Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar

Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar, Mosque, Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar, Kuala Kangsar.

Profil Ringkas

Nama Masjid: Masjid Ridzwaniah

Alamat : Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Kariah : Kota Lama Kiri

Kategori : Masjid Daerah

18/07/2026

Jemput Tuan Puan, best bila ada ramai-ramai ☺️

18/07/2026

Jom Tuan Puan, ke Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar. ☺️

20/03/2026

Allahu Akbar…

Malam ini kita bertakbir,
Bukan sekadar suara,
Tapi tanda syukur atas perjalanan Ramadan.

Yang jatuh, bangkit semula.
Yang lalai, kembali kepada-Nya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin

Daripada seluruh warga
Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar.

19/03/2026
15/03/2026
Nak tunjuk kita cinta pada Nabi, adalah dengan ikut sunnah-sunnah Nabi. Contohnya, bagaimana Nabi membaca ayat-ayat suci...
14/03/2026

Nak tunjuk kita cinta pada Nabi, adalah dengan ikut sunnah-sunnah Nabi.

Contohnya, bagaimana Nabi membaca ayat-ayat suci Al Quran?

1. Bacaan Nabi SAW terhadap Al-Quran adalah secara tartil, iaitu bacaan yang tenang, tersusun dan jelas.

2. Baginda membaca Al-Quran huruf demi huruf, dengan menjaga sebutan dan makhraj setiap huruf.

3. Baginda juga berhenti (waqaf) pada tempat yang sempurna maknanya, supaya ayat yang dibaca dapat difahami dan dihayati.

4. Bacaan Baginda tidak tergesa-gesa dan tidak terlalu laju, bukan seperti orang yang sekadar mengejar hafalan.

5. Sebaliknya, bacaan Nabi SAW dilakukan dengan perlahan, tertib dan penuh penghayatan terhadap makna ayat-ayat Allah.

Jom ke Kuliah Subuh setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Insha Allah.

Sumbanga kepada masjid, klik link pada bio.

Check out Masjid Ridzwaniah KualaKangsar’s video.

Program Bubur Lambuk, resepi Ridzwaniah!! 😋
12/03/2026

Program Bubur Lambuk, resepi Ridzwaniah!! 😋

Check out Masjid Ridzwaniah KualaKangsar’s video.

Tazkirah Ustaz Mohd Farouq – Ringkas & Padat1. Jagalah Allah, pasti Allah jaga kamu.Kalau nak minta tolong, minta pada A...
28/02/2026

Tazkirah Ustaz Mohd Farouq –
Ringkas & Padat

1. Jagalah Allah, pasti Allah jaga kamu.
Kalau nak minta tolong, minta pada Allah. Jangan bergantung pada manusia.

2. Fokus utama hari ini:
Apa aku nak buat hari ini dengan menjaga Allah?

3. Ulama’ huraikan bagaimana Allah jaga hamba-Nya:
Allah jaga maslahah duniawiah (kehidupan dunia).
Bukan mesti jadi kaya.
Tapi Allah boleh jaga keturunan, keluarga dan masa depan kita.

4. Kata seorang tabi’in kepada anaknya:
“Aku banyak solat untuk kau. Mudah-mudahan aku dapat jaga kau.”

5. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir (Surah Kahfi):
Tembok hampir runtuh ditegakkan semula.
Di bawahnya ada harta dua anak yatim.
Ayah mereka orang soleh.
Kerana ayahnya jaga Allah, Allah jaga anak-anaknya.

6. Kisah dua sahabat masuk Islam bersama:
Si A sangat kuat semangat ibadah dan syahid dahulu.
Si B jaga solat, tetapi tidak sekuat semangat seperti si A.
Si B hidup setahun lagi selepas si A.
Si B sempat Ramadhan sekali lagi, puasa dan solat sepanjang tahun.
Dalam mimpi Talhah, si B masuk syurga dahulu.
Nabi SAW jelaskan:
Beza amalan mereka sejauh langit dan bumi.

7. Pengajaran besar:
Setiap peluang ibadah sangat bernilai.
Satu Ramadhan tambahan.
Satu tahun solat tambahan.
Itu sangat besar di sisi Allah.

8. Pesan ustaz:
Kuatkan kelemahan kita.
Gandakan kelebihan kita.
Perjuangan ini bukan mudah.

9. Mudah-mudahan Allah beri kita kekuatan untuk terus menjaga-Nya,
supaya Allah sentiasa menjaga kita.

Kuliah subuh Pagi ini 1 Mac 2026 bersama Al Fadil Ustaz Mohd Farouq Nuqman Bin Zamri.

Address

Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar
Kuala Kangsar
33000

Telephone

+6057776459

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar:

Shortcuts

Share

Category