Surau Riyadhul Jannah

Directions Website Contact the place of worship

Surau Riyadhul Jannah Laman facebook tapak Surau Riyadhul Jannah, Taman Sri Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor.

Ayuh bersama kami membina rumah Allah dan menambah saham akhirat yang pulangannya tiada terputus! 🤲

24/04/2026

Update Semasa Surau Riyadhul Jannah, Taman Sri Penawar 🤲

Alhamdulillah, pembinaan Surau Riyadhul Jannah kini hampir ke fasa akhir.
InsyaAllah, sedikit masa lagi akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

Mohon doa semua agar dipermudahkan segala urusan, khususnya kelulusan CCC (Certificate of Completion and Compliance) serta tauliah daripada Jabatan Mufti Johor.

Semoga setiap usaha ini menjadi asbab terbinanya sebuah rumah Allah yang membawa keberkatan, ketenangan dan pahala yang berpanjangan buat semua.

“Barangsiapa membina masjid kerana Allah, maka Allah akan bina baginya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Terima kasih atas doa dan sokongan semua 🤍

01/03/2026

📢 Update Terkini – Surau Riyadhul Jannah Taman Sri Penawar📢

Assalamualaikum wbt,

Dimaklumkan bahawa kemajuan projek kini berada di peringkat akhir dan dijangka boleh digunakan hujung bulan Mac, tertakluk kepada kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terima kasih atas sokongan dan doa semua.

08/12/2025

PROGRESS SURAU RIYADHUL JANNAH: NOVEMBER & DISEMBER

Satu Langkah Lagi Menuju Sempurna!

Alhamdulillah, lihatlah surau kita semakin tersergam indah!

Kami dari Jawatankuasa mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua penduduk Taman Sri Penawar atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh pembinaan ini.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H / 2025M ✨Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita di...
05/09/2025

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H / 2025M ✨

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita diberi kesempatan untuk meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang sejarah kelahiran Baginda, tetapi lebih utama untuk memperbaharui rasa cinta, rindu dan kerinduan kita kepada Rasulullah SAW, insan yang diutus sebagai rahmat buat seluruh alam.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak Baginda yang penuh kasih sayang, amanah, sabar dan ikhlas, serta menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

🌸 “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik bagi kamu.” (Al-Ahzab: 21)

Semoga Surau Riyadhul Jannah terus menjadi pusat ibadah, ilmu dan ukhuwah yang menyatukan hati-hati kita dalam iman dan takwa.

💐 Selamat menyambut Maulidur Rasul 1447H / 2025M daripada kami,

Surau Riyadhul Jannah



Tanggal 31 Ogos 1957 adalah hari keramat yang menyaksikan lahirnya sebuah negara merdeka dan berdaulat. Pada detik itula...
30/08/2025

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah hari keramat yang menyaksikan lahirnya sebuah negara merdeka dan berdaulat. Pada detik itulah, hasil pengorbanan, darah dan keringat para pejuang tanah air, kita dapat menikmati nikmat kemerdekaan sehingga ke hari ini. Sesungguhnya, kemerdekaan ini adalah amanah besar yang perlu kita syukuri dan pelihara.

Sebagai sebuah surau yang menjadi pusat ibadah dan ukhuwah masyarakat, kita semua berperanan memupuk semangat perpaduan, kasih sayang, dan tolong-menolong dalam kalangan penduduk setempat. Inilah kekuatan sebenar yang akan memastikan negara kita terus kukuh, aman, dan diberkati Allah SWT.

Marilah kita jadikan sambutan kemerdekaan kali ini sebagai medan untuk memperbaharui tekad — bukan sahaja mempertahankan tanah air daripada ancaman luar, tetapi juga membebaskan diri daripada belenggu sifat negatif seperti perpecahan, hasad dengki, dan kelekaan daripada mengingati Allah. Sesungguhnya, kemerdekaan yang sebenar adalah apabila jiwa kita bebas daripada dosa dan tunduk hanya kepada Allah SWT.

Semoga dengan semangat kemerdekaan ini, kita terus berganding bahu membina Malaysia yang maju, sejahtera dan dirahmati. Mari kita doakan agar negara kita sentiasa aman, makmur, dan dilindungi daripada segala musibah.

Akhir kata, saya mewakili Surau Riyadhul Jannah, Taman Sri Penawar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

25/08/2025
09/08/2025

Address

Kota Tinggi
81930

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Riyadhul Jannah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Riyadhul Jannah:

Shortcuts

Share

Category