Masjid Al-Husna Baung Bayam Rasmi

Masjid Al-Husna Baung Bayam Rasmi FB Page Rasmi Masjid Al-Husna Baung Bayam βœ…:
πŸ“° Info & Aktiviti Terkini Masjid
πŸ“Ί Live Kuliah Maghrib
πŸ•Œ Pejabat, 9.30 a.m - 2 p.m

πŸŒ™ Pagi Penuh Semangat, Malam Penuh Hikmah πŸŒ™Alhamdulillah, kemeriahan Karnival Patriotik & Malam Kebudayaan Islam Peringk...
26/08/2026

πŸŒ™ Pagi Penuh Semangat, Malam Penuh Hikmah πŸŒ™

Alhamdulillah, kemeriahan Karnival Patriotik & Malam Kebudayaan Islam Peringkat Masjid Baung Bayam diteruskan pada sebelah malam dengan pengisian yang penuh keberkatan dan hikmah.

Program Malam Kebudayaan Islam dimulakan dengan perarakan sambil berselawat pada jam 6.00 petang, menghidupkan suasana dengan alunan selawat serta semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🀍

Seterusnya, para jemaah dan warga Baung Bayam berkesempatan mengikuti Kuliah Maghrib Perdana dan Sambutan Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Fadhil Dato’ Haji Fauzi Mustaffa, personaliti dakwah TV dan radio.

Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan selawat bersama-sama, sebelum ditutup dengan jamuan makan malam yang mengeratkan lagi silaturahim antara seluruh warga yang hadir. 🀲🏻✨

Semoga majlis yang penuh dengan selawat, ilmu dan kebersamaan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta terus menyemarakkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ﷺ ❀️

MASJID AL-HUSNA, MASJID KITA BERSAMA

Alhamdulillah, Karnival Patriotik & Malam Kebudayaan Islam Peringkat Masjid Baung Bayam telah berlangsung dengan lancar ...
26/08/2026

Alhamdulillah, Karnival Patriotik & Malam Kebudayaan Islam Peringkat Masjid Baung Bayam telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah pada 25 Ogos 2026, bermula jam 7.30 pagi, bertempat di Dewan Terbuka Masjid Al-Husna Baung Bayam. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ™

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Rohani Ibrahim, YB Dr. Hafidzah Mustakim serta wakil Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan atas kesudian hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini.

Terima kasih juga kepada seluruh warga Baung Bayam dan semua yang hadir memberikan sokongan serta menyertai pelbagai acara yang telah dianjurkan. Tidak dilupakan, penghargaan buat semua pihak yang telah bertungkus-lumus, berkorban masa dan tenaga dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. πŸ‘πŸ»

Antara acara menarik yang diadakan ialah:

πŸ€ΈπŸ»β€β™€οΈ Senamrobik khas warga emas
πŸ‡²πŸ‡Ύ Nyanyian lagu-lagu patriotik
🚲 Perarakan basikal berhias mengelilingi Kampung Baung Bayam
🎨 Pertandingan mewarna
🍚 Pertandingan menghias pulut bertemakan Merdeka
πŸ‘— Pertandingan fesyen Merdeka
πŸ“œ Pertandingan mendeklamasikan Rukun Negara

Semoga segala usaha dan inisiatif pihak masjid ini terus menjadi wadah dalam menyemai semangat patriotisme, perpaduan dan rasa cinta akan negara dalam diri seluruh warga Baung Bayam, khususnya generasi muda.

Bersama kita semarakkan semangat Merdeka, suburkan perpaduan dan cintakan Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

MASJID AL-HUSNA, MASJID KITA BERSAMA

26/08/2026
16/08/2026

Kuliah Maghrib

12/08/2026

Kuliah Maghrib oleh al-fadhil
Ustaz Dr Saufi

11/08/2026

Kuliah Maghrib oleh al-fadhil
Ustaz Abdul Aziz

09/08/2026

Kuliah Maghrib bersama al-fadhil
Ustaz Masri

06/08/2026

Kuliah Maghrib Perdana
bersama al-fadhil
Maulana Dato' Wan Helmi

05/08/2026

Kuliah Maghrib bersama al-fadhil
Ustaz Ropein

Address

Persiaran Husna, Kampung Baung Bayam
Kota Bharu
15200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Husna Baung Bayam Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Husna Baung Bayam Rasmi:

Shortcuts

Share

Category