Emmanuel Ministry

Emmanuel Ministry Emanuel

30/08/2026

Body Schema games.. 😂

Yang Maha Kuasa tidak dapat kita fahami.Besar kekuatan dan keadilan-Nya.Dalam perbenaran-Nya yang berlimpahan, Dia tidak...
30/08/2026

Yang Maha Kuasa tidak dapat kita fahami.
Besar kekuatan dan keadilan-Nya.
Dalam perbenaran-Nya yang berlimpahan, Dia tidak pernah menindas.
Itulah sebabnya orang takut kepada-Nya,
Dia tidak mengendahkan semua orang yang mengaku berhati bijak.
Ayub 37:23-24

Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dia tidak pernah menindas"

Bab 37 kitab Ayub bersambung kata-kata Elihu kepada Ayub dan para sahabatnya.
Idea utama Elihu kali ini tentang keagungan TUHAN terhadap alam, seperti membentangkan langit (ay.18), tiupan angin (ay.21), kilat (ay.15), awan (ay.16) dan banyak lagi yang katakan Elihu, TUHAN tidak dapat difahami oleh manusia (ay.23a), besar kekuatan dan keadilan-Nya (ay.23b) dan tidak pernah menindas (ay.23c).

Ayub yang sebelum ini merasa seolah-olah dia ditindas oleh TUHAN sudah dijawab oleh Elihu.
Mungkin kita pun pernah berfikir bahawa TUHAN menindas kita atau tidak adil, walaupun kelihatan seperti itu, tetapi kita perlu ingat TUHAN tidak pernah menindas dan kita tidak mampu memahami tindakan-Nya.

Semoga kita seperti Elihu percaya TUHAN Dia tidak pernah menindas.

Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berfikir Engkau menindas.

Sejahtera selalu.

🎚️emanuelministry.blogspot.com Oyo homestay Motunggong Kudat Malaysia.
31.12.2026

Selamat hari Kebangsaan dan hari Sabah.

Tiada hujan nikmati sajalah.
30/08/2026

Tiada hujan nikmati sajalah.

Dia membuka telinga mereka bagi pengajaran dan menyuruh mereka bertaubat daripada kejahatan. Jika mereka mendengar dan m...
29/08/2026

Dia membuka telinga mereka bagi pengajaran
dan menyuruh mereka bertaubat daripada kejahatan.
Jika mereka mendengar dan mahu beribadat,
maka mereka akan menghabiskan hari-hari mereka dalam kemakmuran
dan tahun-tahun mereka dalam kenikmatan.
Tetapi jika mereka tidak mendengar,
maka mereka akan dilenyapkan oleh lembing
dan putus nyawa tanpa pengetahuan.
Ayub 36:10-12

Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Mendengar dan mahu beribadat"

Bab 36 kitab Ayub bersambung kata-kata Elihu terhadap Ayub dan para sahabatnya, idea Elihu dalam bab ini seolah-olah mahu mengatakan Ayub berdosa dan perlu bertaubat.
Elihu beranggapan kesusahan yang menimpah Ayub merupakan hukuman daripada TUHAN (ay.9-10).
Seperti mana yang fikirkan oleh para sahabat Ayub.

Hari ini pun masih ada yang berfikir seperti itu apabila berlaku kesusahan terhadap seseorang, kita pun berfikir apalah dosa orang itu.
Tetapi kalau hidupnya mewah, sihat, berjaya dan sebagainya kita pun mula iri hati.

Sebab itulah kita semua perlu mendengar dan mahu beribadat supaya kita belajar daripada kebenaran firman TUHAN dan bukan melalui prasangka seperti para sahabat Ayub dan Elihu sendiri.

Semoga kita mendengar dan mahu beribadat hari ini.

Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mendengar firman-Mu dan belajar semasa dalam ibadah.

Sejahtera selalu.

🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 30.8.2026.

Lalu Elihu berkata, “Inikah yang kauanggap adil sehingga engkau berkata, ‘Aku lebih benar daripada Allah’ Engkau bertany...
28/08/2026

Lalu Elihu berkata,
“Inikah yang kauanggap adil
sehingga engkau berkata, ‘Aku lebih benar daripada Allah’
Engkau bertanya, ‘Apakah gunanya bagiku?
Apakah faedahnya bagiku kalau aku tidak berdosa?’
Jika engkau benar, apakah yang kauberikan kepada-Nya?
Atau, apakah yang Dia terima daripada tanganmu? ”
Ayub 35:1-3, 7

Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Aku lebih benar daripada TUHAN"

Bab 35 kitab Ayub bersambung kata-kata Elihu membidas Ayub dan para sahabatnya, mungkin Elihu juga melebih-lebih terhadap Ayub sehingga dia mengatakan Ayub menganggap dirinya lebih benar daripada TUHAN (ay.2).
Bagi Elihu benar mana sekali pun manusia apa yang dia boleh berikan kepada TUHAN (ay.7).
Teringat kita Mazmur Daud yang mengatakan persembahan yang TUHAN mahu ialah hati yang remuk (Maz.51:19), bukan hati yang membenarkan diri seperti perumpaan Tuhan Yesus orang Farisi dan pemugut cukai, si Farisi membenarkan diri, si pemugut cukai amat kesal doanya diterima dan dibenarkan oleh TUHAN (Luk.18:9-14).
TUHAN tidak berkenan membenarkan diri di hadapan-Nya itulah idea Elihu.
Kita perlu berhati-hati jangan sampai membenarkan diri terutama ketika menyampaikan khutbah.

Semoga kita tidak berfikir aku lebih benar berbanding TUHAN.

Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berfikir ada kebenaran dalam diri kami.

Sejahtera selalu.

🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 29.8.2026.

“Perhatikanlah, wahai Ayub, dengarlah aku. Berdiam dirilah, aku hendak berbicara. Jika ada yang ingin kaukatakan, jawabl...
28/08/2026

“Perhatikanlah, wahai Ayub, dengarlah aku.
Berdiam dirilah, aku hendak berbicara.
Jika ada yang ingin kaukatakan, jawablah aku.
Bicaralah, kerana aku ingin membenarkan engkau.
Jika tidak, dengarlah aku.
Berdiam dirilah, aku akan mengajarkan hikmah kepadamu.”
Ayub 33:31-33

Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berdiam dirilah"

Bab 33 kitab Ayub bersambung kata-kata Elihu salah seorang yang bersama Ayub tetap bukan sahabat Ayub, dia agak muda berbanding para sahabat Ayub (Ayu.32:4).
Idea utama Elihu ialah marah kepada Ayub kerana membenarkan diri di hadapan TUHAN (ay.9-10).
Bagi Elihu tiada yang benar pada manusia sebab hanya dibentuk daripada tanah liat (ay.6).
Walaupun begitu Elihu mahu Ayub berdiam diri supaya mendengar dia berkata-kata mengajar hikmah (ay.33).

Salah satu masalah manusia sukar berdiam diri untuk belajar, sebab itu sedikit yang mahu belajar secara formal sebab perlu berdiam diri berjam-jam, apa lagi yang mengajar itu lebih muda berbanding yang diajar.

Semoga kita boleh berdiam diri untuk belajar hikmah daripada seseorang yang berilmu supaya kita pun berhikmah.

Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya boleh berdiam diri di hadapan-Mu untuk belajar.

Sejahtera selalu.

🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 28.8.2026.

Elihu anak Barakheel, orang Bus itu, berkata, “Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua, sebab itu aku segan dan tak...
26/08/2026

Elihu anak Barakheel, orang Bus itu, berkata,
“Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua,
sebab itu aku segan dan takut menyatakan pendapatku kepadamu.
Fikirku, ‘Yang berumurlah yang harus berbicara,
yang banyak tahunnyalah yang harus mengajarkan hikmah.’
Tetapi roh di dalam diri manusia, iaitu nafas Yang Maha Kuasa,
itulah yang memberikan pengertian kepadanya. ”
Ayub 32:6-8

Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Aku ini masih muda"

Bab 32 kitab Ayub percakapan watak baharu yang muncul iaitu Elihu, dia bukan sahabat Ayub tetapi entah macam mana dia bersama mereka sejak awal percakapan Ayub dan para sahabatnya (ay.3).
Elihu marah kepada Ayub kerana membenarkan diri di hadapan TUHAN dan bukan membenarkan TUHAN (ay.2).
Kita pun begitu selalu membenarkan diri sendiri bukan membenarkan TUHAN.
Elihu juga marah kepada para sahabat Ayub sebab gagal memberi jawapan yang benar terhadap persoalan Ayub malah menyalahkan dia (ay.3).
Biasanya begitulah cara kita menjawab seseorang kalau kita tidak tau jawapan menyalahkan orang itu.
Sebenarnya Elihu mahu berkata-kata dari awal tetapi dia segan terhadap para sahabat Ayub kerana mereka lebih tua, tetapi malangnya mereka tidak dapat mengajar hikmah kepada Ayub, sebab roh TUHAN yang memberi hikmah tidak mengira umur (ay.7-8).
Saya juga setuju dengan Elihu, ramai pensyarah di seminari yang jauh lebih muda berbanding dengan pelajarnya.

Semoga kita ingat Roh TUHAN yang memberi hikmah kepada seseorang sebab itu jangan berfikir aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua mana boleh saya yang mengajar kamu.

Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak memandang rendah orang yang lebih muda atau sebaliknya sebab hikmah diberikan tanpa mengira umur.

Sejahtera selalu.

🎚️emanuelministry.blogspot.com

Kota Kinabalu Malaysia 27.8.2026.

Aku telah mengikat perjanjian dengan mataku,bagaimana mungkin kupandang anak dara dengan berahi?Apakah bahagianku daripa...
26/08/2026

Aku telah mengikat perjanjian dengan mataku,
bagaimana mungkin kupandang anak dara dengan berahi?
Apakah bahagianku daripada Allah di atas,
atau harta pusakaku daripada Yang Maha Kuasa di tempat yang tinggi?
Ayub 31:1-2

Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengikat perjanjian dengan mataku"

Bab 31 kitab Ayub kata-kata penutup jawapannya kepada Bildad, dia tetap mempertahankan diri bahawa tidak berdosa, kali ini Ayub mengatakan matanya pun tidak memandang anak dara dengan berahi (ay.1).
Mungkin Ayub mengawal pandangan matanya supaya tidak timbul berahi, kerana memandang dengan berahi pun satu dosa (Mat.5:28).
Siapa yang tidak pernah berahi melalui pandangan mata, kalau benar Ayub tidak pernah, mungkin dia satu-satu manusia yang tidak pernah berahi melalui pandangan mata.

Berahi melalui pandangan mata mungkin tidak boleh dielakkan tetapi boleh kurangkan atau dipadamkan sebelum membakar diri.

Semoga kita seperti Ayub mengikat perjanjian dengan mataku supaya tidak memandang anak dara dengan berahi.

Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya berahi kami kepada isteri atau suami sahaja.

Sejahtera selalu.

🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 26.8.2026.

Aku berteriak minta tolong kepada-Mu tetapi Engkau tidak menjawab. Aku berdiri, tetapi Engkau hanya memandangku. Engkau ...
25/08/2026

Aku berteriak minta tolong kepada-Mu tetapi Engkau tidak menjawab.
Aku berdiri, tetapi Engkau hanya memandangku.
Engkau berubah jadi bengis terhadap aku,
dengan kekuatan tangan-Mu Engkau menganiaya aku.
Engkau mengangkat aku dengan angin, melayangkan aku,
dan menghempaskan aku dalam badai.
Ayub 30:20-22

Konsapatan bertemu lagi dalam renungan, hari ini kita belajar tema "Engkau tidak menjawab"

Bab 30 kitab Ayub bersambung kata-kata Ayub menjawab Bildad, Ayub menghimbau kegemilangan masa lalunya, sekarang orang yang lebih muda mentertawanya sedangkan dahulu ayah mereka Ayub pandang terlalu hina di tempatkan bersama anjing penjaga kawanan ternaknya (ay.1).
Ayub juga meluahkan keluh kesahnya terhadap TUHAN ia merasakan TUHAN berdiam diri ketika dia berteriak meminta tolong (ay.20).

Mungkin kita pun pernah merasa TUHAN berdiam diri ketika kita berdoa, kadang bertahun-tahun baru kita tahu jawapan TUHAN dan ada yang sampai sekarang tidak ada jawapannya. Itulah keagungan TUHAN ada yang mengatakan TUHAN itu bukan untuk difahami tetapi untuk dipercayai.

Semoga kita tidak putus asa terhadap TUHAN kalau kita berteriak minta tolong kepada-Mu tetapi Engkau tidak menjawab.

Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak putuasa sehingga kami mendapat jawapan terhadap doa-doa kami.

Sejahtera selalu.

🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia
25.8.2026

Ayub melanjutkan huraiannya, katanya, “Kalaulah aku seperti dalam bulan-bulan yang silam, seperti semasa hari-hari Allah...
23/08/2026

Ayub melanjutkan huraiannya, katanya,
“Kalaulah aku seperti dalam bulan-bulan yang silam,
seperti semasa hari-hari Allah melindungiku,
ketika pelita-Nya bersinar di atas kepalaku
dan dengan cahaya-Nya aku berjalan dalam kegelapan.
Kalaulah aku seperti pada masa mudaku,
ketika persahabatan Allah menaungi khemahku; ”
Ayub 29:1-4

Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Hari-hari TUHAN melindungiku"

Bab 29 kitab Ayub sambungan kata-kata Ayub menjawab Bildad, agak panjang perkataan Ayub, melalui kata-katanya kita boleh mengagak apa yang dia fikirkan tentang TUHAN, rupanya Ayub menganggap TUHAN tidak melindungi dia lagi (ay.2).
Memang benar TUHAN yang mengizinkan kesusahan menimpa Ayub demi membuktikan kepada Iblis bahawa Ayub setia kepada-Nya (Ayu.1:8).

Ayub tidak tahu pun perkara itu, kalau dia mengetahuinya sudah tentu dia tenang sahaja dan terus memuji TUHAN.
Ayub juga membandingkan keadaan hidupnya sebelum ditimpa kesusahan, dia sangat dihormati dalam masyarakat, dia juga membantu orang miskin, para balu dan orang buta, ibarat dia raja bagi mereka (ay.7-25)

Semoga kita tahu hari-hari TUHAN melindungiku itulah saat bahagia bagi kita, tanpa perlindungan-Nya hidup kita penuh penderitaan.

Doa: Tuhan Yesus lindungilah hidup kami.

Sejahtera selalu.

🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 24.8.2026.

Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Emmanuel Ministry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Emmanuel Ministry:

Shortcuts

Share