kualiti penguasaan Al-Quran sebelum dianugerahkan Syahadah. Semoga usaha dan pengorbanan para pelajar dalam memelihara kalamullah ini mendapat keberkatan serta melahirkan generasi huffaz yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

📅 7 – 12 Februari 2026
🕖 7.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Dewan Saerah Taha

Marilah sama-sama kita mendoakan agar para peserta diberikan kelancaran, ketenangan serta kejayaan dunia dan akhirat.



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaSheikh Dr. Muhammad bin Musa Al Hafizatas kejayaan lulus Viva Voce Doktor Falsaf...
26/01/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
Sheikh Dr. Muhammad bin Musa Al Hafiz
atas kejayaan lulus Viva Voce Doktor Falsafah (PhD)
dalam bidang Tafsir.

Seluruh warga Yayasan Al Huffaz merakamkan ucapan penghargaan dan rasa bangga atas pencapaian Mudir yang menjadi inspirasi, pencetus semangat dan contoh teladan dalam dunia keilmuan.

Semoga ilmu yang diperoleh terus memberi manfaat kepada ummah dan diberkati Allah SWT.

🏛️Salam Alaik🏛️MAKLUMAN📌Semua Kenalan,Tuan-Puan/Dato'-Datin,TAJAAN MAJLIS BERBUKA, MOREH & SAHUR 2026 Pihak Yayasan Al H...
23/01/2026

🏛️Salam Alaik🏛️

MAKLUMAN📌

Semua Kenalan,
Tuan-Puan/Dato'-Datin,

TAJAAN MAJLIS BERBUKA, MOREH & SAHUR 2026

Pihak Yayasan Al Huffaz akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Moreh & Sahur bersama Pelajar, Guru-Guru dan Warga YH.

Justeru, tajaan anda amat dialu-alukan bagi menampung kos untuk berbuka, moreh & sahur.
Disini, Disertakan Senarai Penyertaan.

Pembayaran boleh diserahkan sebelum 18 feb 2026 dan bank in @ QR Code ke:

No.acc: 5520-4010-1300
Maybank Yayasan Huffaz @ _boleh hubungi ke no: 017-4040982 @ 019-5114040

List 👇
Hari 1 (Ramadhan):
Hari ke-2:
Hari ke-3:
Hari ke-4:
Hari ke-5:
Hari ke-6:
Hari ke-7:
Hari ke-8:
Hari ke-9:
Hari ke-10:
Hari ke-11:
Hari ke-12:
Hari ke-13:
Hari ke-14:
Hari ke-15:

Sekian
Terima kasih

Mudir Am,
Yayasan Huffaz
Baling, Kedah
Jumaat (23/1/26)

16/01/2026

| 16 Januari 2026 Jumaat bersamaan dengan 25 RejabPihak yayasan al huffaz menerima kunjungan dari PBAPP ( Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang ) .Pihak yayasan mengalu2kan kedatangan serta mengucapkan terima kasih atas pertemuan yg penuh bermakna ini. . Semoga allah permudahkan urusan kita serta semua kaum muslimin & Muslimat Amin

Temuduga pelajar baharu sesi ke 2 pada 6.12.2025 jam 9 pagi, bagi yang berminat boleh terus hadir ke Yayasan Al-Huffaz
03/12/2025

Temuduga pelajar baharu sesi ke 2 pada 6.12.2025 jam 9 pagi, bagi yang berminat boleh terus hadir ke Yayasan Al-Huffaz

🎓 PENGAMBILAN PELAJAR 2026 kini dibuka!
Yayasan Al Huffaz menawarkan peluang pembelajaran Al-Quran dan ilmu agama melalui program:
📘 Qisim Tahfiz (11–13 tahun)
📗 Fastrack 4 Senawi (15 tahun ke atas)
📙 Pondok Moden Warga Emas & Dewasa (40 tahun ke atas)

📍Asrama disediakan
📞 Hubungi kami:
Mudir – 019-511 4040
Pejabat – 017-404 0982

🌟 Sertai kami dalam membentuk generasi Al-Quran dan melahirkan insan rabbani.

📢 MAKLUMAN RASMIPihak Yayasan Al Huffaz memaklumkan bahawa kuliah dhuha edisi Jumaat, 28 November 2025 ditangguhkan atas...
24/11/2025

📢 MAKLUMAN RASMI
Pihak Yayasan Al Huffaz memaklumkan bahawa kuliah dhuha edisi Jumaat, 28 November 2025 ditangguhkan atas urusan Tuan Guru yang tidak dapat dielakkan.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kefahaman serta sokongan semua.
Terima kasih.

Alhamdulillah sekalung tahniah diucapkan buat anaknda Siti Aisyah Humairah Binti Solahuddin yang telah berjaya menamatka...
17/11/2025

Alhamdulillah sekalung tahniah diucapkan buat anaknda Siti Aisyah Humairah Binti Solahuddin yang telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzuk pada hari ini..

Tahniah juga diucapkan kepada guru serta kedua ibu bapa 🎊🎊🎉

Tarikh mula menghafaz (26/2/2023)

Tarikh tamat menghafaz (17/11/2025 )

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ

وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

Amin Ya Rabbal A'lamin...

Alhamdulillah sekalung tahniah diucapkan buat Anaknda Miqdad Al-Khuzai'e Bin Muhammad Hisyamudin yang telah berjaya mena...
13/11/2025

Alhamdulillah sekalung tahniah diucapkan buat Anaknda Miqdad Al-Khuzai'e Bin Muhammad Hisyamudin yang telah berjaya menamatkan hafazan al quran 30 juzuk pada hari ini..

Tahniah juga diucapkan kepada guru serta kedua ibu bapa nya🎊🎊🎉

Tarikh Mula menghafal(3/2/2022)

Tarikh Tamat Menghafal(13/11/2025 )

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ
وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ.

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

Amin Ya Rabbal A'lamin

سنة حلوة ومباركة، يا شيخنا الفاضل، محمد موسى الحافظ السمبلاني، مدير ياياسن الحفاظ.Semoga Allah ﷻ memanjangkan usia Tuan ...
13/11/2025

سنة حلوة ومباركة، يا شيخنا الفاضل، محمد موسى الحافظ السمبلاني، مدير ياياسن الحفاظ.

Semoga Allah ﷻ memanjangkan usia Tuan Syeikh dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan, ketenangan hati, dan kekuatan untuk terus memimpin serta mendidik umat dengan al-Quran.

Terima kasih atas segala jasa, ilmu, dan bimbingan yang dicurahkan.

*جَزَاكُمُ اللّٰهُ خَيْرًا كَثِيرًا وَبَارَكَ اللّٰهُ فِيكُمْ.*

*سنة حلوة ممتلئة بالطاعة والبركة.*

09/11/2025

Satu hari nanti, pelajar-pelajar ini pasti akan merindui kenangan main bersama sahabat mereka...
Kenangan tidak boleh dijual beli..

Address

Yayasan Al Huffaz, Persiaran Madinatul Ilmi, Kg Charok Beras
Kuala Ketil
09300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Al Huffaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Yayasan Al Huffaz:

Share