Aman Palestin Kelantan

Aman Palestin Kelantan Palestin Perlukan bantuan Anda. Bersamalah Kita Selamatkan Al-Aqsa & Bebaskan Palestin. Tel: +60389267019 (Pentadbiran)
Fax :+60389259963

AMAN PALESTIN BERHAD

[HQ]

No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

  | ๐ŸŒ™  AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN ๐ŸŒ™๐Ÿคฒ Raihlah Ramadan tahun ini dengan amalan kebaikan yang selama ini telah kita pelajari...
01/03/2025

| ๐ŸŒ™ AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN ๐ŸŒ™

๐Ÿคฒ Raihlah Ramadan tahun ini dengan amalan kebaikan yang selama ini telah kita pelajari. jadikanlah setiap hari adalah hari kita beribadah dan bersedekah. Berusahalah untuk tidak mensia-siakan Ramadan kali ini dan semoga doa kita untuk saudara kita di Palestin akan terus menjadi doa harian.

BANGKIT ยท BERJUANG ยท BERSAMA

Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

HARI KE 280 TAUFAN AL-AQSAShujaiya kini menjadi kawasan yang dipenuhi dengan runtuhan bangunan dan kelihatan seperti ban...
12/07/2024

HARI KE 280 TAUFAN AL-AQSA

Shujaiya kini menjadi kawasan yang dipenuhi dengan runtuhan bangunan dan kelihatan seperti bandar hantu yang tidak lagi boleh dihuni.

Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

08/02/2024

KAKITANGAN AMAN PALESTIN DI GAZA SYAHID DIBOM

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Satu lagi pemergian yang menyedihkan buat warga Aman Palestin. Rabab Zuhair Al-Masri, kakitangan Aman Palestin di Gaza bersama 21 ahli keluarganya syahid dalam serangan udara Tentera Rejim Isr4el semalam (7 Februari 2024).

As-syahid Rabab merupakan kakitangan Aman Palestin Gaza yang berperanan besar dalam menguruskan anak yatim, keluarga miskin dan ibu tunggal di Gaza yang ditaja oleh para penyumbang Aman Palestin.

Salam takziah buat seluruh warga Aman Palestin Gaza dan ahli keluarga terdekat beliau. Semoga rakyat Palestin di Gaza sentiasa kekal dalam perjuangan sehingga pembebasan Palestin!

  | PROJEK SALURAN AIR DARI SUNGAI FURAT KE PERKAMPUNGAN ATAA DI JARABLUS, SYRIAAlhamdulillah, Aman Palestin dengan kerj...
06/02/2024

| PROJEK SALURAN AIR DARI SUNGAI FURAT KE PERKAMPUNGAN ATAA DI JARABLUS, SYRIA

Alhamdulillah, Aman Palestin dengan kerjasama Ataa Humanitarian Relief berjaya menyelesaikan Projek Saluran Air Bersih Dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa di Jarablus, Syria!

Peruntukan pembinaan adalah sebanyak USD 659,000 dan pembinaan bermula daripada 1 September 2022 dan siap pada 30 November 2023. Mereka yang mendapat manfaat adalah di Jarablus dan kawasan sekitarnya yang memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di sana.

Dengan projek ini, Aman Palestin berjaya menyelesaikan masalah sumber air yang dihadapi oleh penduduk sekitar Jarablus dan kita sentiasa meletakkan harapan besar kepada seluruh penyumbang agar terus bersama membangunkan semula komuniti masyarakat Islam di Syria!

โ€ผ๏ธ TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG โ€ผ๏ธ



NAK TENGOK APA YANG ISR4EL BUAT DEKAT NAMA MALAYSIA??Sekolah Quran Malaysia, Gaza yang dibina Aman Palestin pada tahun 2...
30/01/2024

NAK TENGOK APA YANG ISR4EL BUAT DEKAT NAMA MALAYSIA??

Sekolah Quran Malaysia, Gaza yang dibina Aman Palestin pada tahun 2017 selepas serangan bermula 7 Oktober 2023 menjadi tempat perlindungan buat penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal. Serangan demi serangan dilakukan dan penduduk Gaza yang berteduh di sekolah ini terpaksa berpindah.

Tentera Rejim Isr4el memasuki sekolah ini dan melakukan vandalisme ke atas peralatan di sekolah ini. Yang paling menyakitkan hati apabila nama MALAYSIA DICONTENG DENGAN SIMBOL LUCAH!

Masih kita nak berdiam tanpa bertindak??



100 HARI KEKEJAMAN ISR4EL KE ATAS PALESTINTidak ada satu hari pun terlepas daripada serangan Tentera Rejim Isr4el ke ata...
19/01/2024

100 HARI KEKEJAMAN ISR4EL KE ATAS PALESTIN

Tidak ada satu hari pun terlepas daripada serangan Tentera Rejim Isr4el ke atas Gaza. Kematian melebihi 23,000 nyawa dan kini penduduk Gaza ibarat pelarian di negara sendiri.

Bukalah mata, terangkanlah jiwa untuk melihat kebenaran yang sebenar!



KEUTAMAAN DAN KEISTIMEWAAN NEGERI SYAMBumi Syam adalah bumi yang diberikan keistimewaan yang mempunyai nilai sejarah Isl...
09/01/2024

KEUTAMAAN DAN KEISTIMEWAAN NEGERI SYAM

Bumi Syam adalah bumi yang diberikan keistimewaan yang mempunyai nilai sejarah Islam yang amat tinggi. Bumi Syam juga dikaitkan dengan sejarah para nabi yang menyebarkan syi'ar Islam.

Antara keistimewaan yang dimiliki bumi Syam adalah:

1. Sebuah negeri yang diberkati
2. Negeri Syam dinaungi sayap Malaikat Rahmat
3. Tempat turunnya Nabi Isa AS dan tempat kematian Da.jjal
4. Pusat negeri Islam di akhir zaman
5. Benteng Islam saat peperangan akhir zaman

Sumber: sinonews.com



Meskipun tiada bekalan elektrik, rakyat Palestin masih boleh mengakses Internet dan mengekalkan saluran komunikasi denga...
28/12/2023

Meskipun tiada bekalan elektrik, rakyat Palestin masih boleh mengakses Internet dan mengekalkan saluran komunikasi dengan menggunakan kad eSIM.

Menurut pemberita tempatan, Hani al-Shaer, penggunaan eSIM itu membolehkan rakyat Palestin terus berkongsikan situasi semasa di bumi Gaza ketika diserang secara berterusan oleh rejim Israel.

"Tanpanya, kita akan terputus hubungan dengan dunia. "Tiada siapa akan tahu apa yang berlaku di Gaza," katanya.

Sebelum ini, Human Rights Watch (HRW) memberi amaran bahawa gangguan telefon dan internet di Gaza telah menjejaskan usaha kemanusiaan ke kawasan tersebut.

Sumber: AFP
t.me/hadispalestin

08/12/2023
NIAT MEREKA YANG JAHAT, MAHU HAPUSKAN HAMA.SAkhbar The British Times: Pasukan tentera British di Tebing Barat sedang ber...
08/12/2023

NIAT MEREKA YANG JAHAT, MAHU HAPUSKAN HAMA.S

Akhbar The British Times: Pasukan tentera British di Tebing Barat sedang berusaha untuk menyediakan Pihak Berkuasa Palestin untuk mengambil alih pentadbiran Semenanjung Gaza, dan Menteri Pertahanan Britain mengesahkan bahawa perkara ini dilakukan dengan penyelarasan dengan Amerika Syarikat.

Sumber: Quds News Network

PENAFIANAman Palestin menegaskan bahawa Aman Palestin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana wakil rakyat mahu...
02/12/2023

PENAFIAN

Aman Palestin menegaskan bahawa Aman Palestin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana wakil rakyat mahupun ahli politik seperti yang tular baru-baru ini. Ruang pendapat di laman sesawang amanpalestin.net dahulunya diberi ruang untuk masyarakat menyuarakan pendapat dan hujah tetapi terdapat beberapa pendapat bertentangan dan tidak tepat yang menyebabkan kekeliruan masyarakat.

Terbaru, tular di media sosial menyatakan bahawa Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dikatakan sebagai Penasihat Aman Palestin pada ruangan pendapat bertarikh 20 Januari 2013. Pendapat tersebut ditulis oleh orang awam yang keliru antara Aman Palestin dan NGO lain yang hampir sama nama organisasi. Petikan pendapat itu juga telah dipadam serta-merta.

Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir tidak pernah dilantik menjadi Penasihat Aman Palestin. Kami juga memohon maaf kepada beliau atas kekeliruan yang berlaku.

Ruang pendapat tersebut bukanlah mewakili pendirian rasmi Aman Palestin, ia hanyalah semata-mata pendapat masyarakat. Kini, ruangan tersebut telah ditutup untuk orang awam selepas pembaharuan laman sesawang tersebut dibuat.

Aman Palestin memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang berlaku. Segala kesulitan amat dikesali. Semoga penafian ini membantu memberikan pencerahan kepada seluruh masyarakat.

Aman Palestin Berhad

Bayi kembar, Lama dan Sama yang berusia hanya dua minggu adalah mangsa terbaru  tangan-tangan berdarah Zi0n1.5.Tentera r...
02/12/2023

Bayi kembar, Lama dan Sama yang berusia hanya dua minggu adalah mangsa terbaru tangan-tangan berdarah Zi0n1.5.

Tentera rejim i5r43.l, membunuh mereka bersama 52 ahli keluarganya yang lain dalam serangan tidak berhati perut semalam ke atas orang awam di G4z4.

Ibu mereka, Maryam, terselamat namun mengalami melecur tiga darjah di seluruh badannya.

Maryam setakat ini masih belum mengetahui mengenai kehilangan bayi kembarnya.

Sumber : Quds News Network

Ikuti Tiktok Buletin Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official untuk perkembangan terkini.

https://www.tiktok.com/

https://t.me/tvpertiwi

Address

PT 474, Tkt Bawah, Blok K, Pusat Perniagaan Bandar Baru Tunjung
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60139841967

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aman Palestin Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share