KTM Wilayah SHCKK

KTM Wilayah SHCKK IG ktm.wilayahshckk

26/08/2026

Pedoman Hidup No. 76

Setiap hari adalah kesempatan untuk memulai dengan hati yang baru dan perkataan yang menjadi berkat. Kiranya hari ini kita menjaga setiap kata yang keluar dari lidah kita—bukan untuk melukai, tetapi untuk membangun, menghibur, menguatkan dan memuliakan Tuhan.

“Setiap kata sia-sia yang diucapkan orang, harus dipertanggungjawabkannya.”
— Matius 12:36

Mari memulai hari ini dengan perkataan yang membawa kasih, pengharapan dan kehidupan.
Tuhan memberkati setiap langkah dan perkataan kita hari ini. 🙏


😇

20/08/2026

Kasih yang Mengalir dari Allah

Kasih Allah bukan sekadar sesuatu yang kita terima, tetapi kasih Ilahi yang mengalir dari hati Bapa, melalui Putera, dalam Roh Kudus. Kita dikasihi bukan kerana kita layak, tetapi kerana Allah terlebih dahulu mengasihi kita. Kasih itu dicurahkan dengan cuma-cuma melalui Yesus Kristus. ✝️

Hari ini, bukalah hati untuk menerima kasih-Nya, tinggal dalam kasih-Nya, dan membagikan kasih itu kepada sesama. ❤️

Tuhan, ajarlah kami menyedari betapa dalam kasih-Mu dan hidup dalam kasih itu setiap hari. 🙏

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA BUNDA MARIA DIANGKAT KE SYURGA Hari ini kita merayakan dengan penuh sukacita kemuliaan Bunda...
15/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA BUNDA MARIA DIANGKAT KE SYURGA

Hari ini kita merayakan dengan penuh sukacita kemuliaan Bunda Maria yang diangkat ke Syurga dengan jiwa dan raganya. Sebagai Bunda yang mengandung Putera Allah dalam rahimnya yang murni, Maria menerima anugerah istimewa untuk turut mengambil bahagian dalam kemuliaan Syurga. 🌹✨

Bunda Maria dalam kasih keibuannya, sentiasa membawa kita lebih dekat kepada Puteranya, Yesus Kristus dan menyertai kita dengan doa serta perlindungannya. 🙏

Marilah kita meneladani iman, kerendahan hati dan ketaatan Bunda Maria serta menyerahkan setiap perjalanan hidup kita ke dalam pemeliharaan dan kasih keibuannya. 💙

🌹

13/08/2026

Pertemuan Sel BMBS 12 Ogos 2026

Dalam Kristus, kita bukan sekadar berkumpul, tetapi dipanggil untuk menjadi satu keluarga untuk saling mengasihi, menguatkan, mendoakan dan bertumbuh bersama dalam iman.

Di setiap pertemuan, tawa, pelayanan dan doa, kita belajar bahawa perjalanan iman menjadi lebih indah apabila dilalui bersama. 🫶🏻

Semoga komuniti ini terus menjadi ruang untuk kita mengenal Kristus, mengalami kasih-Nya dan membawa kasih kepada sesama.

SEL BMBS | Komuniti Tritunggal Mahakudus

26/07/2026

Syukur dan Puji Tuhan atas penyertaan, kasih dan semangat pelayanan yang telah dikongsikan bersama. ✨

Terima kasih kepada semua ahli KTM Wilayah SHCKK dan LOM yang telah hadir, membantu dan bersama-sama melayani dalam Perjamuan Warga Emas yang juga bersempena Hari Sedunia untuk Datuk, Nenek dan Warga Tua. ❤️🙏

Ucapan terima kasih teristimewa kepada Monsignor Nicholas Stephen, Rektor Paroki SHCKK, yang turut meluangkan masa bersama-sama memeriahkan dan memberkati perayaan ini. ✝️

Warga emas dan KTM serta LOM yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Jun - Ogos turut diraikan. Semoga Tuhan terus memberikan kesihatan yang baik, sukacita, damai sejahtera dan berkat yang melimpah dalam setiap langkah kehidupan.

"Tidak semua dari kita bisa melakukan hal-hal besar. Tetapi kita bisa melakukan hal-hal kecil dengan kasih yang besar”. — St. Teresa 🤍

Semoga semangat kasih, pelayanan dan persaudaraan ini terus mekar dalam komuniti kita. Tuhan memberkati kita semua. 🙏💒👵👴✨

🌸 JEMPUTAN KEPADA WARGA EMAS SHCKK 🌸 Shallom dan Salam Damai !🙏❤️Dengan penuh kasih dan sukacita, KTM & LOM ingin menjem...
20/07/2026

🌸 JEMPUTAN KEPADA WARGA EMAS SHCKK 🌸

Shallom dan Salam Damai !🙏❤️

Dengan penuh kasih dan sukacita, KTM & LOM ingin menjemput semua warga emas SHCKK untuk bersama-sama di dalam Fellowship Perjamuan Warga Emas yang juga bersempena Hari Datuk, Nenek dan Warga Emas Sedunia

📅 26 Julai 2026 (Ahad)
🕧 12.30 tengah hari
📍Sayap Kanan, Sacred Heart Parish Centre (Selepas Misa Kudus BM

✨ Tema:
Aku tidak akan melupakanmu - (Yesaya 49:15)

Marilah kita bersama-sama berkumpul dalam suasana penuh kasih, persaudaraan dan kesyukuran sambil meraikan para datuk, nenek dan warga emas yang amat kita hargai dan kasihi.

🌹 Kehadiran anda akan menjadi berkat dan kegembiraan buat kita semua.

Jumpa anda di sana! 😊🙏 💖

Pertemuan & Mesyuarat Sel Inti Para Pelayan Wilayah SHCKK 2026-2028Syukur kepada Tuhan atas penyertaan-Nya di dalam Pert...
05/07/2026

Pertemuan & Mesyuarat Sel Inti Para Pelayan Wilayah SHCKK 2026-2028

Syukur kepada Tuhan atas penyertaan-Nya di dalam Pertemuan dan Mesyuarat Sel Inti yang pertama kalinya bagi para pelayan Wilayah SHCKK Sesi 2026-2028 yang telah diadakan sebentar tadi.

Mohon agar seluruh anggota KTM Wilayah SHCKK turut sama mendoakan perjalanan dan pelayanan para pelayan, agar sentiasa dipimpin oleh Roh Kudus, dikurniakan kebijaksanaan, kerendahan hati dan ketabahan dalam melaksanakan perjalanan pelayanan ini.

Semoga segala yang telah dibincangkan dan direnungkan bersama dalam mesyuarat tadi akan membuahkan hasil yang baik demi membangun komuniti KTM yang semakin bersatu, bertumbuh dalam iman dan setia dalam pelayanan sesuai dengan rencana-Nya.

“Jikalau TUHAN tidak membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya: jikalau bukan TUHAN yang mengawal kota, sia-sialah pengawal berjaga-jaga.” (Mazmur 127:1)

Semoga Tuhan terus memberkati dan menyertai setiap langkah pelayanan kita semua. ❤️🙏

Ucapan Proficiat Kepada Dewan Pelayan Sel St. Gabriel the Archangel (SGTA) 2026 - 2028Proficiat dan tahniah atas pemilih...
04/07/2026

Ucapan Proficiat Kepada Dewan Pelayan Sel St. Gabriel the Archangel (SGTA) 2026 - 2028

Proficiat dan tahniah atas pemilihan sebagai AJKT Dewan Pelayan Sel SGTA✨🙏🏻

Pelayan Sel : Esther Elish⁩
Wakil Pelayan : Ana Mastura Laimin⁩
Bendahari : Arcelleny Melcy Tommy

Semoga tanggungjawab yang diberikan ini menjadi satu panggilan untuk melayani dengan penuh kerendahan hati, kasih dan kesetiaan kepada Tuhan serta komuniti. Kiranya Roh Kudus sentiasa membimbing setiap langkah, mengurniakan kebijaksanaan dalam memimpin, kekuatan dalam melayani dan semangat persaudaraan dalam membina komuniti yang semakin bertumbuh dalam iman.

Ingatlah bahawa seorang pelayan dipanggil bukan untuk dilayani, tetapi untuk melayani dan menjadi saksi kasih Kristus kepada sesama.

“Sesiapa yang ingin menjadi besar dalam kalangan kamu, hendaklah dia menjadi pelayanmu.” - *Matius 20:26*.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga barisan pelayan sel SGTA Sesi 2023 - 2026 yang sudah bersama mengemudikan sel dengan baik. Tuhan Memberkati !

😇
❤️

Ucapan Proficiat Kepada Dewan Pelayan Sel St. John of the Cross (SJtC) 2026 - 2028Proficiat dan tahniah atas pemilihan s...
27/06/2026

Ucapan Proficiat Kepada Dewan Pelayan Sel St. John of the Cross (SJtC) 2026 - 2028

Proficiat dan tahniah atas pemilihan sebagai AJKT Dewan Pelayan Sel SJtC ✨🙏🏻

Pelayan Sel : Betty Stephen⁩
Wakil Pelayan : Jalilah Jaldin
Bendahari : Lizula Frederick

Semoga tanggungjawab yang diberikan ini menjadi satu panggilan untuk melayani dengan penuh kerendahan hati, kasih dan kesetiaan kepada Tuhan serta komuniti. Kiranya Roh Kudus sentiasa membimbing setiap langkah, mengurniakan kebijaksanaan dalam memimpin, kekuatan dalam melayani dan semangat persaudaraan dalam membina komuniti yang semakin bertumbuh dalam iman.

Ingatlah bahawa seorang pelayan dipanggil bukan untuk dilayani, tetapi untuk melayani dan menjadi saksi kasih Kristus kepada sesama.

“Sesiapa yang ingin menjadi besar dalam kalangan kamu, hendaklah dia menjadi pelayanmu.” - Matius 20:26.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga barisan pelayan sel SJtC Sesi 2023 - 2026 yang sudah bersama mengemudikan sel dengan baik. Tuhan Memberkati !

* 😇
*❤️

Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KTM Wilayah SHCKK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to KTM Wilayah SHCKK:

Shortcuts

Share