PCS Bandaraya

PCS Bandaraya Protestant Church in Sabah (PCS) Bandaraya Sejarah pelayanan PCS Bandaraya di Kota Kinabalu.

Gereja PCS Bandaraya (dahulu dikenali sebagai PCS Sinsuran) adalah salah satu gereja di Parokhi Kota Kinabalu, Sabah. Pelayanan gereja PCS di Kota Kinabalu bermula sekitar tahun 1984-1985. Pada mulanya pelayanan PCS bermula dengan meminjam Gereja Basel Likas. Ketika itu, anggota PCS menjalankan ibadah bermula pada pukul 2.00pm. Pada masa itu, hanya ada satu sesi ibadah iaitu ibadah dalam bahasa Ru

ngus. Memandangkan pelayanan PCS masih belum mempunyai bangunan/tempatnya sendiri, maka pada waktu itu belum diiktiraf sebagai paroki tetapi hanya dikenali sebagai Persekutuan Anggota PCS.Pelayanan Persekutuan Anggota PCS di Gereja Basel Likas tidak dapat kekal lama. Sehinggalah pada tahun 1986, persekutuan anggota PCS telah diminta berpindah ke Bukit Bendera (Chapel Seminari Teologi Sabah sekarang) hingga 1990. Oleh kerana tempat ini (Bukit Bendera) juga adalah milik Gereja Basel, mungkin hal ini telah membuka minda para anggota PCS untuk mencari dan mendapatkan sebuah bangunan/tempat yang tetap untuk membolehkan pelayanan gereja PCS dapat berkembang dengan lebih jauh lagi. Akhirnya pada bulan Oktober 1990, jemaah PCS telah berpindah lagi iaitu di Bandar Kota Kinabalu yang terletak di Kompleks Sinsuran dan bangunan ini dimiliki oleh PCS sendiri. Bermula dari detik ini, barulah gereja PCS Kota Kinabalu diiktiraf sebagai Paroki Kota Kinabalu.

Address

Tingkat 4, Lot 4&5, Blok N, Kompleks Sinsuran, Jalan 19
Kota Kinabalu
88000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PCS Bandaraya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to PCS Bandaraya:

Shortcuts

Share

Category