Masjid Tun Ahmadshah Kg Inanam Laut

Masjid Tun Ahmadshah Kg Inanam Laut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Tun Ahmadshah Kg Inanam Laut, Mosque, Masjid Tun Ahmadshah Kampung Inanam Laut, Kota Kinabalu.

10/06/2026

Kuliah maghrib Masjid Tun Ahmadshah
Disampaikan oleh Ustaz Ithnin

07/06/2026

Kuliah maghrib MASJID TUN AHMAD SHAH

03/06/2026

Kuliah maghrib Masjid Tun Ahmadshah
Penceramah:ustaz Ithnin

26/05/2026

Ceramah khas

Tajuk: ibadah korban
Penceramah: ustaz Anuar ali

08/05/2026

π“πŽπŠπŽπ‡ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπˆπŒππˆπ π”πŒπŒπ€π‡
π‹π„π†π€π’πˆ π€π‹π‹π€π‡π˜π€π‘π‡π€πŒ πƒπ€π“π”πŠ π‡π€π‰πˆ πŒπ€π“π”π’π’πˆπ 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆 πƒπ€πŒπˆπ“

Dalam lembaran sejarah pembangunan Islam di Sabah, Allahyarham Datuk Haji Matussin bin Awang Damit adalah merupakan seorang tokoh yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang pendidikan, malah terserlah sebagai pemimpin berwibawa dalam memperkukuh institusi Islam khususnya di negeri Sabah.

Dilahirkan pada 18 September 1938 di Sipitang, Sabah. Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai pendidik pada tahun 1957. Berbekalkan pendidikan di Maktab Perguruan Kent, Tuaran serta latihan khusus dalam pengajaran Bahasa Inggeris di Australia, beliau membina asas kukuh sebagai seorang pendidik yang profesional dan berdedikasi tinggi. Sepanjang perkhidmatan dalam bidang pendidikan, beliau memegang pelbagai jawatan strategik termasuk guru, penyelia sekolah, pengetua dan pegawai pendidikan yang mencerminkan kepakaran serta komitmen beliau dalam memartabatkan dunia pendidikan.

Peranan Allahyarham tidak terhad dalam konteks pendidikan semata-mata. bahkan beliau juga aktif dalam pentadbiran dan pembangunan masyarakat Islam di negeri Sabah khususnya melalui Majlis Ugama Islam Sabah. Bermula sebagai Pegawai Pelajaran, beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Setiausaha MUIS (1985-1987) seterusnya Yang Di-Pertua MUIS (1998-2004) dan terakhir sebagai Timbalan Yang Di-Pertua MUIS (2018-2020). Kepimpinan beliau dalam MUIS, khususnya sepanjang tempoh 1998 hingga 2020, merupakan antara fasa penting dalam usaha memperkukuh tadbir urus Islam di Sabah.

Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dakwah, pendidikan serta pembangunan ummah dilaksanakan secara sistematik dan berstrategi. Allahyarham dikenali sebagai seorang pemimpin yang tegas, berintegriti dan berhemah tinggi, di samping sentiasa menekankan kepentingan ilmu sebagai teras kemajuan umat.

Selain peranannya dalam MUIS, Allahyarham turut memainkan peranan signifikan dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), sebuah organisasi yang menjadi nadi gerakan dakwah di Sabah. Melalui penglibatan aktif beliau sebagai Setiausaha Agung, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi USIA, usaha memperkukuh kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat terus diperkasa, khususnya dalam aspek pendidikan agama, kebajikan umat serta penyatuan masyarakat Islam dari pelbagai latar belakang. Sumbangan beliau dalam USIA mencerminkan kesungguhan berterusan dalam memperluas syiar Islam secara menyeluruh dan berterusan.
Beliau juga telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sabah pada tahun 2018. Satu anugerah yang mencerminkan keunggulan peribadi serta ketokohan beliau dalam memperjuangkan syiar Islam dan pembangunan ummah di negeri ini.

Dalam masa yang sama, Allahyarham juga tidak terpisah daripada arus kepimpinan negeri melalui penglibatan dalam bidang politik. Peranan ini dilihat sebagai satu kesinambungan kepada perjuangan beliau dalam membela nasib masyarakat, memperkukuh dasar pembangunan insan serta memastikan kepentingan umat Islam sentiasa diberi perhatian dalam kerangka pentadbiran negeri. Pendekatan beliau dalam politik kekal berprinsip dan berpaksikan nilai-nilai Islam, selari dengan keperibadiannya sebagai seorang pendidik dan pemimpin ummah.

Segala jasa dan sumbangan beliau telah mendapat pengiktirafan sewajarnya apabila dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran negeri, termasuk pengiktirafan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) pada tahun 1997 yang membawa kepada gelaran Datuk. Pada tahun 2001, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru oleh Jabatan Pendidikan Sabah.

Sesungguhnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Sabah dan umat Islam keseluruhannya. Namun, legasi yang ditinggalkan terus subur melalui sumbangan, pemikiran serta institusi yang telah beliau bangunkan.

α΄›Ιͺα΄€α΄…α΄€ α΄‹α΄‡ΚŸα΄€α΄’α΄€α΄›α΄€Ι΄ ʏᴀɴɒ κœ±α΄‡Κ™α΄‡Ι΄α΄€Κ€, α΄α΄‡ΚŸα΄€ΙͺΙ΄α΄‹α΄€Ι΄ α΄…α΄€ΚŸα΄€α΄ ᴋᴇᴛᴀᴀᴛᴀɴ α΄‹α΄‡α΄˜α΄€α΄…α΄€ α΄€ΚŸΚŸα΄€Κœ
α΄›Ιͺα΄€α΄…α΄€ α΄‹α΄‡ΚŸα΄€α΄’α΄€α΄›α΄€Ι΄ α΄…Ιͺ α΄‘α΄€α΄‹α΄›α΄œ α΄α΄€ΚŸα΄€α΄, α΄α΄‡ΚŸα΄€ΙͺΙ΄α΄‹α΄€Ι΄ Κ™α΄‡Κ€α΄α΄œΙ΄α΄€α΄Šα΄€α΄› α΄‹α΄‡α΄˜α΄€α΄…α΄€α΄α΄œ.
α΄›Ιͺα΄€α΄…α΄€ α΄‹α΄‡ΚŸα΄€α΄’α΄€α΄›α΄€Ι΄ α΄…Ιͺ α΄‘α΄€α΄‹α΄›α΄œ ꜱΙͺα΄€Ι΄Ι’, α΄α΄‡ΚŸα΄€ΙͺΙ΄α΄‹α΄€Ι΄ α΄›α΄€α΄€α΄› α΄‹α΄‡α΄˜α΄€α΄…α΄€α΄α΄œ.
α΄›Ιͺα΄€α΄…α΄€ α΄‹α΄‡ΚŸα΄€α΄’α΄€α΄›α΄€Ι΄ α΄…Ιͺ α΄…α΄œΙ΄Ιͺα΄€, α΄α΄‡ΚŸα΄€ΙͺΙ΄α΄‹α΄€Ι΄ ʙᴇʀᴒΙͺα΄‹ΙͺΚ€ α΄‹α΄‡α΄˜α΄€α΄…α΄€α΄α΄œ.
α΄›Ιͺα΄€α΄…α΄€ α΄‹α΄‡ΚŸα΄€α΄’α΄€α΄›α΄€Ι΄ α΄…Ιͺ α΄€α΄‹ΚœΙͺΚ€α΄€α΄›, α΄α΄‡ΚŸα΄€ΙͺΙ΄α΄‹α΄€Ι΄ α΄α΄‡Ι΄α΄…α΄€α΄˜α΄€α΄› α΄˜α΄‡Ι΄Ι’α΄€α΄α΄˜α΄œΙ΄α΄€Ι΄ α΄…α΄€Κ€Ιͺᴍᴜ.
α΄›Ιͺα΄€α΄…α΄€ α΄‹α΄‡ΚŸα΄€α΄’α΄€α΄›α΄€Ι΄ α΄…Ιͺ κœ±Κα΄œΚ€Ι’α΄€, α΄α΄‡ΚŸα΄€ΙͺΙ΄α΄‹α΄€Ι΄ ᴍᴇᴍᴀɴᴅᴀɴɒ α΄‘α΄€α΄Šα΄€Κœα΄α΄œ.

α΄‹α΄€ΚŸα΄€α΄ α΄€ΚŸα΄α΄€Κ€Κœα΄œα΄ α΄€Κα΄€Κœα΄€Ι΄α΄…α΄€
α΄…α΄€α΄›α΄œα΄‹ Κœα΄€α΄ŠΙͺ α΄α΄€α΄›α΄œκœ±κœ±ΙͺΙ΄ Κ™ΙͺΙ΄ α΄€α΄‘α΄€Ι΄Ι’ ᴅᴀᴍΙͺα΄›

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Amin.

Bismillahirrahmanirrahim.....Notis Mesyuarat Agung Masjid Tun Ahmadshah Kampung Inanam Laut, Kota kinabalu sabah .Semua ...
08/05/2026

Bismillahirrahmanirrahim.....

Notis Mesyuarat Agung Masjid Tun Ahmadshah Kampung Inanam Laut, Kota kinabalu sabah .

Semua Ahli Kariah Dijemput Hadir 🌹

Assalamualaikum w.t.bπŸŒ™βœ¨ Israk Mikraj: Perjalanan Agung, Pengajaran Sepanjang ZamanAyuh kita luangkan masa malam ini untu...
17/01/2026

Assalamualaikum w.t.b
πŸŒ™βœ¨ Israk Mikraj: Perjalanan Agung, Pengajaran Sepanjang Zaman

Ayuh kita luangkan masa malam ini untuk menghadiri Ceramah Israk Mikraj.
Semoga melalui kisah perjalanan Rasulullah SAW, hati kita kembali dekat dengan Allah, dan iman terus diperkukuhkan.

Semua dijemput hadir.
Sabtu 17.1.2026 selepas maghrib di Masjid Tun Ahmadshah

πŸ“ Jumpa malam ini. Insya-Allah penuh keberkatan. 🀍

14/01/2026

Kuliah maghrib
USTAZ ithnin

25/09/2025

Tip hilangkan kulat:
Bahan-bahan: Air + cuka πŸ‘

Cara-caranya:
Campurkan air dengan cuka. Cuka sama banyak dengar air. Gunakan kain tuk lap. Selamat mencuba ✌

SumberπŸ“·: Zue Razak

Selain itu cara-cara lain yang boleh cuba:
πŸ‘‰ Bersihkan dan lap dengan dettol antiseptic disinfectant (warna coklat). Pakai yang jenis spray tu pun boleh juga.
πŸ‘‰ Letak dehumidifier (Contoh Thirsty Hippo atau Daiso Dehumidifier atau apa2 jenama lain)

Address

Masjid Tun Ahmadshah Kampung Inanam Laut
Kota Kinabalu
88400

Telephone

+60108108012

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Tun Ahmadshah Kg Inanam Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category