Surau Al-Hidayah, Desa Makmur, Kota Tinggi, Johor

Surau Al-Hidayah, Desa Makmur, Kota Tinggi, Johor Surau Rasmi Penduduk Desa Makmur, Desa Wawasan dan Kg. Sg. Pelepah.

Jemput Hadir Semua
01/05/2026

Jemput Hadir Semua

16/03/2026

Rakaman Suasana Taraweh Di Surau Al Hidayah Desa Makmur

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita berada di dalam bulan Ramadan.

Sejujurnya kita akan merindukan suasana Ramadan dengan pelbagai aktiviti dan amalan samada persendirian mahupun berjemaah.

Semoga kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang beberapa kali lagi dengan kehendak Ar Rahman.

Ramadan.. Usah Pergi… 🥹 #

Majlis Khatam Al Quran Dan Berbuka PerdanaAlhamdulillahTelah berlangsung Majlis Khatam Al Quran dan Berbuka Perdana anju...
15/03/2026

Majlis Khatam Al Quran Dan Berbuka Perdana

Alhamdulillah

Telah berlangsung Majlis Khatam Al Quran dan Berbuka Perdana anjuran Surau Al Hidayah pada Ahad (15hb Mac 2026).

Bermula seawal 6.00 petang, para peserta dan tetamu telah hadir dan memenuhi ruang solat Surau Al Hidayah dan mengambil tempat masing-masing.

Majlis dipimpin oleh Tuan Imam 1 dengan dimulakan dengan doa pembukaan seterusnya diteruskan dengan bacaan 20 surah terakhir (Ad Dhuha - An Nas) serta Surah Al Fatihah dan 5 ayat terawal Surah Al Baqarah.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta yang telah menyertai Majlis Khatam Al Quran.

Tamat sahaja majlis Khatam Al Quran, maka semua peserta dan tetamu bersedia untuk Majlis Berbuka Puasa seterusnya berbuka bersama.

Semoga kita semua dapat meneruskan bacaan Al Quran di bulan-bulan yang lain dan terus memperbaiki lagi mutu bacaan Al Quran.

Kita jumpa lagi pada program seterusnya.
InsyaaAllah.

Solat dan Khutbah Gerhana BulanDijemput semua warga Desa Makmur untuk turut serta melaksanakan *Solat dan Khutbah Gerhan...
03/03/2026

Solat dan Khutbah Gerhana Bulan

Dijemput semua warga Desa Makmur untuk turut serta melaksanakan *Solat dan Khutbah Gerhana Bulan* pada malam ini (3 Feb 2026).

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

7.21mlm - Berbuka (Ringkas)
7.35mlm - Solat Maghrib
7.50mlm - Solat Sunat Gerhana Bulan dan Khutbah
8.3mlm - Solat Isyak
9.00mlm - Solat Taraweh (8 rakat) beserta Witir (3 rakaat)
9.40mlm - Moreh

Diharap dapatlah kita bersama melaksanakan amalan yang dianjurkan bersempena Peristiwa Gerhana Bulan yang bakal berlaku.

Sekian, terima kasih.

*Juadah Berbuka dan Moreh disediakan

26/02/2026

Program Tahsin Al Quran

Sepanjang Ramadan
Jam 10-11 pagi
Dewan Solat Surau Al Hidayah
Pimpinan Imam 1




01069010040140
Bank Islam

Jemput infaq ke akaun Surau Al Hidayah Desa Makmur para dermawan yang budiman. Infaq anda amat membantu dari segi pemban...
24/02/2026

Jemput infaq ke akaun Surau Al Hidayah Desa Makmur para dermawan yang budiman.

Infaq anda amat membantu dari segi pembangunan, penyelenggaraan, dan pengimarahan surau.
Didahulukan dengan jutaan terima kasih.

Semoga dilimpahkan dengan segala rahmat dan kebaikan kepada dermawan sekalian.
Aamiin

Ramadhan Kareem Selamat menunaikan Ibadah Puasa kepada semua warga Kg Desa Makmur dan seluruh umat Islam di serata dunia...
19/02/2026

Ramadhan Kareem

Selamat menunaikan Ibadah Puasa kepada semua warga Kg Desa Makmur dan seluruh umat Islam di serata dunia.

Semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Aamiin.

Program Ambang RamadhanAlhamdulillah.Telah berlangsung program Ambang Ramadhan pada 17hb Februari 2026 di Surau Al Hiday...
17/02/2026

Program Ambang Ramadhan

Alhamdulillah.
Telah berlangsung program Ambang Ramadhan pada 17hb Februari 2026 di Surau Al Hidayah Desa Makmur.

Program bermula seawal 5.45 pagi dengan kehadiran para jemaah bagi menunaikan Solat Subuh Berjemaah.

Program diisi dengan Tazkirah Ambang Ramadhan yang disampaikan oleh Tuan Imam 1, Surau Al Hidayah Desa Makmur.

Antara mutiara hikmah yang dapat diambil adalah:

1. Merasa gembira dengan kehadiran Ramadhan merupakan tanda orang beriman, berbanding orang munafik yang merasa resah dengan kehadirannya.

2. Bersedia melalui Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan agar dosa-dosa kita terdahulu diampunkan.

3. Ikhlaskan niat berpuasa kerana Allah (mencapai redhaNya). Ada orang yang berpuasa kerana niat ingin kurus dan selainnya.

4. Perbanyakkan berdoa sebelum kedatangan ramadhan agar kita diberkati sehingga bulan Ramadhan. Doa orang berpuasa mustajab di sisi Allah. Amalkan berdoa semasa menunggu waktu berbuka dan ketika berbuka kerana itulah waktu mustajab doa.

5. Memberi makan orang berpuasa dan bersedekah. Ganjaran memberi makan orang berpuasa sama seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala orang yang berpuasa. Inilah juga bulan yang paling afdhal bersedekah. Banyakkan sedekah sepanjang bulan Ramadhan bukan hanya menunggu ketika Hari Raya.

6. Banyakkan Qiam. Perbanyakkan solat sunat di dalam bulan Ramadhan kerana ganjarannya menyamai solat fardhu pada bulan lain. Turut serta sehingga selesai solat teraweh bersama Imam agar mendapat fadhilat qiam sepanjang malam.

7. Perbanyakkan membaca Al Quran. Rasulullah saw sendiri mengkhatamkan Al Quran bersama Jibril di dalam bulan Ramadhan. Perlu diingat, perbaiki bacaan Al Quran lebih utama berbanding mengejar khatam namun banyak kesalahan bacaan.

InsyaAllah program Tahsin Al Quran akan berlangsung sepanjang Ramadhan bermula jam 10-11 pagi. Dijemput yang berkelapangan untuk hadir.

Semoga kita semua dapat melalui Ramadhan dengan penuh keimanan dan kita keluar daripadanya dalam keadaan dosa diampunkan.

Wallahua’lam.

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil PerdanaAlhamdulillah.Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana anjuran Sur...
16/02/2026

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana

Alhamdulillah.
Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana anjuran Surau Al Hidayah Desa Makmur pada 15hb Februari 2026.

Para jemaah mula hadir seawal jam 7.00mlm bagi menunaikan Solat Fardhu Maghrib Berjemaah. Sejurus Solat Sunat Ba’diah Maghrib majlis bermula dipimpin oleh Imam 1 dan dibantu oleh Bilal 1.

Seramai lebih kurang 400 nama arwah telah disebut dan dihajatkan pahala amalan kepada mereka.

Mudah-mudahan amalan kita yang hadir diterima dan diangkat oleh Allah SWT.

Terima kasih kepada semua penyumbang serta ucapan Tahniah kepada mereka yang hadir bagi mengimarah surau seterusnya memeriahkan majlis.

Semoga Allah meninggikan darjat para jemaah yang hadir.

Aamiin.

Nantikan program-program seterusnya yang akan berlangsung sehingga bulan Syawal nanti.

Allahumma Bariklana Fi Syaaban Wa Ballighna Ramadhan.

Gotong Royong Persiapan Majlis Yasin Dan Tahlil Perdana.Jemput hadir semua malam ini bagi mengimarah seterusnya memeriah...
15/02/2026

Gotong Royong Persiapan Majlis Yasin Dan Tahlil Perdana.

Jemput hadir semua malam ini bagi mengimarah seterusnya memeriahkan majlis.

Kita niatkan pahala amalan kita untuk semua ahli keluarga yang telah tiada.

Bawa semua ahli keluarga.
Kita makan dalam talam beramai-ramai.

Address

Jalan Makmur, Desa Makmur
Kota Tinggi
81900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Hidayah, Desa Makmur, Kota Tinggi, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share