J.A.F Malaysia

J.A.F Malaysia Tagline "MUKMIN BERSAUDARA" adalah kunci sebuah penyatuan.

Sebuah pertubuhan (ROS) bermatlamat untuk menjadi barisan hadapan di dalam mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air dengan mengutamakan Ilmu dan amal berlandaskan Ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

KENYATAAN TEGAS JAF MALAYSIAالله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبرالله أکبرولله الحمد..JAF Mal...
30/04/2026

KENYATAAN TEGAS JAF MALAYSIA

الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبر، الله أکبرالله أکبر
ولله الحمد..

JAF Malaysia dengan ini mengecam sekeras-kerasnya penganjuran program hiburan yang jelas membawa unsur melampau, melalaikan dan merosakkan nilai agama serta adab umat Melayu-Islam.

Program seperti ini bukan sekadar hiburan biasa, bahkan merupakan agenda normalisasi budaya songsang yang secara halus menanam cara hidup bebas, liar dan jauh daripada panduan agama.

Ia adalah :-
PEJAJAHAN ATAU LEBIH TEPAT PENJARAHAN ALAF BARU untuk menakluk dan meracun pemikiran yang merosakkan akhlak generasi anak-anak muda Tanah Melayu, melemahkan jati diri umat dan membuka ruang kepada keruntuhan moral yang semakin membimbangkan.

Lebih mendukacitakan, apabila perkara sebegini seolah-olah diberi ruang dan restu, sedangkan kesannya amat besar terhadap masa depan masyarakat dan negara.

❗ JAF Malaysia menyeru dengan penuh ketegasan:
👉🏻 BOIKOT program ini sepenuhnya
👉🏻 JANGAN HADIR walau atas alasan hiburan
👉🏻 JANGAN JADI PENYUMBANG kepada kerosakan ini

Ingatlah, setiap sokongan, kehadiran dan promosi adalah tanda kita meredhai kemungkaran yang berlaku.

Jika hari ini kita diam, esok kita akan melihat nilai agama dipijak, adab dan adat dipersenda, dan identiti umat lenyap sedikit demi sedikit.

Cukuplah ‼️
Jangan kita gadaikan maruah demi hiburan sementara.

BANGKITLAH, TOLAK DAN BANTAH!
KAMI BANTAH!!

"NORMALISASI INI HAKIS NILAI AGAMA & ADAB"

04/09/2025

JUNJUNGAN KAMI NABI MULIA ﷺ

Beliau ﷺ adalah manusia yang paling sempurna bentuk tubuhnya, perangainya, memiliki tubuh dan sifat-sifat akhlak yang luhur.

Ukuran tubuhnya sedang,
putih kemerah-merahan warna kulitnya,
lebar matanya,
bercelak,
tebal bibirnya,
kedua alisnya tipis dan panjang.ﷺ

Gigi serinya renggang,
mulutnya lebar dan bagus.
Dahinya lebar dan berdahi bulan muda.ﷺ

Datar pipinya,
hidungnya tampak sedikit tinggi dan mancung. Berdada bidang,
Telapak tangannya lebar,
tulang persendiannya besar,
daging tumitnya sedikit,
janggutnya tebal, kepalanya besar,
rambutnya sampai ke daun telinga.ﷺ

Di antara bahunya terdapat cap kenabian yang telah diratai oleh cahaya. Peluhnya jernih bagaikan mutiara, dan baunya lebih semerbak daripada harumnya katsuri. Cara jalan beliauﷺ tenang, seolah-olah beliauﷺ turun dari tempat yang tinggi.

Bila beliau ﷺmenjabat tangan orang dengan tangannya yang mulia, orang itu mendapati bau semerbak darinya sepanjang hari. Bila beliauﷺ meletakkan tangannya di atas kepala anak-anak, diketahuilah sentuhannya pada anak itu di tengah anak-anak lainnya (Bila anak yang telah disentuh kepalanya itu kembali bermain dengan kawan-kawannya, dapat diketahui mana anak yang baru diusap kepalanya karena harumnya).

Wajah beliauﷺ yang mulia cemerlang seperti cemerlangnya bulan di malam purnama. Orang yang menyifatinya berkata, “Aku tidak melihat sebelum dan sesudahnya orang yang seperti dia ﷺ dan tidak ada p**a manusia yang melihat sepertinya.”

Dari kitab Maulid Berzanji karangan Imam Jaafar Berzanji

SALAM MAHABBAH RASUL ﷺ
JAF MALAYSIA 🇲🇾

Ia adalah dari hasil darah, air mata & doa pejuang Sabilillah yang tidak pernah gentar ! Mereka bangkit dengan iman, ber...
31/08/2025

Ia adalah dari hasil darah, air mata
& doa pejuang Sabilillah yang tidak pernah gentar !
Mereka bangkit dengan iman, bersatu dengan keberanian,
berjuang dengan nyawa demi agama, bangsa dan tanah air.

Hari MERDEKA bukan sekadar bendera dikibarkan @ laungan,
ia adalah amanah yang mesti kita junjung.
Ingatlah, setiap hembusan nafas adalah peluang untuk meneruskan legasi, membina bangsa bermaruah, memartabatkan Islam,
& memastikan tanah air kekal berdaulat.

Bangkitlah pewaris perjuangan!
Bebaskan Jiwa dari pengaruh Ideologi asing.
Demi Agama, Bangsa & Tanah Air.

Selamat Hari Merdeka !

JAF MALAYSIA

Selamat menjalani Ibadah² wajib dan sunat di dalam bulan Muharram 1447H.
04/07/2025

Selamat menjalani Ibadah² wajib dan sunat di dalam bulan Muharram 1447H.

Bulan Muharram merupakan salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT, penuh dengan keberkatan dan peluang untuk meraih ganjaran berganda.

Mari kita manfaatkan keistimewaan ini dengan memperbanyakkan amalan sunat!




AMALAN DI AWAL TAHUN BARU HIJRAHMaghrib ini kita menyambut tahun baru Hijrah 1447. Antara amalan yang boleh dilakukan ia...
26/06/2025

AMALAN DI AWAL TAHUN BARU HIJRAH

Maghrib ini kita menyambut tahun baru Hijrah 1447. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah seperti berikut :

1. Majlis Ilmu / Zikir selepas asar atau sebelum maghrib
- Bacaan Hizib atau Ratib pilihan seperti Hizibul Bahr @ Ratib Al-Haddad & Zikir Sayyidul Istighfar

2. Bacaan Doa Akhir Tahun 1446 selepas asar @ 15 minit sebelum azan Maghrib

3. Bacaan Doa Awal Tahun selepas Solat Maghrib

4. Minum Susu sebegai Tafa'ulan
- Bacaan Doa sebelum minum susu adalah seperti berikut :

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ
(Allaahumma baarik lanaa fiihi wa zidnaa minhu)
ertinya : "Ya Allah, berkahilah kami padanya dan tambahkanlah darinya".

5. Menulis Basmalah 113
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
- Diatas kertas putih bersih
- Dalam keadaan berwuduk
- Mengadap Qiblat
- Hadir Hati semasa menulis

6. Sertai Majlis Bacaan Yasin @ Menghadiri Majlis Ilmu Tazkirah Khas sempena Awal Muharram.

Dan lain²

Selamat menyambut Tahun baru Hijrah 1447.

Hargai ruang peluang yang Allah beri kepada kita. Semoga Tahun yang berlalu diterima amal ibadah kita dan diampunkan segala dosa. Semoga tahun mendatang lebih baik dari tahun sebelumnya.. Semoga Allah memberkati kita semua.

🌺 عيد الأضحى مبارك 🌺كل عام وأنتم بخير☆☆☆☆☆Aidil Adha mengajarkan kita erti pengorbanan & Ketaatan
09/06/2025

🌺 عيد الأضحى مبارك 🌺
كل عام وأنتم بخير
☆☆☆☆☆
Aidil Adha mengajarkan kita erti pengorbanan & Ketaatan

Report oleh wakil JAF Malaysia Utz. Sharifuddin.
31/05/2025

Report oleh wakil JAF Malaysia Utz. Sharifuddin.

Satu bantahan akan dibuat dikalangan NGO-NGO Islam. Ramai tak sedari bahawa ada gerakan songsang dalam Malaysia. Hati-ha...
31/05/2025

Satu bantahan akan dibuat dikalangan NGO-NGO Islam. Ramai tak sedari bahawa ada gerakan songsang dalam Malaysia. Hati-hati dan doakan agar mereka pupus.
melalui wakil telah membuat report berkaitan hal ini.

MEDAN INI KITA BERSATU24 Mei 2025 (Sabtu) - JAF Malaysia menganjurkan majlis silaturrahim bersama jemaah-jemaah yang had...
25/05/2025

MEDAN INI KITA BERSATU

24 Mei 2025 (Sabtu) - JAF Malaysia menganjurkan majlis silaturrahim bersama jemaah-jemaah yang hadir dari pelbagai daerah negeri Perak antaranya Beruas, Pantai Remis, Setiawan, Kg. Gajah, Selingsing, Taiping, Parit, Buntar Lintang, Sg. Siput, Klebang, Ipoh dan lain-lain. Bahkan ada yang hadir dari negeri lain seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Johor, Penang dan Kedah.

Tujuan majlis tahunan ini diadakan ialah untuk kembali merapatkan / mengukuhkan persaudaraan setelah lama terpisah, menjalinkan ukhuwah dan mengembalikan semangat untuk sentiasa mengingati janji setia memberi khidmat menjaga agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Inilah salah satu medan yang dilihat banyak menyatupadukan ukhuwah sesama anak Melayu, yang masing-masing mengenepikan sebarang perbezaan atau persengketaan ideologi sama ada politik atau sebagainya.

Pengacaraan Majlis yang tersusun, dikendalikan oleh Ust. Sharifuddin TTDI, dimulakan ngauman lagu NegaraKu, kemudian diteruskan dengan bacaan Ikrar Sumpah Melayu pimpinan Ust. Pak Long Pie. Seterusnya bacaan doa yang penuh makna dan harapan oleh Ust. Pak Su Nizam Datuk Keramat.

Setelah itu, bagi memperkenalkan Persatuan Jalinan Amal Fikrah Malaysia (JAF Malaysia), majlis diteruskan dengan tayangan montaj pengenalan JAF Malaysia yang hasrat penubuhannya telah bermula seawal tahun 2009 lagi. Kemudian majlis, disusuli dengan ucaptama daripada YBrs. Tok Ayah Fadhil Abu Bakar, Presiden JAF Malaysia.

Setelah memberi ruang kepada hadirin untuk santapan makan malam, dihidangkan juga tayangan penceritaan Sejarah pengorbanan Sultan Melaka dan pembesar-pembesar negerinya demi menyelamatkan bumi Madinah dan jasad Rasulullah S.A.W dari ditawan oleh tentera Portugis. Video penceritaan yang disunting oleh Ratib Alami ini, membuka mata hati para hadirin untuk menyedari bahawa tanah air ini amat bertuah di atas pengorbanan yang pernah dilakukan.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian watikah khalifah dan kekanda-kekanda perjuangan bagi mengingatkan amanah yang dipikul atas kerelaan hati ini, perlu ditunaikan demi menjaga serta mendaulatkan agama, bangsa dan watan. Kemudian hadirin mendengar kalam taujihat daripada YBrs T.A Basmi Lintau, Abang Long Tonggak Samsudin (Din Trowong) dan memberi laluan secara santai kepada khalifah-khalifah memberi salam perkenalan dan bersilaturrahim sesama hadirin.

Kemuncak majlis, para hadirin bersama-sama mengalunkan bacaan Selawat Badriyyah iaitu bacaan selawat rasmi JAF Malaysia bagi menutup tirai majlis pada kali ini.

Terima kasih kepada YBrs. A. Pak Uda Tanjung Karang, Selangor atas penyusunan majlis yang telah diatur bermula Januari 2025 lalu. Walaupun tidak dapat hadir disebabkan kemalangan baru-baru ini, namun masih bersama mengambil tahu dan menyusun-aturnya dari jauh. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan dan memberi kesihatan / kesembuhan yang lebih baik buat beliau dan kita semua.

Terima kasih kepada barisan urusetia yang memastikan kelancaraan majlis antaranya Jemaah Wilayah Tengah, Kanda Azlan Bkt beruntung dan jemaah, Kanda Azzad, Kanda Pak Teh Cdee, Kanda Din Kedah dan lain-lain.

MT JAF MALAYSIA
"Mukmin Bersaudara"





Address

Kuala Kangsar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when J.A.F Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share