Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu

Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu Dimiliki oleh: Pendidikan Aman Sdn Bhd
No Syarikat: 199801017342 (473471-U)

SRI Aman ditubuhkan sejak 1991 dgn aspirasi melahirkan generasi rabbani yg generasi berilmu, beramal soleh, berakhlak mulia, berketerampilan & menyumbang kpd pembinaan negara.

31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026 | Jiwa Merdeka, Negara Berdaulat

Kemerdekaan adalah anugerah yang perlu kita hayati dengan penuh kesyukuran. Marilah bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara, memperkukuh perpaduan dan melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berjiwa patriotik.

โœจ โ€œMerdeka bukan sekadar bebas, tetapi tanggungjawab untuk membina negara yang lebih gemilang.โ€

Daripada seluruh warga
๐Ÿซ SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Kebangsaan ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Jiwa Merdeka โ€ข Rakyat Bersatu โ€ข Malaysia Maju โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿ“šโœจ TAKLIMAT MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) 2026 โœจ๐Ÿ“šAlhamdulillah pada hari ini 27 Ogos 2026, Jabatan Kurikulum sekol...
27/08/2026

๐Ÿ“šโœจ TAKLIMAT MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) 2026 โœจ๐Ÿ“š

Alhamdulillah pada hari ini 27 Ogos 2026, Jabatan Kurikulum sekolah telah mengadakan taklimat Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) kepada ibu bapa murid Tahun 4 Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa Tahun 4 tentang pentaksiran MPT4.

๐Ÿ“ŒPentaksiran ini akan berlangsung pada 6, 7 dan 8 Oktober 2026 bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan literasi, numerasi dan kemahiran asas murid, sekali gus membantu pihak guru dan ibu bapa mengenal pasti kekuatan serta keperluan pembelajaran anak-anak.

๐Ÿ“ MPT4 melibatkan empat mata pelajaran utama:
๐Ÿ”น Bahasa Melayu
๐Ÿ”น Bahasa Inggeris
๐Ÿ”น Matematik
๐Ÿ”น Sains

Kesemua instrumen pentaksiran disediakan berdasarkan kandungan kurikulum Tahun 1 hingga Tahun 4, bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang tahap penguasaan dan perkembangan pembelajaran murid.

๐Ÿค Kerjasama erat antara guru dan ibu bapa amat penting dalam membantu anak-anak memperkukuh kemahiran asas serta meningkatkan pencapaian mereka secara berterusan.

Semoga pelaksanaan MPT4 ini menjadi salah satu usaha dalam memastikan setiap murid mendapat sokongan pembelajaran yang bersesuaian dan terus melangkah maju dengan yakin. ๐ŸŒŸ๐Ÿ“–

Bersatu Hati โ€ข Sepakat Maju โ€ข Anak Cemerlang ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐ŸŒ™โœจ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448Hโœจ๐ŸŒ™27 Ogos 2026 | 8.30 pagi โ€“ 9.45 pagi๐Ÿ“ Dewan Terbuka Sri Aman Kota BharuAlhamdul...
27/08/2026

๐ŸŒ™โœจ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448Hโœจ๐ŸŒ™

27 Ogos 2026 | 8.30 pagi โ€“ 9.45 pagi
๐Ÿ“ Dewan Terbuka Sri Aman Kota Bharu

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H yang menghimpunkan seluruh warga sekolah dalam suasana penuh kecintaan dan penghayatan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๐Ÿค

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Mualim Hizami, sebelum murid-murid disajikan dengan tayangan video animasi Omar dan Hana dalam episod riwayat hidup serta sirah Nabi Muhammad SAW. Tayangan ini memberi peluang kepada murid untuk mengenali dan menghayati perjalanan kehidupan Rasulullah SAW dengan cara yang menarik dan dekat dengan dunia kanak-kanak. ๐ŸŒฟ

Seterusnya, murid-murid turut mengambil bahagian dalam Kuiz Sirah Nabi yang dikendalikan oleh Mualimah Zunaini. Murid berpeluang menguji pengetahuan mereka tentang sirah dan kehidupan Rasulullah SAW. Murid-murid yang berjaya menjawab soalan dengan baik turut menerima hadiah sebagai penghargaan atas usaha dan pengetahuan mereka. ๐ŸŽ๐Ÿ“š

Kemuncak majlis, seluruh guru dan murid berdiri bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Suasana menjadi begitu indah dan penuh penghayatan apabila selawat dilantunkan sebagai tanda kasih, cinta dan penghormatan kepada Rasulullah SAW. ๏ทบ โค๏ธ

Semoga sambutan ini bukan sekadar menjadi sebuah program tahunan, malah menjadi wadah untuk menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, mencontohi akhlak mulia Baginda serta menjadikan sirah dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

๐ŸŒ™ โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
โ€” Surah al-Ahzab: 21







๐Ÿ“šโœจ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโœจ๐Ÿ“šโ€œSehari Selembar Buku, Ilmu Sepanjang Hayatโ€Membaca bukan sekadar melihat dan menyeb...
24/08/2026

๐Ÿ“šโœจ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโœจ๐Ÿ“š

โ€œSehari Selembar Buku, Ilmu Sepanjang Hayatโ€

Membaca bukan sekadar melihat dan menyebut perkataan pada helaian buku. Membaca membuka jendela ilmu, melatih kita berfikir, memperluas pengetahuan serta membentuk insan yang lebih berilmu.

Untuk makluman semua, Program NILAM Kali Pertama telah berlangsung dari 26 April hingga 24 Julai 2026. Alhamdulillah, program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan jumlah penyertaan seramai 67 orang murid, terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima Anugerah NILAM Kali Pertama atas pencapaian yang membanggakan:

๐Ÿ† JOHAN
Aisyah Wardina Binti Asmal Azim
๐Ÿ“– 1,130 halaman

๐Ÿฅˆ NAIB JOHAN
Naurah Hanin Binti Norkhairi
๐Ÿ“– 1,003 halaman

๐Ÿฅ‰ TEMPAT KETIGA
Adib Muslim Bin Ahmad Syahril
๐Ÿ“– 922 halaman

๐ŸŒŸ TEMPAT KEEMPAT
Nur Nazirah Haneen Binti Muhammad Saifuddin
๐Ÿ“– 890 halaman

๐ŸŒŸ TEMPAT KELIMA
Che Saif El Fateh Bin Che Mohd Hanif
๐Ÿ“– 793 halaman

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus membudayakan amalan membaca dan menjadikan membaca sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Tahniah kepada semua peserta dan penerima Anugerah NILAM! Teruskan membaca, teruskan menimba ilmu. ๐Ÿ“–โœจ

โ€œSehari Selembar Buku, Ilmu Sepanjang Hayat.โ€







20/08/2026

Hari Terakhir Ujian Bertulis SPPIM Tahun 6

PENTAKSIRAN SPPIM 2026 TAHUN 6 Sedang berjalan daripada 18 - 20 Ogos 2026Seramai 68 orang calon murid SRI AMAN KOTA BHAR...
18/08/2026

PENTAKSIRAN SPPIM 2026 TAHUN 6
Sedang berjalan daripada 18 - 20 Ogos 2026
Seramai 68 orang calon murid SRI AMAN KOTA BHARU dan bersama 42 buah sekolah rangkaian MIEB yang lain seluruh Malaysia.

17/08/2026

LIMA MINIT BAGI KITA, MUNGKIN TERASA LAMA BAGI ANAK. โฐ๐Ÿซ

Kita mungkin fikir:

โ€œSekejap saja, lambat lima minit.โ€

Tetapi bagi seorang anak yang sedang menunggu di pondok atau pagar sekolah, lima minit itu boleh terasa jauh lebih lama.

Seorang demi seorang rakannya sudah pulang.

Kereta semakin berkurangan.

Kawasan sekolah semakin sunyi.

Dan matanya berkali-kali melihat jam sambil tertanya:

โ€œIbu bila nak sampai?โ€
โ€œAyah dah datang ke belum?โ€

Bukan semua kelewatan dapat dielakkan. Ada kesesakan jalan raya, kecemasan, urusan kerja dan pelbagai perkara yang boleh berlaku tanpa dirancang.

Tetapi jika kita tahu akan lewat, maklumkanlah kepada pihak sekolah atau individu yang berkaitan.

Sekurang-kurangnya anak tahu bahawa kita sedang dalam perjalanan dan pihak sekolah juga boleh mengambil langkah sewajarnya sementara menunggu penjaga tiba.

Mengambil anak mengikut waktu bukan sekadar soal menepati masa.

Ia juga tentang keselamatan, ketenangan dan perasaan seorang anak.

Jangan biasakan mereka menjadi orang terakhir yang masih menunggu selepas semua rakannya pulang.

Kerana bagi orang dewasa, lima minit mungkin terasa singkat.

Tetapi bagi seorang anak yang sedang menunggu seseorang datang mengambilnya, lima minit boleh terasa sangat panjang. โค๏ธ

Datanglah tepat pada waktunya. Anak sedang menunggu kita.

MUKHAYYAM DAKHILI TAHUN 4 DAN 5 SRI AMAN KOTA BHARUKOTA BHARU, 14 Ogos 2026 โ€“ Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu (SRI ...
16/08/2026

MUKHAYYAM DAKHILI TAHUN 4 DAN 5 SRI AMAN KOTA BHARU

KOTA BHARU, 14 Ogos 2026 โ€“ Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu (SRI Aman KB) telah berjaya melaksanakan Mukhayyam Dakhili Tahun 4 dan 5 pada 13 hingga 14 Ogos 2026 yang melibatkan seramai 154 daripada 168 orang Kadet Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM).

Program yang berlangsung selama dua hari ini merupakan antara wadah penting dalam membentuk jati diri, disiplin, kepimpinan dan kemahiran kendiri para kadet melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal dan pengalaman sebenar.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang mukhayyam, antaranya pertandingan kawad kaki, pertandingan BASED, pertandingan memasak serta latihan tali-temali. Para kadet turut diberikan pendedahan kepada latihan ikhtiar hidup mengikut silibus TKRSM, termasuk kemahiran menguruskan bahan makanan berasaskan ikan serta memasak sayur lemak bagi kadet Tahun 5 dan sayur air bagi kadet Tahun 4.

Selain pengisian berbentuk fizikal dan kemahiran, aspek tarbiah dan kerohanian turut diberikan penekanan sepanjang program. Para kadet dididik untuk melaksanakan hirasah, qiamulail, membaca al-Quran dan Mathurat sebagai sebahagian daripada usaha membentuk keseimbangan antara kekuatan jasmani, rohani dan sahsiah.

Penyertaan dalam aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan turut memberikan ruang kepada para kadet untuk mengumpulkan markah PAJSK masing-masing, selain membina kemahiran bekerja dalam kumpulan, kepimpinan, ketahanan diri dan keyakinan.

Mukhayyam ini turut mendapat sokongan dan komitmen daripada 25 orang guru SRI Aman Kota Bharu yang bersama-sama berperanan sebagai mentor serta ahli jawatankuasa pelaksana. Penglibatan para guru amat penting dalam memastikan aspek pengurusan, keselamatan, aktiviti dan pengisian tarbiah dapat dilaksanakan dengan baik sepanjang program.

Program berakhir pada Jumaat, 14 Ogos 2026 dengan ucapan perasmian penutup oleh Komandan KRSM, Puan Syalihah binti Mat Nor.

Mukhayyam Dakhili ini diharapkan dapat melahirkan kadet yang lebih berdisiplin, berdikari, berani, cekal dan mempunyai jati diri yang kukuh, selaras dengan hasrat SRI Aman Kota Bharu untuk membina insan mulia melalui institusi penyayang.






๐Ÿ”ฌโœจ๐™ˆ๐‘จ๐™…๐‘ณ๐™„๐‘บ ๐‘ท๐™€๐‘ต๐™๐‘ป๐™๐‘ท ๐‘ฉ๐™๐‘ณ๐˜ผ๐‘ต ๐‘บ๐™๐‘ฌ๐™ˆ 2026๐Ÿš€๐ŸงชAlhamdulillah, pada 9 Ogos telah berlangsungnya ๐™ˆ๐‘จ๐™…๐‘ณ๐™„๐‘บ ๐‘ท๐™€๐‘ต๐™๐‘ป๐™๐‘ท ๐‘ฉ๐™๐‘ณ๐˜ผ๐‘ต ๐‘บ๐™๐‘ฌ๐™ˆ 2026 di dewa...
10/08/2026

๐Ÿ”ฌโœจ๐™ˆ๐‘จ๐™…๐‘ณ๐™„๐‘บ ๐‘ท๐™€๐‘ต๐™๐‘ป๐™๐‘ท ๐‘ฉ๐™๐‘ณ๐˜ผ๐‘ต ๐‘บ๐™๐‘ฌ๐™ˆ 2026๐Ÿš€๐Ÿงช

Alhamdulillah, pada 9 Ogos telah berlangsungnya ๐™ˆ๐‘จ๐™…๐‘ณ๐™„๐‘บ ๐‘ท๐™€๐‘ต๐™๐‘ป๐™๐‘ท ๐‘ฉ๐™๐‘ณ๐˜ผ๐‘ต ๐‘บ๐™๐‘ฌ๐™ˆ 2026 di dewan terbuka SAKB dengan penuh meriah dan bermakna. Majlis penutup ini merupakan tanda berakhirnya pelbagai aktiviti serta pertandingan STEM yang telah dianjurkan bermula 21 Jun 2026 yang lalu.

๐Ÿ’ก Sepanjang Bulan STEM 2026, para murid telah berpeluang meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, mencabar minda serta menggalakkan kreativiti dan inovasi.

๐Ÿ† Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam setiap pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan. Semangat, kesungguhan, kreativiti dan keberanian yang ditunjukkan amat membanggakan!

๐Ÿ‘ Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada barisan guru dan semua pihak yang terlibatatas komitmen, kerjasama dan usaha dalam menjayakan Bulan STEM 2026.

โค๏ธ Tidak dilupakan, terima kasih buat ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak serta menyokong segala usaha pihak sekolah dalam melahirkan generasi yang cemerlang, kreatif, inovatif dan berdaya saing.

Semoga pengalaman sepanjang Bulan STEM 2026 menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk terus meneroka, mencipta dan berinovasi demi masa hadapan yang lebih gemilang. ๐ŸŒŸ

STEM Pemacu Kemajuan, ,Membina Institusi Rahmah! ๐Ÿš€โœจ







06/08/2026

Address

Jalan Merican
Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu:

Shortcuts

Share