08/09/2026
๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐ Masjid Al-Ikhwan, Taman Kuala Manggatal, Kota Kinabalu
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Sambutan Maulidur Rasul 1448H Parlimen Sepanggar 2026M yang menghimpunkan masyarakat setempat serta kontinjen-kontinjen dari sekitar Sepanggar dalam suasana penuh ukhuwah dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Program yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 (Sabtu), bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi ini dimulakan dengan perhimpunan peserta di Gelanggang Bola Keranjang.
Turut berlangsung perarakan Maulidur Rasul di sekitar Taman Kuala Manggatal bersama kontinjen-kontinjen dari sekitar Sepanggar, yang memeriahkan lagi sambutan dalam suasana penuh semangat persaudaraan, kebersamaan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), merangkap Ahli Parlimen Sepanggar.
Sambutan turut diisi dengan kuliah khas oleh Dr. Hj. Issraq bin Ramli, Pensyarah Kanan dan pakar akademik di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memberikan pengisian dan peringatan kepada para peserta mengenai sirah serta penghayatan terhadap perjuangan dan akhlak Rasulullah SAW.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini bukan sekadar menjadi sebuah acara tahunan, tetapi menjadi wadah untuk kita memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, meneladani akhlak Baginda serta mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, kontinjen, urus setia, komuniti setempat serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan Maulidur Rasul 1448H Parlimen Sepanggar.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan semangat mencintai Rasulullah SAW terus subur dalam kalangan masyarakat.
ุงูููู
ุตู ูุณูู
ุนูู ูุจููุง ู
ุญู
ุฏ ๏ทบ
โBersama Menghayati Sirah, Meneladani Akhlak Rasulullah SAW.โ