21/08/2026
✨ ALHAMDULILLAH, TERUS MELANGKAH BERSAMA AL-QURAN ✨
Tahniah dan syabas kepada para pelajar atas pencapaian hafazan yang telah berjaya diraih. Setiap juzuk yang dihafal merupakan hasil daripada usaha, kesabaran, pengorbanan dan istiqamah dalam menjaga kalam Allah SWT. 📖🤍
Perjalanan masih panjang, namun setiap langkah yang dilakukan hari ini pasti membawa mereka semakin dekat kepada impian menjadi Hafiz Al-Quran 30 Juzuk. 🤲🏻
Semoga Allah SWT terus mempermudahkan hafazan mereka, menguatkan ingatan, menambahkan semangat dan menjadikan Al-Quran sebagai cahaya dalam kehidupan mereka.
Terima kasih kepada para guru, ibu bapa dan para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan serta mendoakan anak-anak ini dalam perjalanan mereka bersama Al-Quran.
Teruskan melangkah, jangan pernah berhenti. Hafazan hari ini, insya-Allah menjadi bekalan dunia dan akhirat.
Mari bantu madrasah kami untuk melahirkan para huffaz yang beramal dengan alquran
sila tekan link kami :
https://maahadassohabah.onpay.my/order/form/infaq