Masjid Nilam Puri

Masjid Nilam Puri Masjid Mukim Kedai Mulong atau lebih dikenali sebagai Masjid Nilam Puri terletak di KM10, Jalan Kuala Krai, Nilam Puri. Berhampiran KIAS dan Akademi Islam UM.

06/09/2026
Kelas Bimbingan Fiqh/Fardhu Ain Tarikh : 31/8/2026Masa : Selepas Solat SubuhTempat : Ruang Mesyuarat Masjid Al-Fattahاَس...
01/09/2026

Kelas Bimbingan Fiqh/Fardhu Ain
Tarikh : 31/8/2026
Masa : Selepas Solat Subuh
Tempat : Ruang Mesyuarat Masjid Al-Fattah

اَسْلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
الحمد لله
Seramai 25 orang qariah kita telah dipilih Allah untuk menghadirkan diri mengikuti kuliah Bimbingan Fiqh/Fardu Ain pada kali ini.

1. Kuliah dimulakan dengan menyambung bacaan Al-Quran ayat 89-93 Surah Al-Baqarah.
Huraian ringkas bagi rangkaian ayat ini ialah:-
Menjadi peringatan keras kepada umat Islam supaya tidak mengikut jejak langkah kaum terdahulu. Kita wajib menjunjung, memuliakan, dan memuji Nabi Muhammad SAW, serta menerima dan mengamalkan seluruh isi kandungan Al-Quran dengan penuh ketaatan سَمْعًا وَطَاعَةً (sam'an wa ta'atan) tanpa sebarang keraguan atau sikap memilih-milih.

2. Kuliah kemudian diteruskan dengan peringatan ustazah supaya kita berusaha bersungguh-sungguh berdoa supaya dipilih berada dalam kesayangan Allah SWT. Untuk mendapatkan kasih sayang- Nya memerlukan pengorbanan, keikhlasan, dan amalan yang konsisten.
-Antara yang dipelajari hari ini:-
- Fitrah kita dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci bersih tanpa sebarang dosa. Maka pulanglah kita nanti kepada Allah SWT dengan kepulangan yang indah dibalut dengan bungkusan yang putih dan bersih melambangkan kematian dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik).
-Hendaklah sentiasa bertaubat, membersihkan diri daripada sifat mazmumah seperti riyak, hasad dengki, dan sombong.
- Hendaklah konsisten beramal, mengutamakan amalan fardu seperti solat,puasa zakat dan menghidupkan amalan sunat demi meraih cinta Allah.
- Sentiasa berdoa bersungguh-sungguh agar Allah mematikan kita dalam Islam dan iman yang sempurna.
- Kesedaran untuk sentiasa beribadat dan berasa "seolah-olah dalam solat" sepanjang waktu adalah satu peningkatan dan penghayatan iman yang sangat tinggi dalam Islam. Beribadatlah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, atau menyedari bahawa Dia sentiasa melihat kamu.
- ⁠Jadikan seluruh aktiviti harian (bekerja, belajar, makan, tidur) sebagai ibadah dengan menjaga niat dan syariat.
- ⁠Zikir yang Berterusan, lidah dan hati sentiasa basah dengan zikrullah (mengingati Allah) walaupun fizikal sedang sibuk dengan urusan duniawi.
-Peliharalah iman dengan sentiasa berdoa dan mengingati Allah, ditetapkan hati kita dengan mengamalkan doa: يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ “Ya Muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala dinik" (Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamamu)

3. Pembelajaran seterusnya ustazah menasihati supaya kita hendaklah sentiasa berdoa & berselawat untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW: Antara yang dipelajari:-
- Basahi lidah:
-Sentiasa membaca selawat setiap hari, terutamanya pada hari Jumaat.
- ⁠Doa selepas azan:
-Mengamalkan doa selepas azan yang secara khusus menjanjikan syafaat baginda di akhirat kelak.
- Syukur menjadi umat Nabi Muhammad SAW:
-Terpilih menjadi umat yang terbaik dan paling istimewa.
- ⁠Sentiasa berada di atas Jalur Nabi:
-Kekal istiqamah dalam menjaga akidah, syariat, dan akhlak Islam.
- ⁠Mengamalkan apa yang ditinggalkan Nabi:
-Berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
-Menghidupkan amalan sunah harian dalam kehidupan.
- ⁠Sentiasa berdoa dan berselawat kepada Nabi:
-Memperbanyakkan selawat sebagai bukti cinta.
-Berdoa agar dikurniakan syafaat baginda di akhirat kelak.
- Sentiasa membaca sirah Nabi:
-Mengenali perjuangan dan keperibadian baginda.
-Menjadikan kisah hidup baginda sebagai panduan dan inspirasi.

4. Pembelajaran hari ini diteruskan dengan Kitab Fiqh Solat - Memahami Ibadat Sembahyang sambungan tajuk:-
Hikmat Sembahyang
(rujuk kepada mukasurat 21 kitab yang sama)
Ibadat sembahyang bukan sekadar pergerakan fizikal, malah merupakan tiang agama yang sarat dengan rahsia spiritual, mental, dan fizikal.
- Sembahyang yang dilakukan dengan rasa terpaksa atau berat hati hanya akan menjadi rutin fizikal yang memenatkan, tanpa memberi kesan kepada jiwa. Apabila kita mengubah pandangan dan melihat sembahyang sebagai ruang untuk "berehat" dan mengadu kepada Pencipta, barulah kemanisan dan hikmahnya dapat dirasai.
-Jadikan sembahyang sebagai tanda syukur atas segala nikmat hidup, bukan sekadar pelunas kewajipan. ⁠
- Secara kesimpulan, sembahyang tidak hanya sebagai kewajiban ibadah, tetapi juga merupakan tiang agama yang mendatangkan banyak manfaat yang signifikan dalam kehidupan sehari-hari umat Muslim.
Selamat beramal.

5. Pembelajaran seterusnya Sempena hari Maulidur Rasul, ustazah membaca
SIRAH NABI MUHAMMAD SAW-
Kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Kuliah pagi ini diakhiri dengan berselawat ke atas Rasulullah SAW.
-semoga mendapat keberkatan.

Mari kita sama-sama belajar dan berkongsi ilmu yang telah dipelajari

Semoga bermanfaat إِنْ شَاءَ اللّٰهُ.

30/08/2026

Kuliah Maghrib Kemerdekaan
Tajuk: Kemerdekaan antara Nikmat Dan Amanah.

Pengkuliah. Leftenan Kolonel Ustaz Wan Mazlan bin Wan Abdullah

Address

Masjid Mukim Kedai Mulong
Kota Bharu
15100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nilam Puri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share