13/05/2022
“Cuma RM1 Untuk Rumah di Syurga” – Iklan yang biasa disebut untuk menjelaskan kelebihan bersedekah.
Ini bukanlah cuma kata-kata biasa untuk menggalakkan anda bersedekah. Tetapi umat Islam memang digalakkan untuk menjadi dermawan.
Agama Islam adalah sebuah agama yang berempati. Hanya dengan bersedekah, kita dapat sama-sama memahami susah payah orang yang sedang menghadapinya.
Tidak Berkurang Harta Kerana Bersedekah (HR Muslim 2588)
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)
Walaupun secara literalnya apabila anda bersedekah anda mengeluarkan duit, tetapi peracayalah insya-Allah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga.
Pulangan rezeki yang tak terjangka.
Asalkan anda luaskan pandangan anda kepada konsep rezeki, setiap apa yang dapat akan kelihatan seperti rahmat daripada bersedekah.
Kenalan yang baik, kesihatan dan rezeki lain. Kita cuma perlu percaya kepada janji Allah.
Ayuh bersama kita bantu Masjid Al-Mahmoodi
https://danamasjid1.onpay.my/order/form/infaqrm1
Atau salurkan sumbangan anda ke :
Agro Bank : 1-00-7551- 00000919-8
Nama Bank: TETUAN MASJID AL-MAHMOODI
Masjid Al-Mahmoodi
Lot 1708, Kg. Pasir Kasar, Sering, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Semoga Allah merahmati kita semua