Masjid Al-Abid

Masjid Al-Abid MASJID AL-ABID, Desa Kastam Sepanggar, Jalan Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Khamis, 13 Ogos 2026 - Sekitar suasana Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat. Semoga segala doa dan hajat kita dika...
14/08/2026

Khamis, 13 Ogos 2026 - Sekitar suasana Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat. Semoga segala doa dan hajat kita dikabulkan oleh Allah SWT.

πŸŒ™ πˆππ…π€πŠ πŒπ€πŠπ€ππ€π π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€π”π‹πˆπƒ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡πŸŒ™Masjid Al-Abid menjemput para jemaah dan orang ramai untuk bersama-sama beri...
09/08/2026

πŸŒ™ πˆππ…π€πŠ πŒπ€πŠπ€ππ€π π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€π”π‹πˆπƒ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡πŸŒ™

Masjid Al-Abid menjemput para jemaah dan orang ramai untuk bersama-sama berinfak menyediakan jamuan sempena Majlis Maulid 1448H.

🍱 1 Tapau = RM10 sahaja
🎁 Sasaran: 350 tapau

Walau sedikit, besar nilainya di sisi Allah. Jom berinfak, berkongsi rezeki dan meraih keberkatan bersama. 🀲

πŸ“² Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Masjid Al-Abid atau scan QR pada poster.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi;
βœ… En Razak - 0146540716
βœ… En Jamain - 0138512799
βœ… Ustaz Awang - 0168788074

7 Ogos 2026 - Suasana Solat Fardhu Jumaat hari ini. Perbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Jumlah sumba...
07/08/2026

7 Ogos 2026 - Suasana Solat Fardhu Jumaat hari ini. Perbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

Jumlah sumbangan tabung jumaat : RM610
Jumlah sumbangan QR Code : RM805

Bersih Sumbangan Jumaat : RM1,415.00

Selasa, 4 Ogos 2026 - Majlis Bacaan Ratibul Haddad Mingguan
04/08/2026

Selasa, 4 Ogos 2026 - Majlis Bacaan Ratibul Haddad Mingguan

πŸŒ™ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 πŒπˆππ†π†π”π€π πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐀𝐋-π€ππˆπƒ | πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŒ™Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, sepanjang...
02/08/2026

πŸŒ™ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 πŒπˆππ†π†π”π€π πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐀𝐋-π€ππˆπƒ | πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ogos 2026, Masjid Al-Abid telah menyusun pelbagai program ilmu, ibadah dan pengimarahan masjid untuk manfaat seluruh umat Islam.

πŸ“– Ayuh sama-sama kita luangkan masa menghadiri majlis ilmu, bacaan Yasin & tahlil, kelas mengaji, pengajian hadis, pengajian tafsir, pengajian fardhu ain serta program-program khas yang telah dirancang.

Rasulullah SAW bersabda:
β€œSesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” (Riwayat Muslim)

Jangan biarkan kesibukan dunia menghalang kita daripada mengisi hati dengan ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Setiap langkah ke masjid adalah ibadah, setiap majlis ilmu adalah pelaburan untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

🀲 Kami menjemput seluruh ahli kariah, penduduk sekitar Desa Kastam Sepanggar serta masyarakat setempat untuk bersama-sama memakmurkan rumah Allah. Hadirlah bersama keluarga, anak-anak dan sahabat handai.

Semoga dengan kehadiran kita, Masjid Al-Abid terus hidup dengan majlis ilmu, ukhuwah semakin erat, dan kita semua dikurniakan keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.

🀲 π€π‹π‡π€πŒπƒπ”π‹πˆπ‹π‹π€π‡ | ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐀𝐋-π€ππˆπƒ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘π‰π€π˜π€ πƒπˆπ‹π€πŠπ’π€ππ€πŠπ€πSegala puji bagi Allah SWT. Alhamdulilla...
19/07/2026

🀲 π€π‹π‡π€πŒπƒπ”π‹πˆπ‹π‹π€π‡ | ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐀𝐋-π€ππˆπƒ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘π‰π€π˜π€ πƒπˆπ‹π€πŠπ’π€ππ€πŠπ€π

Segala puji bagi Allah SWT. Alhamdulillah, Program Hari Keluarga Masjid Al-Abid 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dalam suasana harmoni, ceria dan penuh ukhuwah.

Program ini bukan sekadar medan untuk bergembira bersama keluarga, malah menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan dengan Allah Ψ­Ψ¨Ω„ Ω…Ω† Ψ§Ω„Ω„Ω‡ melalui pengimarahan masjid dan kesyukuran atas segala nikmat-Nya, di samping mengeratkan hubungan dengan sesama manusia Ψ­Ψ¨Ω„ Ω…Ω† Ψ§Ω„Ω†Ψ§Ψ³ dengan memupuk kasih sayang, saling mengenali, bekerjasama serta memperkukuhkan silaturahim dalam kalangan ahli kariah.

Antara pengisian program ialah sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah dan exchange gift.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa, urus setia, serta seluruh jemaah yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk, sama ada kewangan, barangan, tenaga mahupun masa.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang diterima Allah SWT dan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Semoga semangat kebersamaan ini terus dipelihara, agar Masjid Al-Abid sentiasa menjadi pusat penyatuan ummah, tempat menyuburkan keimanan serta mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dan mempertemukan kita lagi dalam program-program yang akan datang.

β€œSatukan Ukhuwah, Eratkan Keluarga, Muliakan Masjid.” πŸ’š

Sabtu, 11 Julai 2026 - Suasana Kelas Bimbingan Ilmu Fardhu Ain yang dibimbing oleh Ustaz Mahadi bin Muchtar. Kelas ini d...
13/07/2026

Sabtu, 11 Julai 2026 - Suasana Kelas Bimbingan Ilmu Fardhu Ain yang dibimbing oleh Ustaz Mahadi bin Muchtar.

Kelas ini diadakan setiap sabtu minggu ke-2 & 4. Bermula jam 10 pagi hingga waktu zuhur.

Kelas percuma dan terbuka untuk semua jemaah.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ & πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŸƒAlhamdulillah, pada Khamis, 9 Julai 2026, telah berlangsung dengan jayanya M...
09/07/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ & πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŸƒ

Alhamdulillah, pada Khamis, 9 Julai 2026, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat di Masjid Al-Abid, Desa Kastam Sepanggar.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di samping memohon keberkatan, keselamatan, kesejahteraan dan rahmat buat seluruh jemaah serta kaum muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita.

Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir dan menyumbang dalam majlis ini.

Semoga segala amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT, segala doa dimakbulkan, dan ukhuwah sesama kita terus diperkukuhkan. 🀲🏼

Assalammualaikum semua jemaah. Selamat berhujung minggu.Jemput hadir pengajian Hadith 40 Imam Nawawi malam ini selepas m...
04/07/2026

Assalammualaikum semua jemaah. Selamat berhujung minggu.

Jemput hadir pengajian Hadith 40 Imam Nawawi malam ini selepas maghrib.

Bersama kita ambil keberkatan & manfaat majlis ilmu.

Address

Jalan Sepanggar
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Abid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Abid:

Shortcuts

Share