Masjid Jamek Al Ansar, Kampung Senggang

Masjid Jamek Al Ansar, Kampung Senggang Facebook rasmi Masjid Jamek Al Ansar, Kampung Senggang, Kuala Kangsar

" Masjidku , Duniaku "

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Tuan Haji Abdul Malik Bin Husin, Man...
08/07/2026

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Tuan Haji Abdul Malik Bin Husin, Mantan AJK Masjid Jamek Al Ansar telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Bagi Pihak Seluruh Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid, salam takziah kami hadratkan kepada keluarga Almarhum. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mencucurkan rahmat keatas rohnya dan menempatkan rohnya bersama para kekasihNya.

Majlis Serah Tugas Jawatankuasa Qaryah Sesi 2026-2029.Telah berlangsung Majlis Serah Tugas kepada Jawatankuasa Qaryah Se...
08/07/2026

Majlis Serah Tugas Jawatankuasa Qaryah Sesi 2026-2029.
Telah berlangsung Majlis Serah Tugas kepada Jawatankuasa Qaryah Sesi 2026-2029. Majlis dimulakan dengan serahan dokumen rasmi daripada Pengerusi Qaryah sesi lepas, En Samsudin Hj Abdul Razak Kepada En. Yahya Puteh, Pengerusi Qaryah yang baru dilantik.

Majlis disaksikan oleh, En.Muhamad Zairi Ahmad Shafie, Pengerusi JPKK Senggang merangkap Setiausaha Qaryah Sesi 2026-2029 bersama Pegawai Masjid serta Jawatankuasa lain.

Sekalung tahniah kepada semua yang dilantik, Semoga urusan pentadbiran qaryah sesi ini dipermudahkan dan diberkati Allah.

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Puan Chu Lah, Bonda kepada Sdr Ridhw...
07/07/2026

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Puan Chu Lah, Bonda kepada Sdr Ridhwan Amat (Mantan Ketua Biro Belia Masjid) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Senggang selepas Solat Fardhu Maghrib hari ini. Insyaallah.

Bagi Pihak Seluruh Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid, salam takziah kami hadratkan kepada keluarga Almarhumah. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mencucurkan rahmat keatas rohnya dan menempatkan rohnya bersama para kekasihNya.

Sekalung Tahniah dan Selamat Menjalankan TugasTahniah diucapkan kepada En Yahya Bin Puteh diatas perlantikan sebagai Pen...
02/07/2026

Sekalung Tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas
Tahniah diucapkan kepada En Yahya Bin Puteh diatas perlantikan sebagai Pengerusi Qaryah Sesi 2026-2029. Semoga dikurniakan taufiq dan hidayah dalam memimpin qaryah kearah kebaikan dan makmur. Insyaallah

Ucapan tahniah dan doa juga dihadratkan kepada semua Jawatankuasa yang telah dilantik, semoga sentiasa cemerlang dan memberikan komitmen terbaik kepada umat.

" Sekalung Budi, Sejambak Kasih "Terima Kasih kepada En. Samsudin Hj Abd Razak, Pengerusi Qaryah Sesi 2023-2026 atas bak...
01/07/2026

" Sekalung Budi, Sejambak Kasih "
Terima Kasih kepada En. Samsudin Hj Abd Razak, Pengerusi Qaryah Sesi 2023-2026 atas bakti beliau kepada warga Senggang. Beliau merupakan Pengerusi Qaryah yang dilantik buat kali ke-2 oleh Jemaah, iaitu buat pertamanya pada sesi 2015 - 2017 yang lepas.

Semoga segala usaha, bakti dan keringat beliau dalam menjalankan amanah diberkati dan dirahmati Allah.

Sekalung Budi, Sejambak Kasih kepada semua Para Petugas Majlis Ibadah Korban 1447H/2026M ❤Semoga Dirahmati dan diberkati...
28/05/2026

Sekalung Budi, Sejambak Kasih kepada semua Para Petugas Majlis Ibadah Korban 1447H/2026M ❤

Semoga Dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Makluman berkaitan Solat Sunat Eid Adha 1447H/2026M
26/05/2026

Makluman berkaitan Solat Sunat Eid Adha 1447H/2026M

🌙 PROGRAM QURBAN 1447H / 2026M 🐄Alhamdulillah, peluang untuk kita melaksanakan ibadah korban kini dibuka! Masjid Jamek A...
03/04/2026

🌙 PROGRAM QURBAN 1447H / 2026M 🐄

Alhamdulillah, peluang untuk kita melaksanakan ibadah korban kini dibuka! Masjid Jamek Al Ansar, Kampung Senggang menawarkan 1 bahagian sebanyak :

*✨ 1 Bahagian Hanya RM750 Sahaja*

Rebut peluang untuk beribadah di samping berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan. Semoga setiap amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT 🤲

📌 Slot bahagian kini dibuka! Slot adalah terhad.

📞 Sebarang pertanyaan & tempahan:

📱 Samsudin – 019-5108060
📱 Yahya Puteh – 019-5780302
Atau hubungi pegawai masjid & jawatankuasa masjid

💚 Jom sama-sama hidupkan sunnah & gandakan pahala di bulan yang penuh keberkatan ini!

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Encik Abd Halim Abd Rani( Yoep Alim)...
28/03/2026

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Encik Abd Halim Abd Rani( Yoep Alim) telah kembali kerahmatullah pagi tadi.

Bagi Pihak Seluruh Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid, salam takziah kami hadratkan kepada keluarga Almarhum. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mencucurkan rahmat keatas rohnya dan menempatkan rohnya bersama para kekasihNya.

Address

Kampung Senggang
Kuala Kangsar
33000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Al Ansar, Kampung Senggang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share