Surau Al-Karimiah Talang Hulu

Surau Al-Karimiah Talang Hulu Hebahan dan perkongsian aktiviti surau Al-Karimiah
Kepada yang ingin menyumbang,
boleh salurkan terus ke akaun *Surau Al-Karimiah Maybank 558097010499*

17/04/2025

Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin 'kosong ' , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata b*k jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . B*k cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.

Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat

Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah.

Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak .

Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . - ayat seorang jahil . Astagfirullah

Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.

✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5⃣ Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6⃣ Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7⃣ Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..

Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua...

Salam...

PERKONGSIAN SAHABAT FB..
SAMA2 KITA JAGA CONNECTION DENGAN ALLAH... NIAT APE SAHAJA YANG BAIK..KERANA ALLAH TAALA.... ❤❤❤

28/03/2025

2038 pengikut, 90 s**a, 84 komen

28/03/2025

2038 pengikut, 115 s**a, 114 komen

28/03/2025

2038 pengikut, 89 s**a, 96 komen

28/03/2025

2038 pengikut, 125 s**a, 132 komen

25/12/2024
06/12/2024

Kisah Imam Abu Abdullah al-Andalusi

Imam Abu 'Abdullah merupakan Syeikh ul-Masyaikh (guru kepada para syeikh) dan berada dalam kalangan wali Allah yang besar di Andalus (Sepanyol). Ribuan tempat suluk menjadi begitu makmur di bawah bimbingan beliau, ribuan madrasah berjalan dengan tunjuk ajar beliau dan beliau mempunyai ribuan anak murid sehingga diberitahu bahawa anak murid beliau mencecah dua belas ribu orang.

Sekali, beliau telah keluar bermusafir. Ribuan para masyaikh dan ulama menyertai beliau termasuk Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam Syibli.

Imam Syibli menceritakan, "Kafilah kami bergerak dengan penuh keberkatan sehingga kami melalui satu perkampungan orang Kristian. Ketika itu, waktu solat sudah hampir habis. Kami tidak menemui air di dalam kampung itu. Di luar kampung tersebut ada sebuah perigi yang beberapa orang gadis mengambil air darinya. Imam Abu Abdullah telah terpandang salah seorang gadis tersebut. Selepas terpandang akan gadis tersebut, Imam Abu Abdullah telah berubah serta-merta.

Selepas beliau bercakap-cakap dengan gadis itu, beliau menundukkan kepalanya lalu duduk. Selama tiga hari penuh berlalu, beliau tidak makan, tidak minum dan tidak bercakap dengan sesiapa. Semua khadim beliau berasa bimbang dengan keadaan diri beliau. Selepas tiga hari, saya memberanikan diri untuk berbicara dengan beliau. Saya berkata, "Wahai Tuan Imam, ribuan murid tuan berasa bimbang melihat keadaan tuan.

Lalu Imam Abu Abdullah pun berkata kepada murid-muridnya, "Wahai sahabat-sahabatku, sampai bila aku akan merahsiakan keadaan aku ini kepada kamu semua? Gadis yang telah aku lihat kelmarin, kecintaan kepadanya telah menguasai diriku sehinggakan seluruh anggota badan aku telah dikuasainya. Sekarang, dalam apa-apa keadaan pun, tidak mungkin aku akan meninggalkan tempat ini."

"Tuan Imam, tuan merupakan Imam dan mursyid besar kepada penduduk Iraq. Keilmuan, kehebatan, kezuhudan dan ibadah tuan tersebar ke segenap pelosok Iraq. Para murid tuan melebihi dua belas ribu orang. Dengan perantaraan al-Quran yang mulia, janganlah tuan hampakan kami semua."

Imam Abu Abdullah telah berkata, "Wahai anak muridku yang dikasihi, nasibku dan nasibmu telah ditetapkan dalam takdir Tuhan. Pakaian kewalian telah ditanggalkan daripadaku dan tanda-tanda hidayah telah dilenyapkan daripadaku." Beliau telah mengucapkan perkataan ini lalu menangis sambil berkata lagi, "Wahai kaumku, qada' dan qadar telah terlaksana. Sekarang urusan ini bukan lagi dalam tanganku." Kami benar-benar terkejut dengan peristiwa ini dan kami mulai menangis kerana kehampaan dan kekecewaan. Imam Abu Abdullah juga turut menangis bersama-sama dengan kami seumpama air banjir yang sangat deras.

Selepas itu, kami pun terpaksa p**ang semula ke tanah air kami di Baghdad. Apabila kami menceritakan peristiwa ini kepada anak-anak murid beliau selepas p**ang, keadaan menjadi riuh-rendah sehingga ada beberapa orang pada waktu itu juga telah meninggal dunia kerana terlalu sedih. Sementara yang lain p**a berdoa merintih-rintih di hadapan Allah supaya Allah Zat yang mengubah hati, memberi hidayah dan mengembalikan Imam Abu 'Abdullah pada kedudukan yang tinggi semula. Selepas itu, semua tempat zikir beliau telah ditutup. Selama setahun kami senantiasa terkenangkan perpisahan dengan beliau.

Selepas setahun berlalu, anak-anak murid Imam Abu Abdullah bercadang untuk bertemu dengan beliau dan melihat keadaan beliau setelah berpisah agak lama. Maka, sekump**an murid Imam Abu Abdullah telah pergi. Apabila mereka telah sampai di kampung tersebut, mereka bertanya kepada penduduk kampung tersebut mengenai Imam Abu Abdullah. Penduduk kampung telah memberitahu bahawa beliau sedang mengembala babi di dalam hutan.

Kami pun bertanya, "Semoga Allah melindungi dirinya, bagaimana keadaan ini boleh berlaku?" Lalu mereka memberitahu bahawa Imam Abu Abdullah telah meminang anak perempuan ketua mereka. Beliau telah bersetuju dengan syarat mesti menurut setiap perintah bakal mertuanya iaitu beliau dikehendaki untuk mengembala babi di dalam hutan. Mendengarkan hal ini, kami menjadi tergamam dan jantung kami bagaikan dikoyak-rabak kerana terlalu bersedih.

Tanpa disedari, air mata kami mengalir begitu deras. Dengan berat hati, kami pergi ke hutan tempat di mana Imam Abu Abdullah mengembala babi. Kami melihat beliau memakai topi nasrani dan di pinggang beliau terikat zunnar (iaitu sejenis kain yang diikat di badan orang kafir zimmi sebagai tanda mereka ialah kafir zimmi). Beliau sedang berdiri dihadapan babi sambil memegang tongkatnya yang suatu ketika dahulu digunakan untuk memberikan nasihat dan khutbah kepada kami. Melihatkan hal ini menambahkan Iagi kedukaan di hati kami.

Imam Abu Abdullah menundukkan kepala beliau apabila menyedari akan kedatangan kami. Kami menghampiri beliau lalu mengucapkan salam, beliau dengan suara yang agak tertahan menjawab salam kami. Setelah bertanya mengenai perkhabaran beliau, maka kami bertanya lagi, "Wahai tuan Imam, bagaimanakah keadaan sebegini boleh berlaku kepada tuan dalam keadaan tuan mempunyai ilmu dan kelebihan serta mengetahui tentang hadith dan tafsir?"

Beliau telah menjawab, "Wahai rakan-rakanku, saya tidak berada dalam kemampuan diri saya. Tuhanku telah bertindak terhadapku sepertimana yang Dia kehendaki. Selepas Dia menjadikan aku begitu hampir dengan-Nya, maka Dia juga menghendaki untuk melemparku jauh dari pintu-Nya, siapakah yang boleh menghalang ketentuan-Nya? Wahai teman-temanku, takutilah kemurkaan Tuhan yang tidak berhajat kepada sesiapa, jangan kamu terpedaya dengan ilmu dan kelebihan kamu."

Selepas menerangkan keadaan dirinya, beliau memandang ke langit lalu berkata, "Wahai Tuhanku, aku tidak pernah menyangka Kau akan menghina aku sebegini sehingga menghalau aku dari pintu-Mu." Imam Abu Abdullah berkata sedemikian lalu mulai berdoa sambil menangis. Kemudian beliau berkata, "Wahai Syibli, lihat dan ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku pada orang lain."

Saya (Imam Syibli) menangis lalu berdoa, "Wahai Tuhan yang memelihara kami, hanya kepada-Mu-lah kami meminta bantuan dan pertolongan dan hanya kepada-Mu-lah kami bergantung. Jauhkanlah kami daripada musibah ini kerana tidak ada sesiapa pun yang boleh menjauhkannya selain daripada-Mu." Mendengarkan tangisan dan suara mereka yang sayu ini, segerombolan babi pun berkumpul berhampiran mereka dan mereka juga turut mulai menangis dan berbunyi. Di samping itu juga, Imam Abu Abdullah terus menangis teresak-esak.

Saya (Imam Syibli) bertanya lagi, "Wahai tuan Imam, tuan dahulunya seorang hafiz al-Quran dan boleh membaca tujuh qiraat. Adakah tuan masih boleh mengingati apa-apa mengenai ayat al-Quran?" lalu lmam Abu Andullah menjawab "Wahai temanku, aku tidak boleh mengingati apa-apa mengenai ayat al-Quran melainkan hanya dua ayat sahaja. Ayat yang pertama ialah,

وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنْ مُّكْرِمٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَآءُ

"... dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya."

{ Surah Al-Hajj 22 : 18 }


Manakala ayat kedua p**a ialah,


وَمَنْ يَتَبَدَّلِ الْكُفْرَ بِالْإِيمٰنِ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ السَّبِيلِ

"...Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus."

{ Surah Al-Baqarah 2 : 108 }


Saya (Iman Syibli) bertanya lagi, "Wahai tuan Imam, dahulunya tuan boleh membaca tiga puluh ribu Hadith bersama sanadnya secara hafalan. Adakah tuan masih mengingatinya lagi?" Imam Abu Abdullah menjawab, "Hanya satu hadith yang masih aku ingat iaitu,

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia."

[ Hadith Sahih riwayat Bukhari ]

Melihatkan keadaan ini, kami meninggalkan beliau di sana dan p**ang semula ke Baghdad.

Selepas melepasi tiga persinggahan dalam perjalanan, pada hari yang ketiga tiba-tiba kami melihat Imam Abu Abdullah di hadapan kami. Beliau telah mandi di sebatang sungai lalu keluar dan dengan suara yang kuat, beliau mengucapkan,

أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ

، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Ketika itu, kegembiraan kami yang amat sangat hanya boleh dibayangkan oleh sesiapa yang mengetahui betapa beratnya musibah yang menimpa kami sebelum ini. Selepas itu kami bertanya kepada beliau, "Adakah ada apa-apa sebab tuan diuji sebegini?"

Imam Abu Abdullah, menjawab, "Ya, sewaktu kita sampai di kampung orang Kristian tersebut dan kita melalui berhampiran sebuah rumah berhala dan gereja mereka, apabila melihat penyembah api dan penyembah salib yang sedang sibuk beribadah, maka timbul dalam hatiku sifat *takabbur* dan bangga, "Kami orang mukmin dan mentauhidkan Allah sedangkan orang ini amat malang!" Bagaimana mereka ini amat bodoh sehingga boleh menyembah benda-benda yang tidak mempunyai deria rasa?". Ketika itu juga aku telah diseru dengan satu suara ghaib, "Iman dan Tauhid ini bukan kesempurnaan daripadamu sendiri bahkan segalanya daripada taufiq Kami. Adakah kau menganggap Iman itu dalam ikhtiarmu? Kalau kau mahu, sekarang kami boleh beritahu kepada kau!" Ketika itu juga aku merasai seolah-olah seekor burung keluar dari hatiku lalu ianya terbang dan secara hakikatnya yang keluar itu ialah Imanku."

Sifat takabbur ini merupakan bala yang amat buruk sehinggakan sebesar-besar syeikh pun telah dirosakkan sebegitu rupa.

Semoga Allah dengan kemurahan dan kurniaan-Nya menyelamatkan kita semua daripada musibah yang amat besar ini.

[ Syeikhul-Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhalawi dalam Ummul Amradh ]

wallahua'lam...

02/12/2024

InsyaaAllah
Majlis akan datang kita buat resepi ni
Auuum

Address

Kampung Talang Hulu
Kuala Kangsar
33000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Karimiah Talang Hulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share