19/07/2026
“Sesungguhnya masjid-masjid Allah itu hanya dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat…”
(Surah At-Taubah: 18)
Alhamdulillah, pihak masjid telah mengadakan sesi tinjauan awal di Ruang Solat Kedua bagi meneliti cadangan kerja-kerja naik taraf demi mewujudkan ruang yang lebih selesa, kemas dan kondusif untuk kegunaan jemaah.
Ruang ini akan dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti seperti solat fardu Jumaat, kelas al-Quran, program Ramadan serta pelbagai program kemasyarakatan.
Semoga segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi asbab keselesaan serta manfaat kepada seluruh jemaah.