Masjid Haji Hussain, Kampung Baharu

Masjid Haji Hussain, Kampung Baharu Masjid ini dibina pada tahun 1949
yang diketuai oleh seorang anak muda
yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah
iaitu Tuan Haji Husin Bin Haji Mohd Amin

Assalamualailkum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Saya bersyukur kepada Allah s.w.t dengan izin-Nya saya berpeluang member...
02/10/2014

Assalamualailkum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t dengan izin-Nya saya berpeluang memberikan akata-kata aluan dalam program ‘Pertandingan Masjid Peringkat Daerah Besut sempena Maal Hijrah 1435H/ 2014M’ pada 21 Syawal 1435 bersamaan 18 Ogos 2014 jam 10.45 pagi.

Saya mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pejabat Agama Daerah Besut kerana mencalonkan masjid kami dalam pertandingan ini. Program ini adalah satu aktiviti yang besar faedahnya kerana ianya menggerakkan lagi sesebuah masjid itu ke arah kemajuan.

Jawatankuasa masjid ini sentiasa bekerjasama dengan kakitangan ahli qariah dan masyarakat yang terlibat seperti Kampung Baharu, Kampung Gong Nering, Kampung Gong Manok dan Kampung Gong Tengah bagi memajukan masjid ini dari masa ke masa.

Akhir kata, mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ‘Pertandingan Masjid Peringkat Daerah Besut sempena Maal Hijrah’ tahun ini. Saya berharap dan yakin semua warga Masjid Kampung Baharu ini akan terus bekerjasama dan berusaha bagi menjadikan masjid ini sebuah institusi penyebaran ilmu pada zaman ini. Semoga usaha yang murni dan luhur ini diberkati oleh Allah.

Sekian, terima kasih.

(Hj. Ismail bin Omar)
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Haji Husin,
Kampung Baharu, Besut, Terengganu.

02/10/2014

Address

Kampung Baharu
Kuala Besut
22300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Haji Hussain, Kampung Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Haji Hussain, Kampung Baharu:

Share