Surau Ihsaniah RPA 3 Kuala Kangsar

Surau Ihsaniah RPA 3 Kuala Kangsar RPA 3 Jalan Sultan Iskandar Shah
33000 Kuala Kangsar, Perak

17/04/2024

(114) E-BUKU TERBAHARU PERCUMA

MASJID AL-AQṢĀ: ‘AQĪDAH, SEJARAH DAN KETAMADUNAN KITA
Oleh: Shaykh Dr ‘Alī al-Ṣallābī
Penterjemah: Syamil Omar

Masjid al-Aqṣā merupakan kiblat umat Islam yang pertama, juga tempat perjalanan Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam (sewaktu Isrā’ dan Mi‘rāj), dan merupakan tempat keinginan hati para Anbiyā’ ‘alayhimussallām. Kini, Masjid al-Aqṣā masih berada di bawah jajahan Zionis. Palestin bumi terletaknya Masjid al-Aqṣā juga di bawah jajahan Zionis dan rakyatnya berhadapan dengan pembunuhan beramai-ramai oleh pihak rejim dan masih berterusan sehingga ke hai ini.

E-buku yang diterbitkan ini adalah hasil tulisan seorang sejarawan terkenal, iaitu Shaykh Dr ‘Alī Al-Ṣallābī. Beliau adalah seorang yang tidak asing lagi dalam dunia keilmuan Islam terutama apabila berbicara tentang isu Palestin. Di dalam tulisannya ini, beliau mensyarahkan tentang Keutamaan Palestin dan Masjid al-Aqṣā serta kedudukannya di sisi umat Islam. Di dalam bahagian lain beliau mensyarahkan tentang kedudukan Palestin ketika era Salib, dan peranan Nūr al-Dīn Maḥmūd al-Zankī, dan Ṣalāḥuddīn al-Ayyūbī dalam membebaskan Bayt al-Maqdis dan Masjid al-Aqṣā.

Untuk bacaan lanjut, karya ini boleh dibaca secara atas talian dan boleh dimuatturun melalui pautan di bawah ini.

https://e-maktabah.com/?page_id=502 -df_1500/1/

Karya yang baik dan bermanfaat ini kami sebarkan sebagai bahan bacaan percuma, dan ia boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara yang lain, supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati!

Address

RPA 3 Jalan Sultan Iskandar Shah
Kuala Kangsar
33000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ihsaniah RPA 3 Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category