Masjid An-Nur Kg. Chicha Menyabong

Masjid An-Nur Kg. Chicha Menyabong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid An-Nur Kg. Chicha Menyabong, Mosque, Belakang SK Chicha Menyabong, Sering, Kota Bharu.

Gotong-royong
25/07/2026

Gotong-royong

23/06/2026

MAKLUMAN TAULIAH MENGAJAR

Assalamualaikum wbt.

Berdasarkan pekeliling dari MAIK no rujukan MAIK.D231/M/199/KULIT7 bertarikh 7 Jun 2026, adalah dengan ini dimaklumkan kepada semua jemaah bahawa semua pengkuliah agama Masjid An-Nur Chicha Menyabong (tetap dan jemputan) mempunyai tauliah mengajar agama dari MAIK

Berikut adalah senarai nama pengkuliah bersama no tauliah mengajar masing-masing.

1. Nik Muhammad Aiman Ibrahim (2026/026)
2. ⁠Bishar Haffi Muhamad (2012/014)
3. ⁠Muhammad Abdul Hakim Othman (2023/153)
4. ⁠Abdullah Ramli (2024/195)
5. ⁠Muhamad Alif Azani (2024/256)

Pengurusan Masjid An-Nur Chicha Menyabong sebagai sebuah Masjid Iktikaf berdaftar dengan MAIK akan terus komited menjalankan program pengimarahan masjid dan mengharapkan sokongan daripada semua.

Sekian, terima kasih.

Pengerusi Masjid An-Nur

Penyampaian sumbangan zakat dan bakul makanan kepada asnaf sekitar Kg Chicha MenyabongTerima kasih diucapkan kepada semu...
14/06/2026

Penyampaian sumbangan zakat dan bakul makanan kepada asnaf sekitar Kg Chicha Menyabong

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang

Sekitar program kuliah maghrib perdana sempena ambang Muharram 1448H
14/06/2026

Sekitar program kuliah maghrib perdana sempena ambang Muharram 1448H

πŸ“’ ISTIMEWA JAMUAN KAMBING GOLEK πŸ–πŸ—Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.🌹 Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke:πŸ•Œ...
12/06/2026

πŸ“’ ISTIMEWA JAMUAN KAMBING GOLEK πŸ–πŸ—

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

🌹 Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke:

πŸ•Œ PROGRAM KULIAH MAGHRIB PERDANA AMBANG 1448H & PENGHARGAAN SUKARELAWAN QURBAN 2026

πŸŽ™οΈ Tajuk:
"Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Ilmu Dijunjung"

πŸ‘€ Penceramah Jemputan Istimewa:
Ustaz Dr Mohd Azmi Yaacob
(Pendakwah Bebas & Doktor Pakar Bius Hospital Kuala Krai)

πŸ“… Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu malam Ahad)
πŸ•°οΈ Masa: Bermula Solat Maghrib
πŸ“ Tempat: Masjid An-Nur Chicha Menyabong

πŸ– JAMUAN ISTIMEWA KAMBING GOLEK disediakan untuk para hadirin.

🀝 Majlis turut diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para sukarelawan yang telah menjayakan Program Qurban Perdana Masjid An-Nur 2026.

✨ Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menimba ilmu, mengeratkan ukhuwah serta menikmati jamuan yang disediakan.

πŸ“’ SEMUA DIJEMPUT HADIR

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
πŸ•Œ Masjid An-Nur Chicha Menyabong
πŸ’³ Infaq Tabung Masjid:
Bank Islam: 0301-8010-1854-54
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (HR Muslim) 🀲🏻

Jom pakat bantuk sikit sorang
09/06/2026

Jom pakat bantuk sikit sorang

Inisiatif kutipan sumbangan untuk diserahkan kepada mangsa kebakaran Kg. Gok Kapur.

Mulai hari ini 8 Jun 2026 sehingga 10 Jun 2026.

Setiap sumbangan ke dalam akaun bank Muamalat Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu adalah untuk mereka yang dinyatakan di atas.

Penyerahan hasil kutipan pada 11 Jun 2026.

πŸ“’ HEBAHAN KULIAH MAGHRIB MINGGUANπŸ•Œ MASJID AN-NUR CHICHA MENYABONGπŸ“† SEPANJANG BULAN JUN 2026Assalamualaikum wbt,Dengan se...
01/06/2026

πŸ“’ HEBAHAN KULIAH MAGHRIB MINGGUAN
πŸ•Œ MASJID AN-NUR CHICHA MENYABONG
πŸ“† SEPANJANG BULAN JUN 2026

Assalamualaikum wbt,

Dengan segala hormatnya, pihak Masjid An-Nur Chicha Menyabong menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk menghadiri Kuliah Maghrib Mingguan sepanjang bulan Jun 2026.

πŸ—“ Antara pengisian menarik:
πŸ“– Tafsir Al-Quran
πŸ•Œ Fiqh Sirah
🀲 Fiqh Solat Berjemaah
πŸ“š Mustika Hadis
πŸ’‘ Persiapan Menghadapi Kematian
πŸ“˜ Muniyatul Musolli
πŸ“— Nur Al-Fahmi (Fardu Ain)
πŸ§• Kelas Al-Quran & Tajwid

πŸ‘³β€β™‚οΈ Disampaikan oleh para asatizah berpengalaman seperti:
Ust Abdul Hakim, Ust Abdullah, Hj Pandi Salleh, Ust Mohd Yazid, Ust Alif Azani, dan lain-lain.

⏰ Setiap selepas solat Maghrib
πŸ“ Masjid An-Nur Chicha Menyabong

✨ Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga."
(HR. Muslim)

🌸 KULIAH DHUHA KHAS MUSLIMAT
πŸ“† Setiap Jumaat
⏰ 9.00 pagi
πŸ“– Tafsir Juz 30

πŸ’° INFAQ TABUNG MASJID
Bank Islam: 0301-8010-1854-54
πŸ“Œ Masjid An-Nur Chicha Menyabong

🀲 Ayuh bersama-sama mengimarahkan masjid dan menuntut ilmu!

Assalamualaikum wbtAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah selesai Program Qurban Perdana Masjid An-Nur bagi tahun 20...
28/05/2026

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah selesai Program Qurban Perdana Masjid An-Nur bagi tahun 2026.

Pihak masjid ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta qurban atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Kepada semua peserta qurban, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung. Mohon dihalalkan segala terlebih dan terkurang. Sekiranya terdapat mana-mana bahagian yang masih belum diterima atau terdapat sebarang kekurangan, mohon maklumkan kepada pihak masjid untuk tindakan dan gantian sewajarnya.

Insya-Allah, jika dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan, kita akan bertemu lagi dalam Program Qurban Perdana tahun 2027.

πŸ“Έ Link gambar-gambar program: https://www.facebook.com/share/p/1FzggGd6uD/?mibextid=wwXIfr

Seluruh Warga Masjid An-Nur Chicha Menyabong mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan m...
26/05/2026

Seluruh Warga Masjid An-Nur Chicha Menyabong mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat

πŸŒ™πŸ•Œ SOLAT SUNAT AIDILADHA πŸ•ŒπŸŒ™Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat dijemput hadir menunaikan So...
26/05/2026

πŸŒ™πŸ•Œ SOLAT SUNAT AIDILADHA πŸ•ŒπŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir menunaikan Solat Sunat Aidiladha bersama-sama di:

πŸ“… Hari : Rabu | 27 Mei 2026
πŸ•— Masa : 8.00 Pagi
πŸ“ Tempat : Masjid An-Nur Chicha Menyabong

✨ Jemputan Khas ✨
Imam & Khatib Aidiladha
Ustaz Muhammad Nashrullah Bin Ismail
(Imam Rawatib Masjid Umari Mukim Telaga Bata)

Firman Allah SWT:

β€œ Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban. ”
(Surah Al-Kauthar : 2)

🌿 Marilah kita bersama-sama menghidupkan syiar Islam dengan memperbanyakkan takbir, tahmid dan tahlil sempena Aidiladha yang mulia ini.

πŸ’š Infaq & Sumbangan Masjid πŸ’š
Bank Islam
0301-8010-1854-54
Masjid An-Nur Chicha Menyabong

πŸ“² Sumbangan juga boleh dibuat melalui QR yang disediakan pada poster.

πŸŒ™ Seluruh warga Masjid An-Nur Chicha Menyabong mengucapkan:

✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H ✨
ΨͺΩŽΩ‚ΩŽΨ¨Ω‘ΩŽΩ„ΩŽ اللهُ Ω…ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΩ…ΩΩ†Ω’ΩƒΩΩ…Ω’

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

Address

Belakang SK Chicha Menyabong, Sering
Kota Bharu
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An-Nur Kg. Chicha Menyabong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category