Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

Call Directions Website Contact the place of worship

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra Kota Kinabalu merupakan Sekolah Rendah Islam pertama d

๐Ÿ“š BENGKEL PEMANTAPAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DAN TEKNIK PENANDAAN BAHASA MELAYUAlhamdulillah, Panitia Bahasa Mela...
05/10/2026

๐Ÿ“š BENGKEL PEMANTAPAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DAN TEKNIK PENANDAAN BAHASA MELAYU

Alhamdulillah, Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Teknik Penandaan Bahasa Melayu pada:

๐Ÿ“… 5 Oktober 2026 (Isnin)
โฐ 7.30 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat, SRI Al-Hafidz Bandar Sierra

Bengkel ini melibatkan guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan perkongsian ilmu disampaikan oleh En. Al-Fadhli Amil Bustan, Pegawai SISC+ Sains, PPD Kota Kinabalu.

Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman guru dalam pelaksanaan PBD serta memantapkan teknik penandaan Bahasa Melayu agar pentaksiran dapat dilaksanakan dengan lebih tepat, sistematik dan berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Al-Fadhli Amil Bustan atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan panduan yang sangat bermanfaat kepada para guru.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran murid di SRIAHBS.





๐Ÿ“ธ LENSA HARI PERTAMA SRU 2026Ada yang tersenyum, ada yang kelihatan tenang, dan ada juga yang masih menyimpan sedikit de...
05/10/2026

๐Ÿ“ธ LENSA HARI PERTAMA SRU 2026

Ada yang tersenyum, ada yang kelihatan tenang, dan ada juga yang masih menyimpan sedikit debaran. Namun di sebalik setiap wajah, tersimpan satu tekad iaitu mahu melakukan yang terbaik.

Alhamdulillah, hari pertama Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) 2026 pada 5 Oktober 2026 (Isnin) telah berlangsung dengan lancar.

Hari ini menjadi medan untuk anak-anak membuktikan segala usaha, penat lelah dan ilmu yang dikumpulkan selama ini. Doa ibu bapa dan guru sentiasa mengiringi setiap langkah mereka.

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT menenangkan hati, memudahkan setiap jawapan dan mengurniakan hasil yang terbaik buat semua calon.

Terus kuat, anak-anak SRU 2026. Perjalanan masih berbaki, dan kami sentiasa mendoakan kalian. โค๏ธ

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐‘๐„๐๐ƒ๐€๐‡ ๐”๐†๐€๐Œ๐€ (๐’๐‘๐”) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“… 5 Oktober 2026 (Isnin) โ€“ 9 Oktober 2026 (Jumaat)ูˆูŽู‚ูู„ ุฑูŽู‘ุจู...
05/10/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐‘๐„๐๐ƒ๐€๐‡ ๐”๐†๐€๐Œ๐€ (๐’๐‘๐”) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“… 5 Oktober 2026 (Isnin) โ€“ 9 Oktober 2026 (Jumaat)

ูˆูŽู‚ูู„ ุฑูŽู‘ุจูู‘ ุฒูุฏู’ู†ููŠ ุนูู„ู’ู…ู‹ุง
โ€œDan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu.โ€ Surah Taha: 114

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) Tahun 2026 kepada semua calon.

Semoga setiap calon diberikan ketenangan hati, kecerdasan fikiran, kesihatan yang baik serta dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan. Hadapilah peperiksaan ini dengan penuh yakin, teliti dan bersungguh-sungguh setelah segala usaha, pembelajaran dan persediaan dilakukan sebaiknya.

Ingatlah bahawa setiap usaha yang disertai dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT tidak akan sia-sia. Lakukanlah yang terbaik dan serahkanlah segala hasil kepada-Nya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat para guru dan ibu bapa yang sentiasa membimbing, mendidik, mendoakan serta memberikan sokongan sepanjang perjalanan anak-anak menghadapi peperiksaan ini.

Semoga Allah SWT memberkati segala ilmu yang dipelajari, mempermudahkan setiap urusan dan mengurniakan kejayaan yang cemerlang serta menjadi bekalan yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

Selamat maju jaya kepada semua calon SRU 2026.
Semoga kejayaan menjadi milik kalian, insya-Allah. ๐Ÿคฒ

๐Ÿฝ๏ธโœจ JAMUAN GENGGAM MUMTAZ SRU 2026 โœจ๐Ÿฝ๏ธSelepas selesai Majlis Restu Ilmu, anak-anak Tahun 6 Al-Biruni & 6 Al-Kindi meneru...
02/10/2026

๐Ÿฝ๏ธโœจ JAMUAN GENGGAM MUMTAZ SRU 2026 โœจ๐Ÿฝ๏ธ

Selepas selesai Majlis Restu Ilmu, anak-anak Tahun 6 Al-Biruni & 6 Al-Kindi meneruskan kebersamaan dengan Jamuan Genggam Mumtaz SRU 2026 pada Jumaat, 2 Oktober 2026.

Suasana santai, ceria dan penuh kebersamaan sebelum anak-anak melangkah menghadapi Peperiksaan SRU 2026 pada 5 Oktober ini. ๐Ÿ“š๐Ÿค

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga atas pelbagai juadah yang disumbangkan. Semoga setiap perkongsian rezeki ini diberkati dan menjadi asbab kebaikan buat kita semua. ๐Ÿคฒ

Selesai memohon restu, kini masa untuk anak-anak melangkah dengan yakin.

Genggam Mumtaz, Insya-Allah! ๐ŸŒŸ

02/10/2026

๐ŸŽฅ LENSA VIDEO | MAJLIS SALAM RESTU

๐Ÿ“… Jumaat | 2 Oktober 2026

Ada yang tersenyum, ada yang menundukkan wajah, ada yang tidak mampu menahan air mata. โค๏ธ

Itulah antara reaksi anak-anak Tahun 4 dan Tahun 6 ketika bersalaman, memohon maaf dan meminta restu daripada guru-guru sebelum melangkah menghadapi MP4 dan SRU.

Apa yang lebih istimewa, suasana ini turut dirasai oleh murid Tahun 1, 2, 3 dan 5. Bagi anak-anak Tahun 1 khususnya, mungkin mereka masih kecil untuk memahami sepenuhnya erti sebuah โ€œrestuโ€, tetapi hari ini mereka belajar bahawa di sebalik ilmu yang diterima, ada guru yang mendidik, mendoakan dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka. ๐Ÿฅน

Bukan sekadar bersalaman. Ada maaf yang dipohon, restu yang diberi dan doa yang dititipkan.

Semoga suatu hari nanti, anak-anak ini akan mengingati momen ini, bahawa pernah ada guru-guru yang dengan tulus mendoakan kejayaan mereka. ๐Ÿคฒโค๏ธ

Semoga Allah memberkati ilmu kalian dan mempermudahkan setiap langkah, anak-anak SRIAHBS.

๐Ÿ“šโœจ ADIK-ADIK, SUDAH BERSEDIA?Hari peperiksaan semakin hampir! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ“ PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH UGAMA (SRU) 2026๐Ÿ“… 5 Oktober 2...
02/10/2026

๐Ÿ“šโœจ ADIK-ADIK, SUDAH BERSEDIA?

Hari peperiksaan semakin hampir! ๐Ÿ’ช๐Ÿป

๐Ÿ“ PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH UGAMA (SRU) 2026
๐Ÿ“… 5 Oktober 2026 | Isnin
๐ŸŽ“ Murid Tahun 6

๐Ÿ“ PEPERIKSAAN MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) 2026
๐Ÿ“… 6 Oktober 2026 | Selasa
๐ŸŽ“ Murid Tahun 4

Teruskan ulang kaji, jaga kesihatan dan jangan lupa berdoa. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Buatlah yang terbaik setelah segala usaha dan persediaan dilakukan. Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, memudahkan setiap soalan dan mengurniakan kejayaan yang terbaik buat anak-anak SRIAHBS. โค๏ธ

Usaha. Doa. Tawakal.
Semoga dipermudahkan semuanya! ๐ŸŒŸ




๐Ÿคฒ SOLAT HAJAT & MAJLIS SALAM RESTU๐Ÿ“… Jumaat | 2 Oktober 2026Alhamdulillah, selesai Bacaan Yasin dan Tahlil, majlis diteru...
02/10/2026

๐Ÿคฒ SOLAT HAJAT & MAJLIS SALAM RESTU

๐Ÿ“… Jumaat | 2 Oktober 2026

Alhamdulillah, selesai Bacaan Yasin dan Tahlil, majlis diteruskan dengan Solat Hajat dan Majlis Salam Restu bersama warga SRIAHBS.

Majlis ini diadakan khusus buat murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan SRU dan murid Tahun 4 yang bakal menduduki MP4.

Turut bersama ialah murid Tahun 1, 2, 3 dan 5 yang akan menghadapi Ujian Akhir Tahun dalam tempoh dua minggu lagi.

Dalam suasana penuh syahdu, anak-anak memohon restu, doa dan kemaafan daripada guru-guru atas segala ilmu yang telah dicurahkan sepanjang mereka belajar.

๐Ÿคฒ Ya Allah, kami serahkan anak-anak ini dalam jagaan-Mu. Tenangkan hati mereka, lapangkan fikiran mereka dan kuatkan ingatan mereka. Permudahkanlah setiap urusan mereka ketika menjawab peperiksaan nanti.

Apa yang telah mereka pelajari, bantulah mereka mengingatinya. Apa yang sukar, mudahkanlah. Apa yang mereka terlupa, ingatkanlah kembali.

Kami tidak meminta kejayaan pada angka semata-mata, tetapi kami memohon agar setiap ilmu yang dipelajari menjadi ilmu yang bermanfaat, membentuk mereka menjadi anak yang baik dan membawa mereka lebih dekat kepada-Mu.

Ya Allah, berikanlah yang terbaik buat anak-anak kami. Kami telah berusaha mendidik dan membimbing mereka, selebihnya kami berserah kepada-Mu.

Amin Ya Rabbal โ€˜Alamin. ๐Ÿคฒ

๐Ÿ“– BACAAN YASIN & TAHLIL๐Ÿ“… Jumaat | 2 Oktober 2026Alhamdulillah, warga SRIAHBS bersama-sama mengadakan Bacaan Yasin dan Ta...
02/10/2026

๐Ÿ“– BACAAN YASIN & TAHLIL

๐Ÿ“… Jumaat | 2 Oktober 2026

Alhamdulillah, warga SRIAHBS bersama-sama mengadakan Bacaan Yasin dan Tahlil yang dikhususkan buat Allahyarhamah Prof. Madya Dr. Dzurizah Haji Ibrahim.

Semoga segala amal kebajikan Allahyarhamah diterima oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, dilimpahkan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ

๐Ÿ“š COUNTDOWN PEPERIKSAAN 2026 | SRIAHBSPeperiksaan semakin hampir! Semoga semua murid terus berusaha dan membuat persedia...
01/10/2026

๐Ÿ“š COUNTDOWN PEPERIKSAAN 2026 | SRIAHBS

Peperiksaan semakin hampir! Semoga semua murid terus berusaha dan membuat persediaan sebaiknya bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

๐Ÿ”ต Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4)
๐Ÿ“… 6 Oktober 2026 | 4 Hari Lagi

๐Ÿ”ด Sijil Rendah Ugama (SRU)
๐Ÿ“… 5 Oktober 2026 | 3 Hari Lagi

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, mengurniakan ketenangan dan memberikan kejayaan yang cemerlang kepada semua calon.

Selamat maju jaya, anak-anak SRIAHBS!

Address

Bandar Sierra
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz:

Shortcuts

Share