Masjid al Mahdi Mukim Pemberian

Masjid al Mahdi Mukim Pemberian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid al Mahdi Mukim Pemberian, Religious organisation, Kota Bharu.

*MAKLUMAN UNTUK ANAK MUKIM PEMBERIAN*BAGI KAUM ADAM YANG AQIL BALIGH DAN MUKALLAFWAKTU SOLAT FARDHU JUMAAT HARI INI 27.0...
26/03/2026

*MAKLUMAN UNTUK ANAK MUKIM PEMBERIAN*

BAGI KAUM ADAM YANG AQIL BALIGH DAN MUKALLAF

WAKTU SOLAT FARDHU JUMAAT HARI INI 27.03.26 PADA JAM 01.19 PTG.

PASTIKAN SEMUA HADIR KE MASJID DENGAN LEBIH AWAL SEBELUM BILAL AZAN PERTAMA UNTUK SAMA2 MENUNAIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT.

TAJUK KHUTBAH : ISTIQAMAH KETAATAN SELEPAS RAMADAN

*IMAM YANG BERTUGAS: IMAM TUA*

*BILAL BERTUGAS: BILAL 1*

SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.

𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔-𝗪𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 Masjid al Mahdi Mukim Pemberian 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 | 𝟮𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟭 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛تقبل اللّٰه منا ومن...
22/03/2026

𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔-𝗪𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 Masjid al Mahdi Mukim Pemberian

𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 | 𝟮𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟭 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

تقبل اللّٰه منا ومنكم صالح الأعمال كل عام وأنتم بخير

MAKLUMAN UNTUK ANAK Masjid al Mahdi Mukim Pemberian BAGI KAUM ADAM YANG AQIL BALIGH DAN MUKALLAFWAKTU SOLAT FARDHU JUMAA...
20/03/2026

MAKLUMAN UNTUK ANAK Masjid al Mahdi Mukim Pemberian

BAGI KAUM ADAM YANG AQIL BALIGH DAN MUKALLAF

WAKTU SOLAT FARDHU JUMAAT HARI INI 20.03.26 PADA JAM 01.21 PTG.

PASTIKAN SEMUA HADIR KE MASJID DENGAN LEBIH AWAL SEBELUM BILAL AZAN PERTAMA UNTUK SAMA2 MENUNAIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT.

TAJUK KHUTBAH : Lunaskan hak asnaf

IMAM YANG BERTUGAS: IMAM MUDA

BILAL BERTUGAS: BILAL 1

SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.

Alhamdulillah, semalam pada malam 27 ramadan telah berlangsung Majlis Khatam Tadarus Al-Quran anjuran Masjid Al-Mahdi Mu...
17/03/2026

Alhamdulillah, semalam pada malam 27 ramadan telah berlangsung Majlis Khatam Tadarus Al-Quran anjuran Masjid Al-Mahdi Mukim Pemberian dengan penuh keberkatan dan suasana yang menyentuh hati.

Majlis ini menjadi penutup kepada program tadarus sepanjang bulan Ramadan, hasil komitmen dan kesungguhan para peserta yang istiqamah mengimarahkan masjid dengan bacaan Al-Quran.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, khususnya para peserta tadarus yang telah bertungkus lumus mengkhatamkan Al-Quran, serta AJK masjid yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan Al-Quran menjadi syafaat buat kita di akhirat kelak.
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور صدورنا وجلاء أحزاننا 🤲

Alhamdulillah, malam tadi Masjid Al-Mahdi Mukim Pemberian turut mengadakan Program Moreh Perdana yang berlangsung dengan...
17/03/2026

Alhamdulillah, malam tadi Masjid Al-Mahdi Mukim Pemberian turut mengadakan Program Moreh Perdana yang berlangsung dengan meriah serta penuh ukhuwah.

Pada masa yang sama, telah diadakan juga majlis perpisahan buat Imam Tarawih jemputan yang telah bersama kita sepanjang bulan Ramadan ini. Jasa dan pengorbanan beliau dalam memimpin solat serta mengimarahkan masjid amatlah dihargai dan dikenang.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan yang dicurahkan. Semoga segala amal ibadah diterima oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda.

Moga perpisahan ini bukanlah pengakhiran, tetapi menjadi titik pertemuan semula pada masa akan datang, insyaAllah.
اللهم تقبل منا ومنكم صالح الأعمال 🤲

Alhamdulillah, selepas solat Subuh pagi tadi, Imam Tua mewakili pihak AJK Masjid Al-Mahdi Mukim Pemberian telah menyampa...
17/03/2026

Alhamdulillah, selepas solat Subuh pagi tadi, Imam Tua mewakili pihak AJK Masjid Al-Mahdi Mukim Pemberian telah menyampaikan sumbangan kepada Imam Tarawih jemputan sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti sepanjang bulan Ramadan ini.
Pihak masjid juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anak-anak mukim yang turut sama menyumbang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan usaha ini.
Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan amat besar nilainya di sisi Allah SWT dan menjadi bukti kasih sayang serta keprihatinan kita terhadap agama dan institusi masjid.
Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda dan diberkati oleh Allah SWT.
جزاكم الله خيرا كثيرا 🤲

Alhamdulillah, semalam AJK Masjid al Mahdi Mukim Pemberian dapat jemputan berbuka puasa bersama warga SK Pemberian - Ras...
17/03/2026

Alhamdulillah, semalam AJK Masjid al Mahdi Mukim Pemberian dapat jemputan berbuka puasa bersama warga SK Pemberian - Rasmi .

Suasana penuh ukhuwah dan kemesraan jelas terasa, mengeratkan lagi hubungan antara pihak masjid dan warga sekolah dalam keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, barisan guru serta seluruh kakitangan SK Pemberian atas jemputan dan layanan yang sangat baik.
Semoga jalinan ini terus berkekalan dan diberkati Allah SWT, serta menjadi asbab kebaikan buat kita semua.
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا واجعلنا من الشاكرين 🤲

JOM TUNAIKAN ZAKAT FITRAH"Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada perka...
15/03/2026

JOM TUNAIKAN ZAKAT FITRAH

"Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada perkara sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai makanan kepada orang miskin."(Hadis Riwayat Abu Daud)

Sehubungan itu, kaunter Zakat Fitrah di Masjid Al-Mahdi Mukim Pemberian telah dibuka kepada anak-anak mukim yang ingin menunaikan kewajipan ini.

Marilah kita menyempurnakan ibadah puasa dengan menunaikan zakat fitrah sebelum tibanya Hari Raya.

Semoga zakat yang ditunaikan menjadi penyuci ibadah puasa kita dan menggembirakan saudara-saudara kita yang memerlukan.

"Sucikan harta, sempurnakan Ramadan."

Ikhlas daripada Pengurusan Masjid Al-Mahdi Mukim Pemberian

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Berbuka Puasa Perdana peringkat Masjid Al-Mahdi Mukim Pemberian d...
07/03/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Berbuka Puasa Perdana peringkat Masjid Al-Mahdi Mukim Pemberian dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah.

Kehadiran anak-anak mukim serta para jemaah dari pelbagai peringkat umur telah memeriahkan lagi majlis, sekali gus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita di bulan Ramadan yang mulia ini.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya para penyumbang, sukarelawan serta AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga segala amalan dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta diberkati dengan ganjaran yang berlipat ganda.
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وتقبل منا يا رب العالمين 🤲

ALHAMDULILLAH selesai satu Program SMART SOLAT  anjuran masjid Mukim PEMBERIAN bersama NGO Persis.
13/06/2025

ALHAMDULILLAH selesai satu Program SMART SOLAT anjuran masjid Mukim PEMBERIAN bersama NGO Persis.

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid al Mahdi Mukim Pemberian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share