Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah

Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah Selamat Datang ke Laman Facebook Rasmi Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah.

📢 Selamat Menjalani Cuti Semester 2 Sesi 2025/2026Kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS).Bahagian Pend...
27/07/2026

📢 Selamat Menjalani Cuti Semester 2 Sesi 2025/2026
Kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Bahagian Pendidikan dan Zakat (BPZ), Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) mengucapkan selamat menjalani cuti semester. Semoga tempoh cuti ini dimanfaatkan sebaiknya, meluangkan masa bersama keluarga dan membuat persediaan menghadapi semester baharu dengan lebih bersemangat.

💙 Rancang kewangan anda lebih awal!
Bagi pelajar yang memerlukan bantuan kewangan, sila ambil perhatian terhadap Takwim Agihan Zakat Pelajar UMS Tahun 2026 adalah seperti berikut:

📌 Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UMS
Semester 1 Sesi 2026/2027
🗓️ 21 September – 9 Oktober 2026

📌 Permohonan Zakat (One-Off)
🗓️ Dibuka sepanjang tahun mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Jangan lepaskan peluang untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Perancangan awal akan membantu memastikan urusan pengajian anda berjalan dengan lebih lancar.

✨ Rancang lebih awal, ringankan beban.
Zakat Membantu, Pendidikan Terus Maju.





24/07/2026

BICARA SIRAH RASULULLAH SAW.
Menelusuri Hijrah Kekasih Allah
(Dr. Mohd Hatib Bin Ismail)

MAKLUMAN PENDAFTARAN PESERTA SIJIL PROFESIONAL PENGURUSAN MASJID (SPPM) SIRI 2 SESI 2026 KINI DIBUKA 🔊Assalamualaikum WB...
24/07/2026

MAKLUMAN PENDAFTARAN PESERTA SIJIL PROFESIONAL PENGURUSAN MASJID (SPPM) SIRI 2 SESI 2026 KINI DIBUKA 🔊

Assalamualaikum WBT,

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH), Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) membuka pengambilan peserta bagi Sijil Profesional Pengurusan Masjid (SPPM) Siri 2 Sesi 2026. Butiran program adalah seperti berikut:

💰 Yuran Pengajian:
* RM420
(Bayaran awal pendaftaran perlu dijelaskan 50% daripada yuran pengajian)

🌷 Sehubungan dengan itu, kami amat mengalu-alukan penyertaan para peserta. Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster atau isi link gform berikut:
https://forms.gle/b2S6EJq6JWuQUefk6

Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2026 (Jumaat)‼️

☎️ Sebarang Pertanyaan, sila hubungi Urusetia di talian:
- Cik Aznadira - 011 3382 1978
- ⁠Puan Noorisah - 013 285 5378



MAKLUMAN PENDAFTARAN PESERTA SIJIL ASAS PENGAJIAN SYARIAH (SAPS) Siri 2 SESI 2026 KINI DIBUKA📣Assalamualaikum WBT, Sukac...
24/07/2026

MAKLUMAN PENDAFTARAN PESERTA SIJIL ASAS PENGAJIAN SYARIAH (SAPS) Siri 2 SESI 2026 KINI DIBUKA📣

Assalamualaikum WBT,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH) Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuka pengambilan peserta bagi Sijil Asas Pengajian Syariah (SAPS) Siri 2 Sesi 2026.

💰 Yuran:
1. Yuran Pendaftaran: RM20 (Dibayar semasa mendaftar)
2. Yuran Pengajian: RM800
Kemudahan bayaran ansuran: (50% semasa pembelajaran @ pendaftaran, baki sebelum peperiksaan).
Istimewa: DISKAUN 50% untuk Pelajar UMS & PERCUMA bagi pelajar baru (Mualaf).

✨ Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster atau isi link gform berikut:
https://forms.gle/PALgRMvCySy9a2tn8

Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2026 (Jumaat)‼️

☎️ Sebarang Pertanyaan Sila hubungi Urusetia Sijil di talian:
- Cik Aznadira - 011 3382 1978
- ⁠Puan Noorisah - 013 285 5378



PENDAFTARAN KINI DIBUKA: SIJIL ASAS PENGAJIAN USULUDDIN (SIPU) SIRI 1 SESI 2026 📣Assalamualaikum WBT, Pusat Islam UMS de...
24/07/2026

PENDAFTARAN KINI DIBUKA: SIJIL ASAS PENGAJIAN USULUDDIN (SIPU) SIRI 1 SESI 2026 📣

Assalamualaikum WBT, Pusat Islam UMS dengan bangganya membuka tirai pengambilan bagi Sijil Asas Pengajian Usuluddin (SIPU) Siri 1.

💰 YURAN:
1. Yuran Pendaftaran: RM20 (Dibayar semasa mendaftar)
2. Yuran Pengajian: RM800
Kemudahan bayaran ansuran: (50% semasa pembelajaran @ pendaftaran, baki sebelum peperiksaan).
Istimewa: DISKAUN 50% untuk Pelajar UMS & PERCUMA bagi pelajar baru (Mualaf).

🌷 JOM DAFTAR SEKARANG!

🔗 Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/MxdQoA52RSv7g3f37 (Atau imbas Kod QR pada poster)

⏰ Tarikh Tutup: 31 Julai 2026 (Jumaat) ‼️

☎️ Sila hubungi urusetia sijil untuk pertanyaan lanjut:
* Cik Aznadira: 011-3382 1978
* Puan Noorisah: 013-285 5378




23/07/2026

BACAAN YASIN MINGGUAN

[BERITA RASMI] - PIUMS KOMITED DALAM MENGADAPTASIKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (MS ISO 9001:2015)KOTA KINABALU, 22 JULAI...
22/07/2026

[BERITA RASMI] - PIUMS KOMITED DALAM MENGADAPTASIKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (MS ISO 9001:2015)

KOTA KINABALU, 22 JULAI 2026 – Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah menerima kunjungan Panel Juruaudit Dalam yang diketuai oleh En. Abdul Haidy Bin Abdul Hamid, dibantu oleh Prof. Madya Dr. Julian Ransangan dan Pn. Joanne Justin sempena Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) yang berlangsung di Bilik Perbincangan Pusat Islam.

Audit ini bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di samping mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.

Pusat Islam UMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel juruaudit dan seluruh warga kerja atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit.

Berita disunting oleh: En. Mohd Zakri Mainang

🌟 SATU PEPERIKSAAN, SERIBU HARAPAN🌟📖 Peperiksaan bukan sekadar menguji apa yang dipelajari, tetapi turut menguji kesabar...
21/07/2026

🌟 SATU PEPERIKSAAN, SERIBU HARAPAN🌟

📖 Peperiksaan bukan sekadar menguji apa yang dipelajari, tetapi turut menguji kesabaran, ketabahan dan keyakinan kepada Allah SWT.

Unit Zakat, Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2025/2026 kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Semoga setiap helaian jawapan dipermudahkan, setiap ilmu yang dipelajari diberi keberkatan, dan setiap usaha dibalas dengan kejayaan yang membanggakan.

Allah SWT berfirman:

"Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
(Surah Taha: 114)

✨ Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kecerdasan fikiran, kesihatan yang baik serta keputusan yang cemerlang.

Selamat Menjawab Peperiksaan dan Semoga Berjaya!





[BERITA RASMI] SESI AUDIT DALAMAN ISO45001:2018SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) TAHUN 2026K...
20/07/2026

[BERITA RASMI] SESI AUDIT DALAMAN ISO45001:2018
SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP)
TAHUN 2026

KOTA KINABALU, ​20 JULAI – Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) hari ini menerima kunjungan Panel Auditor bagi pelaksanaan Sesi Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ISO 45001:2018).

​Pelaksanaan audit ini bertujuan bagi memastikan pematuhan piawaian keselamatan dan kesihatan di persekitaran kerja Pusat Islam UMS berada pada tahap optimum secara berterusan diketuai oleh Puan Juliza Binti Ramzi dibantu oleh Encik Mohd. Zamrie Bin Musa dan Puan Siti Nurhaslina Mapiati.

​Pihak pengurusan Pusat Islam UMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut. Semoga Allah S.W.T. sentiasa melimpahkan rahmat keselamatan kepada kita semua.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KAFA UMS KE U-SCIENCE PERKASA PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMANKota Kinabalu, 8 Julai 2026 – Ser...
20/07/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KAFA UMS KE U-SCIENCE PERKASA PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN

Kota Kinabalu, 8 Julai 2026 – Seramai 252 orang pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) daripada sesi pagi dan sesi petang telah menyertai Program Lawatan Sambil Belajar ke U-Science, Universiti Malaysia Sabah, sebagai usaha memperkaya pengalaman pembelajaran melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning). Program ini juga turut diiringi oleh Encik Suhaimie bin Sahabuddin selaku Yang di-Pertua PIBG KAFA UMS, Puan Noorisah binti Taljid selaku Ketua Unit KAFA UMS, ahli PIBG, guru-guru KAFA UMS serta urus setia yang memastikan kelancaran perjalanan program sepanjang lawatan berlangsung.

Program yang dianjurkan oleh KAFA UMS ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap aplikasi sains, teknologi dan inovasi melalui aktiviti interaktif yang disediakan oleh U-Science UMS. Inisiatif ini turut menyokong usaha memperkukuh pembelajaran di luar bilik darjah serta memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM sejak usia muda.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti pembelajaran dan demonstrasi sains yang memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar. Pendedahan tersebut bukan sahaja meningkatkan kefahaman terhadap konsep-konsep sains, malah turut menggalakkan pemikiran kritis, kreativiti serta semangat ingin meneroka ilmu dalam suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.

Penganjuran lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KAFA UMS dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang holistik, berkualiti dan seimbang kepada para pelajar. Melalui pendedahan kepada persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik, program ini diharap dapat melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis, berakhlak mulia serta mampu menghayati kepentingan ilmu pengetahuan dalam pembangunan diri dan masyarakat.

Address

Pusat Islam Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088320000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah:

Shortcuts

Share