07/04/2026
PROGRAM KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2026
Program Kolaborasi Oral dan Agama (KOA) merupakan satu inisiatif yang melibatkan Kerjasama di antara Program Kesihatan Pergigian, Kementeria Kesihatan Malaysia dan pelbagai institusi agama dalam menjalankan aktiviti promosi dan Pendidikan kesihatan pergigian.
Tujuan utama program ini adalah untuk menyampaikan mesej kesihatan pergigian, meningkatkan kesedaran serta memupuk amalan kesihatan mulut yang baik dalam kalangan penganut-penganut agama.
Jom ramai-ramai mengunjungi Program Kolaborasi Oral Dan Agama di Masjid Al-Huda, Padang Maksirat, Langkawi pada 17 April 2026 (Jumaat), mulai 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Anda akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
π Pertandingan Mewarna
π Pelbagai Permainan Interaktif
π Pameran Kesihatan
π Pemeriksaan Kesihatan
π Pemeriksaan Gigi
π Ceramah Kesihatan Pergigian dan 'Bahaya Ubat Tidak Berdaftar'
Ayuh memeriahkan program ini beramai-ramai!