Masjid Jamek Al-Marbawi

Masjid Jamek Al-Marbawi HALAMAN RASMI MASJID JAMEK AL-MARBAWI, PEKAN LUBUK MERBAU, KUALA KANGSAR.PERAK.

31/08/2026

Sambungan peristiwa dan suasana sambutan maulidur Rasul pada 25 Ogos 2026 yang lalu

KULIAH KHAS KEMERDEKAAN DARI PERSPEKTIF ISLAM30 Ogos 2026Merdekakah kita? Soalan pertama penceramah A.F Ustaz Masrimee H...
30/08/2026

KULIAH KHAS KEMERDEKAAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

30 Ogos 2026

Merdekakah kita? Soalan pertama penceramah A.F Ustaz Masrimee Hj. Razlan kepada jemaah yang hadir. Semua terpaku diam memikirkan jawapan.

Dengan memberi definisi kemerdekaan yang mudah, iaitu bebas dari cengkaman penjajah atau pengaruh luar, penceramah juga mengaitkan maksud akronim huruf jawi yang popular bagi perkataan مرديكا (Mim, Ra, Dal, Ya, Kaf, Alif) sebagai mesej kerohanian:

م (Mim): Mengikut
ر (Ra): Rasul
د (Dal): Dan
ي (Ya): Yakin
ک (Kaf): Kepada
ا (Alif): Allah

Secara ringkasnya Mengikut Rasul Dan Yakin Kepada Allah. Penceramah menekankan kita perlu merdeka dan BERLINDUNG DARI TUJUH PERKARA

1. Sifat lemah : jangan lemah dalam menyatakan kebenaran
2. Sifat malas : perangai orang munafik yang s**a menangguh nangguh
3. Sifat pengecut : perlu berani menyatakan kebenaran
4. Sifat kedekut
5. Sifat akhlak yang buruk
6. Hawa nafsu
7. Melakukan/meremehkan dosa, jika dibiarkan jadi normalisasi.

Semoga kita merdeka atau bebas dari tujuh sifat di atas

MINGGU SAMBUTAN MAULIDUR RASUL29 Ogos 2026 - Pihak masjid meneruskan agenda sambutan Maulidur Rasul dengan program qiamu...
29/08/2026

MINGGU SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

29 Ogos 2026 - Pihak masjid meneruskan agenda sambutan Maulidur Rasul dengan program qiamullail dan kuliah subuh pada hari ini bermula jam 4.00 pagi. Sebelum itu sambutan perarakan menempuh sawah dengan paluan kompang beserta selawat telah diadakan pada 25 Ogos 2026 yang lalu. Antara pengisian kuliah subuh yang di sampaikan oleh A.F Ustaz Norkhairun Nizam Jalaludin adalah peristiwa sebelum kelahiran Nabi S.A.W.

Nabi S.A.W yang terkenal sebelum kelahirannya, terkenal di kalangan malaikat dan sebelum datangnya manusia. Hari ini kita bersyukur di beri ni’mat iman dan al quran yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi S.A.W.

Dibawakan juga kisah Raja Tubba’ yang beriman sebelum Nabi dilahirkan. Raja Tubba’ merupakan seorang pemerintah empayar agung dari Yaman yang kuat. Dalam memperluasan kuasanya, beliau dan bala tenteranya telah pergi ke utara dan singgah di sebuah kota oasis bernama Yathrib (yang kini dikenali sebagai Madinah). Akibat berlaku satu salah faham yang menyebabkan putera raja terbunuh di situ, Raja Tubba’ menjadi sangat murka lalu bertekad untuk memusnahkan kota Yathrib dan membunuh seluruh penduduknya.

Melihat ancaman tersebut, datanglah kumpulan pendeta Yahudi yang alim (ulama Ahli Kitab pada zaman itu) menemui Raja Tubba’. Berdasarkan beberapa riwayat sirah (seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Suhaili dalam al-Raudl al-Unuf), para ulama ini menasihati raja agar membatalkan niatnya.

Sebelum pulang ke Yaman, Raja Tubba’ telah menulis sepucuk surat wasiat yang ditujukan khas kepada Nabi Muhammad SAW. Surat itu mengandungi pengakuan beriman beliau kepada kerasulan Baginda walaupun mereka hidup berbeza zaman. Surat tersebut diwasiatkan untuk dijaga dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah ia akhirnya berjaya diserahkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh seorang utusan bernama Abu Laila ketika peristiwa Hijrah berlaku.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

TAKLIMAT NAZIRAN MASJID28 Ogos 2026 - Suatu sesi taklimat Biro Naziran Dalaman bagi masjid-masjid Daerah Kuala Kangsar t...
28/08/2026

TAKLIMAT NAZIRAN MASJID

28 Ogos 2026 -

Suatu sesi taklimat Biro Naziran Dalaman bagi masjid-masjid Daerah Kuala Kangsar telah diadakan di Dewan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar. Setiap masjid dalam daerah Kuala Kangsar telah menghantar dua orang wakil termasuk dari Masjid Jamek Al Marbawi. Antara peranan Naziran adalah untuk memantau perjalanan aktiviti dan pentadbiran masjid bagi mengelak sebarang salahlaku dan penyelewengan melalui senarai semak yang diedarkan.

25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiul Awal 1448H, Kampung Lubuk Merbau bergema dengan selawat apabila jemaah dari Masjid Jame...
25/08/2026

25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiul Awal 1448H, Kampung Lubuk Merbau bergema dengan selawat apabila jemaah dari Masjid Jamek Al Marbawi dan jemaah dari Surau Ujung Tanjung, Lubuk Merbau masing-masing berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. secara berasingan. Antara aktiviti yang dijalankan oleh para jemaah Masjid Jamek Al Marbawi adalah perarakan menyusuri sawah padi yang menghijau. Paluan kompang Kumpulan marhaban An-Najmul Islam mengiringi selawat yang dipimpin oleh Ustazah Hjh. Saniah bt Mohamad yang juga Pengerusi WI cawangan Lubuk Merbau menyemarakkan lagi semangat berselawat dikalangan jemaah.

Sementara jemaah di Surau Ujung Tanjung, jemaah menjalankan aktiviti yang sama dengan menyelitkan pengisian acara mewarna untuk kanak-kanak, 'fun game' untuk warga kariah Surau Ujung Tanjong selain perarakan yang diketuai oleh Ustazah Salha Hj. Abdullah dan majlis tahlil yang dipimpin oleh Imam Ansoori.

Sambutan kelahiran bagi penghulu sekalian makhluk adalah salah satu daripada manifestasi memuliakan Nabi ﷺ dan jua penzahiran kegembiraan serta sanjungan terhadap junjungan Baginda ﷺ. Hal ini merupakan satu perkara yang amat dituntut seperti firman Allah Taala dalam Surah Al-Fath:9 yang bermaksud:

Terjemahan: Agar kalian beriman pada Allah dan rasul-Nya serta menguatkannya (rasul-Nya) dan menyanjunginya (rasul-Nya) jua bertasbih pada-Nya pada waktu pagi dan
petang. [al-Fath: 9]

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam
Selawat dan salam buat junjungan Baginda ﷺ, kesemua ahli keluarga dan sahabat baginda.

24/08/2026

Masjid jangan meriah waktu solat saja, lepas tu sunyi sampai masuk waktu seterusnya.

Itu antara mesej daripada titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mahu masjid dan surau memainkan peranan lebih besar dalam kehidupan masyarakat.

Baginda sebelum ini menyifatkan 700 masjid dan 1,773 surau di Perak tidak sepatutnya menjadi “gajah tidur”.

Titah tu kini mendapat sokongan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang melihat masjid perlu kembali menjadi tempat masyarakat datang bukan sekadar untuk solat.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata masjid boleh jadi pusat pendidikan, kebajikan, ekonomi, pembangunan keluarga dan tempat anak muda berkumpul dengan aktiviti yang bermanfaat.

Malah, jawatankuasa masjid juga kena tahu apa yang tengah berlaku dalam kampung dan kawasan masing-masing.

Kalau ada keluarga susah, orang hilang kerja, anak tercicir sekolah, warga emas kesunyian atau masalah sosial, masjid tak sepatutnya buat tak nampak.

Masjid juga boleh sediakan kaunseling keluarga, aktiviti budak dan belia, bantuan kebajikan, program keusahawanan sampai usaha berkaitan makanan, kesihatan dan alam sekitar.

Maksudnya, kejayaan sesebuah masjid bukan sekadar tengok berapa ramai orang datang solat atau berapa banyak program dibuat setahun.

Yang lagi penting, berapa ramai orang sekitar masjid tu hidupnya jadi lebih baik sebab masjid ada di situ.

Senang cerita, masjid jangan sekadar cantik, karpet tebal dan duit banyak dalam bank.

Biar orang kampung rasa bila ada masalah, masjid antara tempat pertama yang mereka boleh cari.

Assalamu’alaikum warga  Lubuk Merbau dan seluruh umat Islam.​Salam Menyambut Maulidur Rasul 1448H! 🌹​Marilah kita bersam...
24/08/2026

Assalamu’alaikum warga Lubuk Merbau dan seluruh umat Islam.

​Salam Menyambut Maulidur Rasul 1448H! 🌹

​Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah ini menyinarkan kedamaian, keberkatan, dan kemesraan dalam kalangan komuniti kita di Lubuk Merbau

​اللهم صل على سيدنا محمد ✨

Pengerusi, AJK & Pegawai Syarak
Masjid Jamek Al Marbawi, Lubuk Merbau,
Kuala Kangsar.

23/08/2026

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mahu masjid dan surau di negeri ini memainkan peranan lebih besar daripada sekadar menjadi tempat menunaikan solat dan mengikuti kelas agama.

Baginda bertitah sebanyak 700 masjid dan 1,773 surau di Perak tidak seharusnya menjadi “gajah tidur”, sebaliknya perlu dihidupkan sebagai pusat pembangunan ekonomi, perkembangan ilmu dan pembangunan sosiobudaya masyarakat.

Menurut baginda, masjid perlu keluar daripada cara fikir lama dan berkembang sebagai pusat kecemerlangan ummah yang turut menawarkan pendidikan, kaunseling keluarga, aktiviti untuk golongan muda serta program pembangunan sosial dan ekonomi.

Aktiviti masjid juga perlu mampu menarik semua lapisan usia, daripada kanak-kanak prasekolah, pelajar sekolah, mahasiswa sehinggalah golongan belia.

Sultan Nazrin turut mengingatkan jawatankuasa masjid supaya tidak menutup mata terhadap masalah yang berlaku dalam komuniti masing-masing.

Masjid, titah baginda, perlu peka terhadap cabaran sebenar yang dihadapi masyarakat dan tampil membantu dalam perkara yang menyentuh kehidupan harian mereka.

Antara bidang yang turut boleh diberikan perhatian ialah keterjaminan makanan, penjagaan alam sekitar dan isu kesihatan yang memerlukan penglibatan masyarakat secara bersama.

Titah itu membawa mesej jelas bahawa masjid tidak sepatutnya hanya meriah ketika waktu solat, tetapi perlu hidup sepanjang masa sebagai tempat masyarakat mendapatkan ilmu, bantuan dan ruang membina komuniti yang lebih kuat.

19 Ogos 2026 - Bersempena menyambut bulan kemerdekaan, Pejabat Menteri Besar Perak telah menyerahkan Jalur Gemilang mela...
19/08/2026

19 Ogos 2026 - Bersempena menyambut bulan kemerdekaan, Pejabat Menteri Besar Perak telah menyerahkan Jalur Gemilang melalui Pegawai Khas DUN Lubuk Merbau dalam satu Program Konvoi Merdeka. Masjid Jamek Al Marbawi merupakan salah satu tempat singgahan selain dari serahan kepada sekolah-sekolah dan masjid-masjid sekitar Kota Lama Kiri dan Lubuk Merbau. Kariah Masjid Jamek Al Marbawi menyambut baik aktiviti kenegaraan dan patriotisma kerana Islam mengajar semangat cintakan negara dari sebarang ancaman.

16 Ogos 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Tilawah dan Hafazan Surah As Sajadah di Masjid Jamek Al Marbawi. ...
16/08/2026

16 Ogos 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Tilawah dan Hafazan Surah As Sajadah di Masjid Jamek Al Marbawi. Majlis yang dipimpin dan diilhamkan sejak Februari 2026 oleh Ustazah Saniah binti Mohamed selaku tenaga pengajar dan Pengerusi WI Cawangan Lubuk Merbau telah berjaya direalisasikan pada hari ini dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi, Tn. Hj. Roslan Pilus turut dihadiri oleh Ahli-ahli Jawatakuasa Masjid, Hjh Norlida binti Abd Hakim, Pengerusi WI Cawangan Kuala Kangsar, para tetamu jemputan dan pelajar-pelajar bimbingan Ustazah Saniah.

Barisan juri terdiri dari Ustaz Muhammad Shaiful Ammar bin Ismail, Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Imam Ansoori bin Hj Abd Aziz, Peserta seramai 65 orang di bahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu Kategori A: Hafazan ayat 1- 30 seramai 6 orang, Kategori B: hafazan ayat 1 hingga 15 seramai 5 orang dan Kategori C: Tilawah ayat 1 hingga 15 seramai 6 orang.

Berikut adalah keputusan pemenang.
Kategori A (Hafazan ayat 1hingga 30)
a. Pn.Saodah Binti Ismail
b. Pn. Hjh Fatimah Sham Binti Alias
c. Pn.Hajar Binti Kulop Mahmud

Kategori B ( Hafazan ayat 1 hingga 15)
a. Pn.Zabidah Binti Bakar
b. Pn.Hasmah Hanim Binti Zakaria
c. Pn.Jamilah Binti Abdullah

Kategori C (Tilawah ayat 1hingga 15 )
a. Pn. Hjh Ainiah Binti Kulup Wahab
b. Pn. Hjjh Sharifah Zaleha Binti Hj Syed Ismail
c. Pn.Mariani Binti Nordin

Program yang dianjurkan ini bukan sekadar untuk mencari pemenang atau bertanding semata-mata. Matlamat utama adalah untuk memupuk kecintaan yang mendalam terhadap al-Quran dalam kalangan jemaah, meningkatkan perpaduan kariah, memperbaiki mutu bacaan agar betul dari segi mahraj dan tajwid, meningkatkan budaya menghafal, dan penghayatan hidup iaitu menjadikan Al Quran sebagai panduan dan akhlak.

Semoga usaha memartabatkan kalam Allah ini diberkati dan diredhai-Nya, serta menjadi asbab untuk peserta dan semua yang hadir mendapat syafaat al-Quran di akhirat kelak. Insya-Allah, pihak masjid akan terus komited menganjurkan program-program keagamaan seperti ini demi mengimarahkan rumah Allah.

Address

Pekan Lubuk Merbau
Kuala Kangsar
33010

Telephone

+60124837715

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Al-Marbawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Al-Marbawi:

Shortcuts

Share