Syarqawiy Darul Quran MAIK

Syarqawiy Darul Quran MAIK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syarqawiy Darul Quran MAIK, Religious organisation, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.

๐Ÿ“š Persatuan Mahasiswa Darul Quran MAIK
โœจ DQM Sejahtera, Siswa Siswi Menggamit Dunia
๐Ÿ“ Pewaris Harapan, Penerus Perjuangan
๐Ÿ“ž Hubungi kami: [email protected]

Tahun Baharu, Lembaran BaharuMelangkah ke hadapan dengan keazaman, integriti dan tawakal.Semoga tahun ini lebih baik dar...
01/01/2026

Tahun Baharu, Lembaran Baharu

Melangkah ke hadapan dengan keazaman, integriti dan tawakal.
Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.

โœจ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ ๐’๐„๐‘๐”๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐๐”๐€๐“ ๐๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‰๐”๐€๐๐† ๐’๐”๐Š๐€๐‘๐„๐‹๐€๐–๐€๐ ๐†๐‹๐Ž๐๐€๐‹ ๐’๐”๐Œ๐”๐ƒ ๐…๐‹๐Ž๐“๐ˆ๐‹๐‹๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจโ€œYa Allah, permudahkanlah urusan mereka, kuatkanla...
03/10/2025

โœจ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ ๐’๐„๐‘๐”๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐๐”๐€๐“ ๐๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‰๐”๐€๐๐† ๐’๐”๐Š๐€๐‘๐„๐‹๐€๐–๐€๐ ๐†๐‹๐Ž๐๐€๐‹ ๐’๐”๐Œ๐”๐ƒ ๐…๐‹๐Ž๐“๐ˆ๐‹๐‹๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

โ€œYa Allah, permudahkanlah urusan mereka, kuatkanlah hati mereka, lindungilah mereka daripada kezaliman musuh, dan sampaikanlah mereka kepada tujuan mulia demi Palestin. Jadikanlah perjuangan mereka sebagai bukti cinta kepada kebenaran dan syahid di jalan-Mu.โ€

๐Ÿคฒ Teruskan doa dan sokongan kita, kerana doa adalah senjata mukmin, dan solidariti adalah kekuatan umat.





๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐”๐“๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐’ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ ๐™๐ˆ๐Ž๐๐ˆ๐’ ๐€๐“๐€๐’ ๐‚๐”๐๐€๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐๐†๐†๐€๐†๐€๐‹๐Š๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐’๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€๐€๐ ๐†๐‹๐Ž๐๐€๐‹ ๐’๐”๐Œ๐”๐ƒ ๐…๐‹๐Ž๐“๐ˆ๐‹๐‹...
03/10/2025

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€

๐Š๐”๐“๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐’ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ ๐™๐ˆ๐Ž๐๐ˆ๐’ ๐€๐“๐€๐’ ๐‚๐”๐๐€๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐๐†๐†๐€๐†๐€๐‹๐Š๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐’๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€๐€๐ ๐†๐‹๐Ž๐๐€๐‹ ๐’๐”๐Œ๐”๐ƒ ๐…๐‹๐Ž๐“๐ˆ๐‹๐‹๐€ (๐†๐’๐…) ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐‘๐„๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Pihak Syarqawiy mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim rejim Zionis yang telah menyekat misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) serta menahan sukarelawan antarabangsa termasuk warganegara Malaysia.

Misi ini semata-mata bertujuan menyalurkan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas kepada rakyat Palestin yang tertindas akibat sekatan tidak berperikemanusiaan. Ia bukan provokasi, bukan peperangan, dan tidak mempunyai agenda politik atau ketenteraan. Sekatan terhadap misi aman ini jelas membuktikan keangkuhan Zionis menafikan hak hidup rakyat Palestin serta menindas mereka yang ingin membantu.

Tindakan menahan sukarelawan tanpa bersenjata merupakan pencabulan undang-undang antarabangsa, prinsip hak asasi manusia dan nilai kemanusiaan sejagat.

Sehubungan itu, kami menuntut:

1. Pembebasan segera semua sukarelawan yang ditahan tanpa syarat.
2. Penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva.
3. Tindakan tegas daripada PBB, OIC, kerajaan dunia serta masyarakat antarabangsa untuk menghentikan sekatan kejam terhadap Palestin.
4. Solidariti berterusan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia bagi menyokong perjuangan Palestin.

Kami menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak dibela seperti mana-mana bangsa lain. Rejim Zionis tidak berhak menyekat atau mengugut misi kemanusiaan. Setiap tindakan zalim mereka hanya mengukuhkan kebencian masyarakat antarabangsa terhadap keangkuhan Zionis.

Kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin serta menyatakan sokongan penuh kepada semua sukarelawan yang berani mempertaruhkan keselamatan demi kemanusiaan ini. Perjuangan ini akan diteruskan sehingga Palestin benar-benar bebas daripada penjajahan dan penindasan.

SYARQAWIY DARUL QURAN MAIK
3 OKTOBER 2025 | 10 RABIโ€™UL AKHIR 1447

29/09/2025

๐๐„๐‘๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‰๐ˆ๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐„๐‘ ๐Ÿ‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐„๐ˆ-๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ โœจ๐ŸŽ“

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya, kita bakal melangkah ke fasa penting dalam perjalanan akademik, iaitu Ujian Akhir Semester 3 bagi Sesi Pengajian Mei โ€“ September 2025, yang akan berlangsung bermula 30 September sehingga 14 Oktober 2025.

Sidang mahasiswa yang dikasihi,
Ujian akhir semester bukanlah sekadar ukuran pencapaian akademik, tetapi ia adalah medan ujian kesabaran, kesungguhan, dan keutuhan jiwa seorang mahasiswa. Setiap helaian kertas soalan yang bakal ditempuhi bukan hanya menilai hafalan, bahkan turut menguji daya fikir, ketelitian, dan keupayaan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.

Saya menyeru kepada semua mahasiswa agar menghadapi peperiksaan dengan persediaan yang rapi, kebergantungan yang utuh kepada Allah SWT, serta keyakinan diri yang tinggi. Ingatlah bahawa usaha gigih hari ini adalah bekalan yang akan menentukan arah kejayaan esok.

Marilah sama-sama kita jadikan ujian ini sebagai ruang untuk memperkukuh disiplin diri, memperkemas strategi belajar, dan memperteguh doa serta tawakal. Semoga segala titik peluh dan usaha yang dicurahkan akan diberi ganjaran kejayaan yang cemerlang oleh Allah SWT.

Akhir kalam, saya mewakili kepimpinan Syarqawiy mendoakan agar seluruh mahasiswa dipermudahkan urusan, dikurniakan ketenangan fikiran, serta diberi kekuatan untuk menjawab dengan baik sepanjang peperiksaan.

โ€œ๐™ˆ๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™‚๐˜ผ๐™ ๐™…๐™„๐™’๐˜ผ, ๐™ˆ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™๐™๐˜ผ๐™‰๐™Ž๐™๐™Š๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐™„, ๐™ˆ๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ƒ๐™„๐™๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™Ž๐™’๐˜ผ ๐™Ž๐™€๐™…๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™€๐™๐˜ผโ€

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

*Presiden*
Syarqawiy Darul Quran MAIK

https://www.instagram.com/p/DPMPJJdk5GM/?igsh=MTc5eWw4b3lmbzFnMQ==

28/09/2025

๐€๐‹๐‹๐€๐‡๐”๐€๐Š๐๐€๐‘!

๐Œ๐„๐‘๐€๐…๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐„๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐€๐

๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐Œ๐€๐ƒ ๐• ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐Š๐„-๐Ÿ“๐Ÿ” (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Œ / ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡)

โ€œ๐ผ๐‘†๐ฟ๐ด๐‘€ ๐ท๐ผ๐ฝ๐‘ˆ๐‘๐ฝ๐‘ˆ๐‘๐บ, ๐‘…๐ด๐พ๐‘Œ๐ด๐‘‡ ๐ต๐ธ๐‘…๐‘†๐ด๐‘‡๐‘ˆ, ๐‘๐ธ๐บ๐ธ๐‘…๐ผ ๐ต๐ธ๐‘…๐พ๐ด๐‘‡, ๐‘…๐ด๐ฝ๐ด ๐ต๐ธ๐‘…๐ท๐ด๐‘ˆ๐ฟ๐ด๐‘‡โ€

โ€œ๐‘†๐ธ๐‘€๐‘‚๐บ๐ด ๐ด๐ฟ๐ฟ๐ด๐ป ๐‘€๐ธ๐ฟ๐ผ๐‘๐ท๐‘ˆ๐‘๐บ๐ผ ๐‘‡๐‘ˆ๐ด๐‘๐พ๐‘ˆ ๐ท๐‘ˆ๐‘๐ผ๐ด ๐ท๐ด๐‘ ๐ด๐พ๐ป๐ผ๐‘…๐ด๐‘‡โ€

Yang Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih:

Seluruh warga Syarqawiy Darul Quran MAIK





๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ• ๐‡ || ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ŒโœจSegala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Majli...
23/09/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ• ๐‡ || ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œโœจ

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M Peringkat Masjid Al Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra telah berlangsung dengan penuh jayanya.

Program ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Afifi bin Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra dan disertai oleh Penghuni Rumah Kebajikan Darul Aitam MAIK, para pelajar Darul Quran MAIK serta komuniti setempat.

Turut hadir memeriahkan majlis YBrs. Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam MAIK.

Dikesempatan ini juga kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pihak Masjid Al Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra kerana sudi menjemput kami untuk bersama-sama menyertai dan memeriahkan Program Maulidur Rasul 1447H/2025M.

Jemputan dan layanan mesra yang diberikan amat kami hargai. Semoga kerjasama dan ukhuwah yang terjalin ini terus diberkati Allah SWT serta menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita semua kepada Rasulullah SAW.

Sekian, terima kasih.
Syarqawiy Darul Quran MAIK

๐๐„๐‘๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…Assalamualaikum warahmatu...
15/09/2025

๐๐„๐‘๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita diberi peluang untuk bersama-sama menyambut Hari Malaysia kali ke-62 pada tanggal 16 September 2025.

Hari Malaysia merupakan detik bersejarah yang memperingati penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara berdaulat bernama Malaysia. Ia adalah manifestasi kebersamaan, semangat perjuangan, serta pengorbanan para pejuang dan pemimpin terdahulu demi membina sebuah negara yang aman, makmur, dan harmoni.

Sebagai warga Syarqawiy, kita perlu menjadikan sambutan ini sebagai medan untuk memperkukuh rasa cinta kepada tanah air, menanam nilai kesatuan dalam kepelbagaian, serta mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama. Sesungguhnya, Malaysia adalah rumah kita bersama yang harus dipelihara dengan penuh rasa tanggungjawab.

Marilah kita terus menghayati makna sebenar โ€œMalaysia Madani: Rakyat Disantuniโ€, selaras dengan semangat yang perlu dipupuk dalam jiwa generasi muda agar mereka menjadi pewaris bangsa yang unggul, berilmu, berakhlak, dan berwawasan.

Akhir kata, semoga sambutan Hari Malaysia kali ini menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan kecintaan kita terhadap tanah air tercinta.
Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-62.

Sekian, wassalam.

Presiden,
Syarqawiy Darul Quran MAIK




๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ โœจBagi pihak Syarqawiy, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga Majli...
09/09/2025

๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ โœจ

Bagi pihak Syarqawiy, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atas kejayaan yang amat membanggakan ini.

MAIK telah diumumkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 bagi kategori Inovasi Pengurusan Kewangan menerusi projek MyMAIK Dashboard.

Lebih membanggakan lagi, MAIK turut muncul sebagai Pemenang Persembahan Terbaik bagi Pertandingan Inovasi kategori KIK Horizon Baharu Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 dengan tajuk projek โ€œProgram Penarafan Masjid Negeri Kelantanโ€.

Sesungguhnya pencapaian ini adalah hasil usaha gigih, dedikasi, serta kerjasama padu seluruh warga MAIK. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mengorak langkah dalam memperkasa kecemerlangan ummah.

Presiden,
Syarqawiy Darul Quran MAIK




๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ โœจDengan penuh rasa syukur dan sukacita, pihak Syarqawiy Darul Quran MAIK merakamkan setinggi-tinggi ucapa...
09/09/2025

๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ โœจ

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, pihak Syarqawiy Darul Quran MAIK merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua tokoh hebat dari Negeri Kelantan, iaitu Tuan Guru Syiekh Wazir bin Che Awang dan Encik Khairul Amin bin Kamarulzaman, kerana telah berjaya merangkul Anugerah Maulidurrasul SAW Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2025 Masihi.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi buat seluruh umat Islam untuk terus meneladani sunnah Nabi Muhammad SAW serta memperkukuhkan lagi usaha dakwah, pendidikan, dan penyebaran syiar Islam di tanah air tercinta.

โ€œMembangun Ummah Madaniโ€

Presiden
Syarqawiy Darul Quran MAIK




๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—™๐—”๐—ญ๐—”๐—ก [ ๐Ÿฌ๐Ÿญ & ๐Ÿฌ๐Ÿฎ ๐—ข๐—™ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—ค๐—”๐—ช๐—œ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฆ ]
07/09/2025

๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—  ๐—›๐—”๐—™๐—”๐—ญ๐—”๐—ก
[ ๐Ÿฌ๐Ÿญ & ๐Ÿฌ๐Ÿฎ ๐—ข๐—™ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—ค๐—”๐—ช๐—œ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฆ ]

Address

Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kota Bharu
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syarqawiy Darul Quran MAIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share