05/08/2026
πΈπΉπΉππΉπΉπΈ
_Rabu, 05hb. Ogos 2026_
_*MINGGU BIASA KE-18*_
_Dedication of St Mary Major_
_*Bacaan Pertama*_
_Yer 31: 1-7_
_*Bacaan Injil*_
_Mat 15: 21-28_
_Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke kawasan dekat bandar Tirus dan Sidon. Seorang wanita Kanaan yang tinggal di kawasan itu datang kepada Yesus dan berseru, "Anak Daud, Kasihanilah saya! Anak perempuan saya dirasuk oleh roh jahat dan keadaannya amat teruk." Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. Pengikut-pengikut-Nya datang dan memohon kepada-Nya, "Suruhlah wanita ini pergi. Dia mengikut kita dan membuat bising sahaja!" Yesus berkata kepada wanita itu, *"Aku diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat."* Mendengar kata-kata itu, wanita itu menghampiri Yesus dan sujud di hadapan-Nya. Dia berkata, "Tuan, tolonglah saya." Tetapi Yesus menjawab, *"Tidaklah patut mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya kepada anjing."* "Betul, tuan," jawab wanita itu, "tetapi anjing pun makan sisa yang jatuh dari meja tuannya." Oleh itu Yesus berkata kepadanya, *"Kamu seorang wanita yang sungguh percaya kepada-Ku! Apa yang kamu kehendaki akan berlaku!"* Pada saat itu juga anak wanita itu sembuh._
πΉπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΉ
_*Renungan Singkat*_
_Sebelum marak sistem tiket online, kita tentu pernah berbaris di sebuah kaunter tiket, misalnya untuk mendapatkan tiket konsert atau tiket keretapi. Pastinya ada saja orang yang mencoba menyelak atau memotong barisan. Atau mungkin ada ibu-ibu yang membawa anak kecil sehingga kita merasa kasihan lalu mempersoalkan mereka lebih dahulu._
_Perampuan Kanaan juga "memotong barisan" datang kepada Yesus dengan permohonan mendesak. Ia memohon kesembuhan puterinya yang menderita kerasukan setan. Ia berteriak memohon belas kasihan Yesus. Awalnya Yesus menolak dengan diam sahaja. pengikut-pengikut-Nya berusaha menyuruh perampuan itu pergi kerana mengganggu. Bahkan Yesus malah berkata, "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel. Namun, perampuan Kanaan ini tidak sedikit pun rasa sakit hati ketika mendapat diskriminasi seperti itu. Ia hanya melihat Yesus sebagai satu-satunya harapan; dan harapan itu sungguh tidak mengecewakan, puterinya disembuhkan._
_Pernahkah merasa doa kita tidak didengar? Pernahkah merasa kita"bukan siapa-siapa"? Teruslah bertekun dalam doa, datanglah kepada Tuhan dengan rendah hati, dan percaya bahawa Ia akan mendengar dan bertindak sesuai dengan kehendak-Nya yang terbaik. Iman kita, sekecil apapun, boleh menghasilkan keajaiban jika kita meletakkan sepenuhnya di tangan Yesus._
_*π doa π*_
_Ya Tuhan, terima kasih atas kasih-Mu yang tak terhingga buat kami. Kuatkanlah iman kami agar kami selalu bertekun dalam doa dan mencari wajah-Mu. Semoga hati kami sentiasa terbuka untuk belas kasih-Mu yang menyembuhkan. Amin_